Part 20

15.1K 486 7
                                    

Song- Pacar Selingan 😛

***


Zia's pov

Aku mendengus kasar. Fareez yang sedang lena tidur diperhatikan. Ergh, geramnya. Aku ajak jalan-jalan, boleh pulak dia tidur.

"Fareez... bangunlah." Badannya digoyangkan perlaha namun tiada respon. Masih statik meniarap sambil muka disembamkan ke bantal.

Aku rapatkan mulut ke telinga Fareez. Hujung jari mengurut perlahan di bahu dia.

"Babyboy... please." rayuku manja. Fareez diam tak berkutik. Aku tahu dia pura-pura tidur. Mainkan aku, ya? Okay, lets play the game.

"Hey, sexy boy. Tak nak bangun, ke?" Jari dimainkan di leher. His sensitive spot!

Fareez menggeliat perlahan. Aku tersenyum bangga.

"Jangan main-main, Zia." Fareez berkata dengan penuh amaran.

"Nak ajak awak jalan-jalan." Aku hembus nafas berat dan memandang jari sendiri. Marah sangat, ke dekat aku?

Fareez bangun. Tangan aku dicapai dan digenggam.

"Boleh. Tapi malam, okay? Aku penat. Nanti kita dinner sama-sama." pujuknya pasrah. Aku angkat kepala dan mengangguk laju. Senyuman melebar.

"Kan lawa senyum macam ni." Pipi dicubit. Aku mencebik sebelum tergelak sama-sama dengan Fareez.

***


Green emerald dress tanpa lengan disarung ke badan. Kemudian tubuh dipusing ala-ala princess di depan cermin. Aku rasa keliru sekarang. Dress, ke aku yang lawa? Ahaks!

Rambut aku biarkan lepas. Lipstik nude pink dioles di bibir. Solekan natural ni dah cukup untuk aku. Tak perlu lebih-lebih. Minyak wangi Victoria Secret disembur. Aku memandang pantulan diri di cermin sekali lagi sebelum beg tangan dicapai. Perfect!

Kaki diatur menuruni tangga dengan berhati-hati. Tersilap langkah, free aje dapat sakit sebab jatuh terpijak kain sendiri. Kelihatan Fareez masih leka dengan phonenya. Pakaian Fareez diperhati. Simple but nice. Kemeja putih kosong yang cutting sampai siku dan jeans hitam yang sedikit mengikut bentuk kaki dia. Hidung aku menangkap bau maskulin. Mesti pakai perfume  Calvin Klein dia. Senyuman kecil dikoyak sebelum aku melangkah perlahan sampai betul-betul di belakangnya. Nampaknya dia tak sedar kehadiran aku lagi. Bibir dirapatkan ke telinga Fareez dan bersedia untuk jerit sekuat hati.

Cup!

Terbuntang mata aku. Did he kissed me? Mendengarkan tawa halus Fareez, aku menayang muka cemberut.

"Eleh, nak terkejutkan aku kan?" Fareez pusing kepala dan memandang aku dari atas sampai bawah. Kenapa? Tak lawa  ke?

"Why?"

"Salah, ke aku nak pandang bini sendiri. Lebih dari tu pun aku boleh tengok tau. Bukan setakat tengok, boleh pe-"

"Fareez!" Tangan disilangkan di dada. Pervert! Muka aku dah macam tomato. Merah menyala sebab malu dengan kata-kata dia. Boleh mental kalau hari-hari macam ni.

Fareez terlentang berbaring di atas sofa sambil gelak terbahak-bahak. Tangannya menekan perut. Aku menjeling.

"Mana awak tahu saya ada kat belakang, ha?" Aku cepat-cepat tukar topik dan kecilkan mata memandangnya sebagai amaran suruh berhenti gelak. Tapi dia tak peduli. Diangkat handbag tinggi gaya nak hempuk kepala dia yang kurang betul.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now