Part 30

13.3K 511 24
                                    

Fareez's pov

"Kerja elok-elok tau." Aku mengusap perlahan pipi Zia yang semakin tembam.

"Em, kay..."

Amboi, sayunya nada!

"Kenapa ni, hm?" soal aku.

Sejak mengandung, Zia lebih suka berpakaian yang lebih kepada keperempuanan. Macam sekarang, dress floral paras lutut dan dipadankan dengan jam tangan serta braceletnya. Nampak lawa sangat. Ditambah lagi dengan sling beg. Rambutnya dibiarkan lepas. Mungkin tu pengaruh anak perempuan dalam perutnya. Tak lupa juga, Zia gemar bermake up sekarang. Tapi taklah tebal, natural look.

"I'm gonna miss you, babyboy."

Aku tersenyum mendengar luahannya. Alahai, Zia.

"I already miss you, sayang." balasku. Serentak itu, Zia tergelak perlahan.

"Saya pergi dulu. Nanti jangan jemput saya lewat sangat. Kalau tak, saya merajuk!" Zia mengugut keras sambil tangannya mengacukan penumbuk kecil di depan muka aku.

Aku ketawa sebelum menjawab, "Ya, sayang. Dah, pergi masuk. Lewat dah ni. Kerja elok-elok okay, sweetheart?" Penumbuknya dipegang kemudian dikucup. Tersengih Zia dibuatnya.

"Bye, anak papa!" Sempat aku mengucup perlahan perut Zia. Tak sabar rasanya menanti kehadiran anak pertama. Excited dia lain macam sikit.

***

Fokus aku pada skrin komputer terganggu apabila terdengar bunyi riuh rendah di luar pejabat aku. Pantas aku melangkah keluar untuk memeriksa keadaan.

"Hey, you fikir you siapa nak halang I? I ni girlfriend Fareez! Tepi!" Perempuan yang berbaju kemeja itu cuba menolak Hairi tapi tak berjaya.

"Setakat girlfriend buat apa? Fareez tu dah ada bini! Pergi mampuslah kau, betina!" Hairi menolak kuat bahu perempuan tadi hingga terjatuh.

"You-" Belum sempat perempuan itu membalas, aku mencelah.

"Well well well, Alice Amanina. Nice to meet you." Senyuman manis terukir di bibir aku.

Apabila Nina nampak senyuman aku, mukanya mula berubah menjadi ayu. Mungkin dia dah turn on mood kucing mengawan.

"Baby, tengok ni sepupu you tolak I. I nak jumpa you aje." Punggung diangkat dari lantai dan langkah dibawa maju ke arah aku.

"Baby, ke bab..." Tersengih aku mendengar kata-kata Hairi.

"Out." Aku bersuara tanpa memandang mereka berdua.

"Ha, dengar tak tu? Fareez suruh you keluar. So, get out, loser!" Nina menegakkan jari telunjuk serta ibu jari membentuk huruf L kemudian diletakkan di dahinya. Lidahnya terjelir seperti budak kecil.

"Siapa halau Hairi? I suruh you keluar."

Tergelak besar hairi dengar omongan aku. Adehlah.

"What? Baby, you main-main aje kan?" Nina semakin mendekat dan sebelum dia sentuh aku, aku rasa ada baiknya kalau aku bertegas.

"Dont. Even. One. Finger." Sepatah sepatah aku sebut dan Nina nampak terkejut. Kaki diundur sedikit. Kalau aku tak undur, mahu tercemar badan aku kena pegang. Ulat bulu punya jari, mana boleh duduk diam.

"Jangan marah I. You tau I sayang you kan. Dari masa kita study lagi."

Cair rasanya tahi telinga aku dengar suara gedik dia.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now