Part 22

14.8K 532 9
                                    

Zia's pov

Flight kami pagi so agak serabai jugalah aku pagi ni. Muka yang pucat aku calit dengan cushion. Tak sempat buat apa-apa kat rumah. Bangun, mandi dan terus terkejar-kejar ke airport. So dalam flight ajelah boleh. Kemudian lipbalm dioleskan agar bibir tak kering dan pucat.

Aku memerhati Fareez yang sedang leka membelek majalah. Kadang-kadang rasa tak puas hati apabila mata Fareez memandang sekilas peha gebu pramugari yang lalu.

"Hey, aku tanya ni?"

Aku tersentak apabila Fareez menepuk perlahan pipi aku.

"Apa?"

"Nak makan apa-apa tak?" soalnya.

Aku menggeleng sebelum mendengus kasar dan memeluk tubuh. Pandangan dibawa ke luar tingkap.

"Alright, thank you, sir."

Akhirnya, pergi pun kau cik pramugari. Ergh!

Dari ekor mata, aku nampak Fareez sedang memandang ke arah aku. Aku kalih kepala pada Fareez.

"Apa pandang-pandang?" soal aku garang.

"Rasanya tak salah kalau aku pandang bini sendiri. Unless..." Fareez tersengih macam kerang busuk. Ew!

"Unless what?"

"Hrm... kau malu sebab teringat 'war' malam semalam?" Jari telunjuk dan jari tengahnya dibengkokkan semasa menyebut 'war' itu.

Kening aku bertaut. War? Tiba-tiba aku teringat satu ayat malam semalam selepas kami tiba di rumah.

"Zia... izinkan aku?"

Serta merta pipi aku terasa membahang. Terus pandangan dikalih ke arah tingkap. Uhh...

"Kau fikir apa, huh?" soalnya tanpa rasa bersalah.

Aku pejamkan mata. Malas nak melayan perangai tak semenggah Fareez. Warlah sangat!

"Well well well, Zia. Kau ganas sangat semalam." Fareez masih galak mengusik dan aku diam tak berkutik.

"I. Love. Your. Naughty. Side. Baby." Sebutir demk sebutir disebut di telinga aku. Terasa deruan nafas Fareez di situ.

"Stop it, Fareez. Nak tidur ni!" Aku membalas bengang sambil memandang dia dengan mata yang dikecilkan.

"Really? Tak nak war dulu, ke sebelum tidur, macam semalam."

Aku diam.

"Oh, penat sebab last night you did a great job, sayang."

Aku menggigit bibir, cuba menahan bahang. Rasanya muka aku dah macam tomato.

"Aik? Sejak bila pakai blusher?" Pipi aku dielus lembut.

"Berhenti sekarang sebelum saya kerjakan awak, Fareez." Suara aku berbaur amaran.

"Woah! Sounds interesting auw! Auw-" Cubitan ketam aku menghinggap di perut dia.

"Lepaslah, Zia. Sakit tau," rayunya.

Permintaan dia tak dihiraukan. Tangan makin kuat memulas. Oh, masa aku rayu suruh berhentu, tak nak pula.

"Ya, ya. Aku tak kacau kau dah. Lepas, please... little girl..."

Terdengar hembusan nafas lega dari Fareez bila aku lepaskan cubitan. Aku pejamkan mata.

Dah lima minit memejam mata, senyap aje Fareez. Tidur, ke? Mata dibuka perlahan dan aku kalih tepi. Aik. Tidur dah? Tapi aku tak rasa dia tidur. Pehanya aku tepuk perlahan.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now