SPECIAL CHAPTER 2

30.8K 1.2K 36
                                    

Qayrin mengambil batang paip air lalu membuka pili air. Dia ingin menyiram pokok bunga yang ditanam di Taman Mininya itu.

Pokok pokok bunganya sudah semakin layu kerana tidak selalu siram.

Sesekali dia melirik kearah Hero - heronya yang sedang bermain bola di kawasan lapang di taman.

Darren yang baru selesai mandi berlalu turun ke bawah untuk bertemu dengan anak - anak dan isteri tercintanya.

" Sayang , where are you? " Jerit Darren memanggil isterinya.

Qayrin yang mendengar jeritan suaminya menyahut.

" Sayang dekat Taman , Abang. Come , anak - anak pun ada dekat sini." Sahut Qayrin menjerit juga.

Takut tak didengari oleh Darren. Darren tersenyum lalu mengatur langkah menuju ke mini gardennya.

Figura isterinya yang sedang menyiram pokok bunga sambil mencekak pinggang dipandang.

Qayrin tidak dapat melihat dirinya kerana Qayrin membelakangi Darren.

Darren tergelak kecil pabila mendengar Qayrin memarahi anak - anaknya yang sedang bermain dengan pasir.

" Adyan , Adney , Adrian!! Umi dah pesankan jangan main pasir. Kamu semua dah mandi kan! Ish! Degil betullah kamu bertiga ni." Marah Qayrin menjengkilkan biji matanya.

Triplet yang mendengar amarah Uminya hanya menayang sengih. Mereka tetap juga bermain.

Naik pening kepala Qayrin melayan perangai sorang - sorang anaknya.

Ini baru tiga! Belum lagi yang lain. Aduh! Boleh gone dulu dia dibuatnya.

Darren berjalan kearah Qayrin dan memeluknya dari arah belakang. Kebelakang Qayrin dibuatnya pabila dipeluk begitu.

" Abang!? " Marah Qayrin terkejut. Tangan Darren yang memeluk pinggangnya ditampar perlahan. Tampar manja - manja je!

" Apa? Hish! Sayang ni garang macam singa sungguhlah. Takut abang tengok sayang marah macam ni." Adu Darren sambil mengurut lembut bahu isterinya.

Qayrin mendengus.

" Anak - anak abang tulah. Degil betul!  Sayang dah pesan jangan main dengan pasir. Tapi diorang main jugak. Ish! " Rungut Qayrin sambil melihat kearah anak - anaknya itu.

Darren tergelak kecil dan menarik tangan isterinya duduk di meja.

Dia berlalu menutup pili air sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengambil segelar jus oren buat isterinya.

Selang beberapa minit , Darren keluar dengan segelas jus oren ditangan. Jus oren diberikan kepada Qayrin.

Qayrin menyambut dan mengucapkan terima kasih. Jus oren itu diteguk perlahan. Ahh! Lega.

Sejuk amarahnya yang sedang membara itu. Wajah suaminya yang kacak itu dipandang dengan senyuman.

" Feeling better? "

Qayrin mengangguk.

Darren senyum. Tangan putih isterinya dicapai dan diusap lembut.

" Sayang , our kids is a boy. Jadi , memang lumrah hidup dioranglah kalau degil sikit. But you know your son very well. Right? " Beritahu Darren lembut.

Qayrin tersenyum.

Betul apa yang diberitahu oleh Darren itu. Walaupun , anak - anaknya itu sedikit degil tapi mereka juga ada sisi yang baik juga.

" Of course. Sayang tahu. I don't know maybe sayang letih sikit kut sebab tu jadi nak marah. I'm sorry abang." Pohon Qayrin memohon maaf atas keterlanjurannya tadi.

My Love Encik Mafia [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang