Bab 30 - Epilog

47.1K 1.4K 43
                                    

Sekujur tubuh yang sedang lena diulit mimpi dipandang dengan gelengan. Selepas sahaja menunaikan solat subuh , Darren terus terbungkang diatas katil. Penat katanya.

Langsir yang menghalang cahaya daripada masuk ke dalam bilik mereka dibuka. 

Darren yang merasakan tidur lenanya diganggu dek silauan cahaya matahari dengan perlahan membuka mata.

Terpisat - pisat dirinya ketika itu. Bayangan isterinya , Qayrin yang sedang tersenyum dipandang dengan sebelah mata. Ngantuk!

" Sayang , What time now? " Soal Darren dalam keadaan wajahnya ditekup di bantal. Dengar tidak dengar sahaja apa yang dicakap olehnya itu.

" 8.30. " Jawab Qayrin sepatah. Darren  terkejut. Terus tubuhnya yang sedang menelentang bertukar kepada menegak.

" What? SAYANG. Kenapa tak kejutkan abang. We are too late for our breakfast." Ujar Darren sedikit marah.

" It's Okay. Sayang dah maklumkan dekat diorang semua. Lagipun , hari nikan aktiviti bebas. So , tak perlulah kita rushing  sangat. Abang pergi mandi dulu , nanti kita keluar." Arah Qayrin lalu menolak perlahan badan Darren supaya bangun.

Darren membatukan dirinya dengan tidak bergerak sedikit pun. Qayrin mencekak pinggang. Jelingan dihadiahkan buat tatapan si suami.

" Abang , Sayang cakap pergi mandi kan. Kenapa tak gerak lagi ni? Kata lambat." Cemuh Qayrin sambil menyusun bantal - bantal di atas katil.

Adyan , Adney dan Adrian yang diletakkan didalam baby bed dipandang sekilas. Bimbang kalau hero - heronya itu akan terjaga.

" Ye lah. Abang pergi mandi. Orang nak morning kiss lah. " Balas Darren merajuk lalu bergerak mengambil tuala yang tersidai.

Qayrin menggigit hujung bibir. Oh. Lupa pulak!Sorry ,Abang!  Terus pergelangan tangan Darren dicapai. Darren memalingkan wajah.

Qayrin tersengeh dan menyuruh Darren menundukkan sedikit kepala. Darren blur? Tapi lama kelamaan dia menurut.

Tidak tunggu lama , Qayrin terus menghadiahkan ciuman di pipi dan bibir Darren sekilas. Darren terkedu sebentar tapi bibirnya beransur senyum. Sukalah tu!

" Thanks , Sayang! " Ucap Darren sambil menggosok ubun - ubun Qayrin lalu berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Qayrin menggeleng. Entah bila Ketua Mafia boleh tiba - tiba jadi sensetive. Be like!

••••

Stroller yang menempatkan Triplet , ditolak oleh mereka berdua. Darren dan Qayrin memutuskan untuk berjalan - jalan di sekitar Dataran Helang.

Banyak cenderahati yang dibeli oleh mereka sebagai kenang - kenangan. Tidak lupa juga baju buat hero - hero mereka.

Selepas penat membeli , Darren mengajak isterinya itu untuk duduk bersantai di bangku yang telah disediakan.

" Ada lagi ke barang nak beli? " Soal Darren memandang isterinya itu. Qayrin menggeleng.

Dan suasana mereka ketika itu beransur senyap. Masing - masing melepaskan hela nafas sambil memandang ke depan.

" Sayang , Are you happy with me? " Soalan Darren memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Qayrin disebelah dipandang. Qayrin tersenyum seraya mengangguk untuk menjawab soalan suaminya.

My Love Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now