Part 23

12.4K 507 15
                                    

Aku butangkan baju dengan cepat. Pintu bilik mandi yang dikuak dari dalam tidak mengganggu aku sama sekali. I'm late!

Disebabkan hari ni panas, aku pakai kemeja putih kosong dan jeans biru. No more sweatshirt. Berpeluh!

"Cepatlah, Fareez. It's already 8.45am, you know." Pantas aku rampas tali leher di tangan Fareez. Ikat benda ni pun lambat.

"Okay, siap. Jom." Spontan aku menepuk dadanya apabila tali leher dah siap diikat.

Selesai bersarapan ringkas, Fareez memecut laju ke kafe.

"Thanks. Saya pergi dulu." Aku yang berua-ura nak keluar dari kereta terhenti apabila terasa tangan ditarik.

"Kenapa?"

"Tak nak salam suami dah ke, cik kak?" soalnya.

Aku menepuk dahi, mencapai tangan Fareez kemudian kucup belakang tangan itu.

"Selamat bekerja, sayang." Sempat telinga aku menangkap kata-kata Fareez. Senyuman nipis diukir.

"Amboi sweetnya pengantin lama kita ni."

"Untunglah dah kawin."

"Jelesnyaaa!"

Tersengih aku dengar kata kata Najihah, Hanis dan Aizat.

***

Lama aku berdiri di depan kafe. Jam ditilik, 6.15pm. Mana Fareez ni? Kata nak ambil tepat pukul 6. Phone berbunyi tanda ada whatsapp masuk.

"Kau balik naik teksi. Aku ada hal ni."

Panas hati aku membaca pesanan dia. Ah, suka hatilah! Nombor teksi didail dan teksi tiba tak lama kemudian.

"Pakcik, singgah 7E sekejap, saya nak beli barang," pintaku.

Driver teksi itu hanya mengangguk. Bila teksi dah berhenti, aku cepat-cepat keluar dan cari coklat! Tekak terasa nak cadbury so aku ikutkan ajelah.

Semasa aku nak masuk teksi semula, mata menangkap kelibat seseorang. Automatik pandangan menjadi kabur. Kelihatan Fareez sedang berjalan beriringan dengan seorang perempuan.

Erika! Damn it.

Nama kedai diperhati. Julia Printer. Bukan, ke orang selalu datang situ nak tempah kad kahwin? Tak tahan dengan keadaan itu, aku suruh pemandu teksi tu pecut sampai ke rumah.

Tiba di rumah, plastik berisi cadbury dicampak ke atas meja di ruang tamu. Hilang selera nak makan. Langkah aku bawa ke bilik utama. Mata memerah menahan tangis. Tangan laju capai tuala dan masuk ke bilik mandi. Lebih kurang setengah jam aku berendam dalam bath tab, terdengar ketukan di pintu.

"Zia, aku dah balik ni. Cepat sikit mandi, aku ada benda nak cakap."

Suara itu tak dihiraukam malah aku pejamkan mata, cuba menikmati haruman lavender. Selesa berendam apabila otak stress.

Sejam setengah berendam, baru aku keluar dengan memakai bathrobe. Rambut dibalut dengan tuala putih. Kelihatan Fareez diam memerhati aku yang sedang menyapu losyen di tangan. Pandangan dia susah ditafsir. Aku hanya biarkan dan duduk di sofa sambil kaki disilangkan. Mata difokuskan pada skrin phone.

"Zia," panggilnya.

Aku buat tak dengar.

"Aku cakap dengan kau ni." Suaranya naik satu oktaf.

"What!" Aku turut tinggikan suara.

Tak adil kalau aku sorang aje yang kena tengking. Fareez buntangkan mata tanda tak percaya.

Forgotten Love ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz