Part 37

12.2K 472 57
                                    

Song 👉🏻 Remember Me This Way - Jordan Hill

***

Fareez's pov

Kandungan Zia sudah masuk bulan ke sembilan. Ikutkan hati, memang aku tak bagi dia kerja tapi ada aje alasan yang Zia bagi.

Pernah juga aku melenting sebab dia tetap nak kerja tapi tahu apa dia buat? Merajuk, bro. Tiga hari aku tanggung rindu nak bermanja dengan dia. Last-last aku izinkan juga tapi tak boleh buat kerja berat. Si Najihah pula jadi tukang pemerhati tak berbayar.

Deringan phone menyentakkan aku dari lamunan. Panggilan dijawab.

"Assalamualaikum, Reez. Mama ganggu, ke?" suara mama di hujung talian.

"Waalaikumsalam, ma. Eh, mana ada ganggu. Ada apa mama call Reez ni? Rindu menantulah tu," usikku.

"Banyaklah kamu. Hari ni kamu dengan Zia lunch dekat rumah mama, ya?" pinta mama.

"Boleh. Tapi make sure masak sedap-sedap kalau tak Reez bawa anak mama tu lari."

"Kepala lutut kamu. Okaylah, mama nak sambung masak ni. Jangan lupa datang." Mama penamatkan perbualan tanpa melawan lawak aku dan aku hanya iyakan segala arahan ibu mertuaku.

Selepas panggilan dimatikan, aku call Zia untuk maklumkan perkara ni.

Tutt tutt..

"Yes, babyboy?" Tersenyum aku mendngar sapaan Zia yang gelojoh.

"Waalaikumsalam, sayang." Aku memerli. Zia hanya tergelak perlahan. Aku menyambung lagi.

"I miss you, princess," luah aku manja.

"Me too." Zia menjawab ringkas. Me too aje?

"By the way, hari ni lunch dekat rumah mama, okay? Saya ambil awak." Aku terus ke tujuan asal.

"Aik? Kenapa saya tak tahu apa-apa? Mama call awak, ke?" soal Zia tak puas hati. Cemburulah tu mama lebihkan menantu dia yang handsome ni, ahak!

"Kan saya bagitau awak ni. Ya, mama call saya tadi. Maklumlah, menantu kesayangan," balas aku. Kerusi dipusingkan menghadap tingkap.

"Like I care," ujar Zia sebal. Aku tergelak kecil.

"Tapi awak tetap buah hati saya, little girl."

Zia terdiam.

Satu saat.

Dua saat.

"Zia?" Aku bersuara cemas apabila Zia tak membalas.

"Uhh... yes?"

"Are you okay?"

"Awak," panggil Zia perlahan.

"Ya, sayang"

"Saya sayang awak," gumam Zia perlahan. Aku tergelak dan membalas juga.

"I know and I love you too."

"Okaylah, saya ada kerja ni. Bye." Tak sempat aku membalas, Zia end call. Hati aku tak tenang. Something wrong somewhere. Aku buka application whatsapp.

Okay, Zia. Jangan buat kerja berat-berat. Take care. I'll see you around 12p.m. Bye, sweetbun <3

Aku menanti.

Onetick.

Doubletick.

Bluetick.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now