♡ 05 - (The Queen Of) Drama ♡

1.1K 191 41
                                    

SWEET HOME
05
(The Queen Of) Drama

♥♥♥

Kini, aku sedang berdiri di luar kediaman yang akan menjadi lokasi realiti TV berjudul "Sweet Home". Tersenyum aku melihat betapa gah dan mewahnya kediaman luas dua tingkat tersebut. Kakiku mula mengatur langkah sambil bagasi berisi pakaian juga barangan peribadiku diheret di atas lantai. Jika tadi aku kagum dengan luaran kediaman itu, sekarang aku sangat kagum dengan keluasan juga perhiasan di ruangtamu setelah aku masuk ke dalam. Kediaman berganda mewah dan serba ada ini jauh lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan kediaman sewaku. Tatapan mata bundarku kini tertumpu pada deretan foto yang sudah dibingkaikan cantik di dinding.

'Kediaman yang sangat manis, kan?'

Aku nyaris sahaja terjerit akibat terkejut dengan suara seseorang. Segera aku menoleh. Melihat Jun sedang tersenyum ramah menatapku, aku ikut tersenyum.

'Saya buat awak terperanjat?' Soal jejaka kacak yang mengenakan jeans rabak berserta t-shirt putih itu. Dia kelihatan santai dan tetap kacak.

'Tak. Sebenarnya, ya—' Aku mengetap bibir bawahku sambil menunduk seketika. Sisi rambutku diselit ke belakang telinga. Dan aku dapat mendengar tawa perlahan lelaki berdekatanku. 'Rumah ni memang cantik.' Aku kembali mengangkat kepala dan membalas tatapan Jun. 'Bila saya masuk ke dalam rumah ni,' Aku menyentuh lenganku sendiri. 'Rasa semacam je. Macam ada aura—'

'Well. Rumah ni sebenarnya kepunyaan omma Encik Kim. Disebabkan rumah ni sesuai dengan imej untuk acara realiti TV ni, pihak kami bersepakat nak jadikan ini lokasi utama "Sweet Home".' Beritahu Jun.

Aku mengangguk-angguk. 'Jadi, awak akan tinggal di sini jugak?' Soalku sambil tersenyum.

Jun mengangguk sekali. 'Yup. Staff yang terlibat akan stay di sini sepanjang realiti TV ni berlangsung. Ah—' Dia mengerling jam tangannya seketika. 'Rasanya awak dah patut ke ruang tengah. Akan ada sikit taklimat untuk peserta "Sweet Home". Lebih baik awak cepat ke sana sebab pemberi taklimat agak cerewet orangnya.' Dia lalu menyeringai.

'Oh—' Aku mengetap bibir. 'Ok. Jumpa nanti!' Segera aku menyeret bagasiku menuju ke tempat yang dimaksudkan Jun tadi. Setibanya aku di sana, mataku terus terlihat satu susuk lampai seseorang.

Aku dah agak.

Jennie layak ke pusingan seterusnya.

Dan wanita cantik tetapi angkuh itu menatapku sinis.

Malas beradu tatapan dengannya lagi, aku mencari tempat duduk yang kosong. Kelihatan ada yang melambai tangan ke arahku.

Jiyeon dan Irene!

Aku tersenyum lebar. Dengan langkah penuh bersemangat, aku berjalan menyeret bagasiku mendapatkan mereka. 'Kita berjumpa lagi!'

Dan kedua wanita cantik itu bangkit, lalu kami berpelukan bersama.

'Semua dah ada?'

Suara lantang seseorang membuatkan kami segera melabuhkan punggung di kerusi.

Mata bundarku melihat seorang lelaki bertubuh sedang, berwajah sedikit tembam dan mungkin sedikit garang, sedang berbisik dengan seorang staff.

Dia kemudian kembali memandang ke arah hadapannya. 'Pertama sekali, tahniah kepada 20 peserta yang berjaya melepasi ujian pemilihan mula "Sweet Home" tempoh hari. Sebelum tu, perkenalkan diri saya; Boo Seungkwan. Saya Art Director untuk pertandingan realiti TV ni. Dan hari ini, kamu semua akan mula tinggal di sini, di kediaman mewah ini; selagi kamu tak tersingkir. Jaga sikap masing-masing kerana hampir setiap sudut dan penjuru kediaman ini ada cctv; kecuali di bilik kamu dan bilik airlah. Akan ada sebahagian rakaman yang pihak kami akan edit dan siarkan di saluran rasmi kami di Youtube. Dan akan ada juga siaran secara langsung. Apapun, itu semua bergantung. Kamu akan dapat bilik masing-masing nanti di mana setiap satu bilik akan ada empat orang penghuninya. Bilik kamu semua di tingkat dua, ya? Ingat, lepas kamu dah dapat number bilik dan partner, kamu berkemas cepat-cepat sebab kamu akan ada acara fitting gaun; di mana gaun tu malam nanti akan kamu pakai untuk dinner bersama Encik Kim Mingyu. Boleh ambil undian untuk tengok kamu akan duduk di bilik yang mana dan siapa partner masing-masing sekarang.'

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن