Part 3

17K 755 16
                                    

Zia kelihatan tidak selesa dengan renungan mata Fareez. Tubuh mengesot ke kiri katil, memberi jarak kepada lelaki itu.

"Se... se... sebe... sebenarnya. Sebenarnya..." Fareez memandang Zia pelik. Sejak bila jadi gagap? Panas pula hatinya.

"Lembaplah kau ni, minah. Cakap elok-elok tak boleh ke?" Naik satu oktaf suara Fareez. Zia menarik nafas dalam-dalam.

Tiba-tiba Zia bangun dan meluru ke arah meja solek. Surat daripada arwah dikeluarkan kemudian dihulur kepada suaminya.

"Kau dah kenapa dah bersurat-surat bagai? Dah bisu? Lembap." Surat di tangan Zia dicapai jua kemudian dibuka perlahan-lahan.

Tulisan Fatin...

Dibaca satu persatu isi yang terkandung. Jantung mula berdetak hebat! Keheningan malam mula menunjukkan rupa. Bilik yang dihuni pengantin baru itu menjadi sunyi. Fareez mengambil masa untuk memproses apa yang sedang dibacanya. Surat digenggam kuat. Terketar-ketar tangannya menahan perasaan.

"Arwah ada kanser. Stage 4," jelas Zia perlahan sekaligus memecah kesunyian.

"Fatin... Fatin dah tak ada? Jangan main-main. Tolonglah!" Fareez menerpa ke arah Zia dan bahu dicengkam kuat. Zia menahan perit di bahu. Dia tidak mempedulikan hal itu kerana dia tahu, perit lagi hati lelaki ini untuk menerima kenyataan.

"Tak mungkin... tak... tak mungkin se... semua ni terjadi...." Mata Fareez bergenang.

'Macam tu je awak tinggalkan saya, Fatin? Semudah itu?' desis hati kecilnya.

Zia yang tidak tahu mahu merespon apa hanya kaku. Seketika kemudian, tangan dibawa ke belakang Fareez, menepuk- nepuk perlahan di situ. Suaminya menangis kerana pemergian perempuan lain.

Terasa pelukanmya dibalas. Tangisan makin menjadi-jadi. Dalam sedar tak sedar, Zia ikut menangis. Pedih apabila terkenangkan pemergian sahabatnya.

"Fareez...," panggil Zia lembut. Fareez memilih untuk tidak membalas. Hanya mengeratkan pelukan. Ya, dia terasa lemah. Dia perlu kekuatan. Mungkin kekuatan itu ada pada Zia.

"Esok saya tunjuk kubur arwah, ya? Kita lawat sama-sama." Zia masih lagi cuba memujuk. Sumpah dia katakan, dia buntu.

"Tak mungkin Fatin tinggalkan aku macam tu. Tak..." Fareez menggeleng lemah. Sayu hati Zia mendengar suara serak Fareez yang seiring dengan bunyi hujan di luar.. Kini, dia yakin. Hati Fareez hanya untuk Fatin.

Tidak adakah walau sedikit ruang untuknya? Tidak mengapa. Masa masih panjang.

"Jangan macam ni. Esok kita melawat. Jangan menangis. Jangan ratapi pemergian dia. Kesian arwah dekat sana. Mesti dia tak tenang tengok awak macam ni. Yang hidup pasti akan merasai mati. Kita yang masih bernyawa perlu teruskan hidup. Awak kena kuat. Awak kena tabah. Kita berhubung dengan Fatin melalui doa. Okay?" Pujukkan Zia dibalas dengan anggukan.

Baru Zia perasan, wajahnya terkena pada rambut Fareez. Tangannya automatik naik membelai rambut suaminya. Sangkaannya meleset. Difikirkan rambut Fareez kasar seperti rata-rata lelaki lain. Rupanya, tidak.

Bunyi petir yang berdentum menyentakkan Zia. Fareez yang sudah mamai dalam pelukannya dibaringkan berhati-hati. Selimut ditarik paras dada.

Ditilik wajah bersih Fareez. Fatin beruntung kerana memiliki hati Fareez. Sesungguhnya cinta lelaki ini tulus. Walau pada mulanya Fareez mengamuk sakan, tetapi apabila kebenaran sudah terungkap, keganasannya umpama ghaib. Yang tinggal, hanyalah kekecewaan.

Mata dipejam perlahan. Timbul rasa syukur apabila majlis bersanding ditangguhkan dan perkahwinan ini tidak dibuat besar-besaran. Hanya menjemput saudara dan kenalan yang rapat dari mulut ke mulut, tanpa kad. Lagipun, baru akad. Tentang bersanding, lain kali sajalah. Itu pun kalau dia masih bergelar isteri kepada Fareez Ilham.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now