Part 11

14.4K 643 36
                                    

Satu badan aku terasa lenguh. Aku hanya duduk di dapur sendirian. Riuh kedengaran di laman rumah. Ada mama, papa dan keluarga mertua aku juga. Biarlah mereka berbual panjang di luar sambil menikmati bbq. Bagus juga ada di Ryan tu, dialah yang jadi tukang jaga api.

Tiba-tiba fikiran aku melayang fikirkan Fareez. Dia langsung tak bercakap dengan aku dan aku pun tak ada niat nak mulakan perbualan. Masih lagi terasa. Biarlah masa yang tentukan semuanya.

"Hey, hunny bunny."

Usapan di kepala sedarkan aku dari lamunan. Bila aku angkat kepala, terpampang wajah Zaqwan. Tak fikir panjang, aku terus bangun dan peluk tubuh lelaki itu. Rindu!

"Seems like someone miss me, uh?" Nakal usikan Zaqwan. Aku meleraikan pelukan.

"Memang pun. Abang tu ha, tinggal Zia kat sini kenapa? Konon membawa hati yang lara. Sampai ke Jepun pula tu." Aku menjulingkan mata.

"Bawa Zia buat apa. Merosakkan pemandangan je. Dah kawin dah adik aku sorang ni."

Aku mengelak kegelian apabila Zaqwan mula mencucuk-cucuk pinggang aku.

"Hey, stop it! Ambek kau!" Aku sekeh kuat kepala Zaqwan.

"Aduh! Rosak lah rambut abang. Ha, ambek balik!" Zaqwan sekeh kepala aku semula. Tak la kuat mana aku sengaja mahu mengada.

"Sakitlaa... sampai hati." Aku mencebik bibir. Terletus tawa Zaqwan.

"Alo, sorry, hunny bunny." Tangan kekar Zaqwan menggosok ganas kepala aku. Habis serabai rambut. Memang sengaja dia ni. Aku tayang muka tak puas hati sambil mata dikecilkan memandang tajam je arah Zaqwan.

"Apa pandang-pandang? Tahu la mata lawa."

Puji ke tu? Terasa kembang hidung bila dipuji begitu.

"Well." Aku tersenyum bangga. Zaqwan terus menggeletek aku sampai kami berdua selamat terbaring dekat lantai dapur.

"Ya Allah, budak berdua ni. Asal jumpa je mesti bergusti." Suara mama memetir. Terkejut aku apabila mengangkat kepala. Ada mama, Ryan dan Fareez. Ryan tersengih menampakkan giginya tapi tidak bagi Fareez. Muka dia nampak tegang. Apa lagi lah masalah dia. Suka marah marah tanpa sebab.

"Ala, Zia ni ha cari pasal. Zack geletek jela." Zaqwan cuba membela diri.

"Eh, mana ada. Abang tu ha kacau Zia dulu." Aku tolak lengan dia tapi sikit pun tak bagi kesan. Cis.

Zaqwan menyiku aku perlahan.

"Eleh, Zia tu yang-"

"Sudah! Zack pergi luar tolong papa dekat luar." Mama memotong percakapan Zaqwan. Aku tergelak kecil dan senyum kemenangan.

"Em, yelah." Sebelum pergi, sempat lagi Zaqwan menyerabaikan rambut aku yang sudah sedia serabai. Aku menjeling geram.

"Zia naik atas kejap, ma. Nak ikat rambut." Aku meminta diri.

"Ha, nak larilah tu. Tak nak dengar mama membebel."

Aku tersengih dan kenyitkan mata. Kemudian terus naik ke bilik.

Aku berdiri di depan cermin, sikat aku capai dan rambut mula disikat. Kemudian getah berwarna coklat rambut menjadi pilihan. Selesai saja mengikat rambut, aku cepat-cepat berjalan mahu keluar dari bilik. Bukan apa, tak selesa apabila Fareez memerhati aku dari tadi. Padangan dia, susah aku nak tafsir.

"Zia...,"

Terhenti langkah aku. Badan dipusingkan menghadap dia dan kepala aku dongakkan sedikit.

"Ya?"

"Kau tak tahu malu, ke?"

Pelik aku dengar soalan dia.

"Kenapa nak malu?"

"Bermesra-mesra dengan lelaki lain walhal suami sendiri ada. Tak malu?" Nada Fareez bukan sekadar bertanya biasa tapi lebih kepada memerli.

Bisa. Aku cuba berlagak biasa.

"Apa awak mengarut ni, Fareez?"

"Apa yang aku mengarut? Betul lah aku cakap. Lelaki lain sentuh-sentuh badan kau. Lepas tu kau boleh pula layan, relakan. Memang kau murah macam ni ke?"

Kemarahan aku tiba-tiba menggunung tapi aku tak nak terlalu tinggikan suara sebab ada keluarga kami di bawah.

"Saya tak ada buat apa-apa salah dan awak tak ada hak nak cakap saya murah." Tak sempat aku melangkah ke luar bilik, Fareez tarik aku dan humban aku ke katil. Badannya dihempapkan di atas aku.

"What the hell are you doing, Fareez Ilham!" Suara aku sedikit kuat. Muka tegang Fareez buat aku takut. Takut yang teramat.

"Mungkin kau tak puas sebab aku tak layan kau. Sebab tu kau puaskan diri dengan layan jantan lain. Memang ni yang kau nak kan?" Suara sinis Fareez cukup untuk buat hati aku terluka.

"Stop talking nonsense, Fareez."

"Diam! Kau nak sangat aku layan kau kan!" Fareez buka kasar butang baju tidur yang aku pakai. Sungguh aku tak sangka.

"Fareez, tolong jangan buat Zia macam ni..." Kepala aku terteleng ke kiri kanan cuba mengelak daripada cumbuan Fareez.

"Jangan degil, Zia."

"Fareez... jangan... please." Aku cuba menghalang tapi apa lah sangat kudrat perempuan macam aku ni mampu buat. Tangan Fareez meliar cuba membuka baju tidur aku manakala leherku menjadi sasaran bibirnya. Bukan ini yang aku inginkan.

"Fareez... please don't... this is not you. I'm begging you... please, jangan buat Zia macam ni." Air mata yang tertahan sejak tadi mengalir deras. Esakan aku mula kedengaran.

Sayu.

Terhenti perbuatan Fareez. Aku terus bangun dan membalut badan yang terdedah dengan comforter. Lutut aku peluk erat. Muka disembamkan di lutut. Badan aku menggeletar. Sumpah aku takut. Fareez tak pernah macam ni. Apa yang mengganggu dia sebenarnya?

Seriously.

"Kau jangan keluar bilik." Tanpa bercakap panjang, Fareez terus keluar dari bilik dan meninggalkan aku sendiri.

Hati aku sakit bila Fareez layan aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa layanan dia berubah sekelip mata? Apa yang terjadi sebenarnya. Badan semakin lemah. Penat mungkin akibat menangis. Terseksa mental dan fizikal. Mata semakim kuyu. Aku baringkan kepala dan terlelap. Biarkan aku berehat seketika. Semoga mimpi indah menyinggah.

Sometimes its better to be alone. No one can hurt you.

***


"Ha, Fareez. Dah turun pun. Mana Zia?" Ibu menyoal Fareez.

"Tidur. Dia kata penat sangat." Fareez menjawab ringkas. Tak mahu panjangkan cerita, ibu hanya menggangguk dan sambung berbual dengan mama.

"Hey, bro." Sapaan Zaqwan dibalas dengan dengusan kasar.

"Tak kan tak nak makan? Rasalah sikit. Ha, nah." pinggan yang berisi kepak ayam dan sosej itu dihulur namun Fareez hanya memandang sepi.

"Hoi, Zack!" Tamparan kasar singgah di belakang badan Zaqwan.

"Aduh, kau ni. Sakit, bongok!" Ryan yang tersengih djelingnya tajam.

"Eleh, buat terkejut sikit dah naik hantu." kata Ryan. Zaqwan memusingkan bebola matanya tanda menyampah.

"Ha, buat mata macam tu. Sebiji macam Zia." Kata-kata Ryan ternyata berjaya menarik perhatian Fareez yang dari tadi hanya menyepi.

"Biarlah. Dah aku abang dia, sah-sah la perangai kitorang sama." Zaqwan hanya menggelengkan.

Fareez tersentak. Abang? Zaqwan abang Zia?

Tepat pukul 1.15 pagi, semua orang beransur pulang. Barang-barang yang digunakan untuk bbq tadi sudah dicuci oleh ibu dan mama. Fareez tergesa-gesa naik ke bilik untuk memeriksa keadaan Zia. Rasa bersalah menghantuinya. Dia perlu selesaikan semua ni secepat mungkin.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now