♡ 10 - Favourite ♡

1K 172 19
                                    

SWEET HOME
10
Favourite

♥♥♥

Aku berniat ingin kembali ke kamar setelah melihat Irene dan Mingyu berbual ramah di samping teras "Sweet Home".

Bagiku, mereka kelihatan sepadan bersama.

Irene tidak terlalu menonjol, namun pada masa yang sama dia sangat lemah-lembut, manis, dan sopan. Biarpun awalnya dia sangat pemalu, sewaktu berbual bersama lelaki kacak itu, dia kelihatan selesa dan sering juga ketawa.

Sudah kerap aku menyaksikan raut wajah bahagianya setiap kali berbual bersama Kim Mingyu.

Tatapannya terhadap lelaki itu penuh perhatian, harapan, juga cinta.

Mingyu juga kelihatannya seolah sudah menyenangi gadis yang menurutku comel dan menarik itu.

Tidak mahu mengganggu mereka, aku berjalan perlahan menuju ke destinasi yang ditetapkanku tadi. Dan sudah tentu aku berharap agar mereka, terutamanya Kim Mingyu, agar tidak perasan akan keberadaan aku di situ.

Nampaknya harapanku tidak kesampaian.

Ekor mata tajam lelaki itu sempat melihat aku.

Tanpa menunggu, aku mempercepatkan langkah. Masih berharap agar lelaki itu sekadar melihatku dan kembali fokus pada perbualannya bersama Irene, malangnya—

'Chae—!'

Nah—

Aku menggigit kuat bibir bawahku. Tanpa menoleh, langkahku dipercepatkan lagi. Dan aku tahu, aku juga berlari kecil.

'Awak dengar saya kan, Miss Park?'

Suara dalam itu kedengaran lagi.

'Awak memang nak hindarkan diri awak dari saya, Miss Park?'

'Tak adalah!' Jawabku cepat, masih tidak berani menoleh.

'Habis? Awak sedang berjogging? Atau berlumba lari?' Soalnya dengan nada seolah dia sedang terhibur melihat keadaan aku.

Aku melirik ke belakang tanpa berhenti melangkah. Dan aku melihat dia berjalan dengan tenang, tiada tanda-tanda dia ingin menyaingi langkahku. Sekali lagi bibir bawahku digigit.

Dia sengaja?

'Kenapa ikut saya?!' Aku nyaris menjerit. Apatah lagi melihat ekspresi wajahnya saat itu.

'Saya nak bertegur-sapa dengan awak. Saya nampak awak tadi. Belum sempat saya nak tegur, awak dah marathon sampai ke sini.' Dia terkekeh perlahan.

Aku mendengus halus. 'Awak dah tegur saya, kan? Sekarang pergilah bersembang dengan Irene kat sana!' Sekali lagi aku hampir menjerit.

'Berhentilah. Saya dah penat ni.' Lelaki itu tersenyum. 'Biar saya tegur awak dengan lebih sopan. Lagipun, awak boleh jatuh kalau terus jalan sisi macam ketam tu.' Senyumannya bertukar seringaian.

'Saya tak suruh awak ikut saya! Dan saya tak jalan macam ketam!' Gerutuku geram.

Langkahnya kini terlihat sedikit dipercepatkan. 'Awak cakap yang awak join pertandingan ni sebab nak menangi hati saya?'

Serta-merta wajahku terasa berbahang.

'Rasanya, ada cctv di sini—'

Mendengar itu, aku berhenti berjalan secara mengejut. Aku akan tersungkur jika Mingyu tidak mencapai tubuhku dengan cepat.

Dia meraih pinggangku, memastikan pendirianku betul.

Setelah aku berdiri tegak, ku tolak perlahan dadanya. Namun, dia menarik kedua lenganku dan membawaku ke tempat kesukaannya— satu lorong yang sempit. Aku memutarkan bebola mataku.

Dan menyaksikan itu, Mingyu ketawa perlahan.

'Apa—?' Soalku gugup. Tatapannya dari jarak yang sangat dekat itu mampu membuatkan jantungku berhenti berdegup.

Aku tidak mahu mati di usia semuda ini.

'Awak comel bila marah macam ni.' Ungkap Mingyu dengan senyuman masih mekar di bibir gebunya.

Oh.

Aku baru sedar yang sedari tadi aku asyik menatap bibir itu. Merasakan lelaki itu mendekatkan wajahnya ke wajahku, aku memejam rapat mataku.

Kejadian tempoh hari berulang lagi.

Dan disebabkan kejadian itulah aku sukar untuk melelapkan mata di malam hari.

Darahku berderau merasakan hujung hidung mancungnya menyentuh pucuk hidungku. Bahkan hidungku dapat menghidu aroma wangian maskulinnya yang sejak belakangan ini sudah mesra dengan deria bauku.

Perlahan, kedua tangan sasanya yang memegang kedua lenganku tadi melepaskanku. Dan aku merasa kedua tangannya kini menyentuh pinggangku.

Untuk seketika, tanganku kaku. Namun, beberapa detik kemudian aku mengangkat kedua tanganku, dan ditempatkan di dadanya.

'Bukak mata awak—'

Aku mengemam bibir. Walau ragu, aku akhirnya membuka mata. Kedua kakiku terasa lemah berhadapannya seperti ini.

Namun, pada yang sama aku berharap situasi ini akan berlanjut lebih lama berbanding tempoh hari. Atau mungkin, lebih intim berbanding tempoh hari.

Aku tahu aku sudah hilang akal.

Lelaki di hadapanku inilah punca aku kehilangan akal.

Mingyu tersenyum lagi. Mata tajamnya tidak lepas membalas tatapanku.

Tumpuan mataku turun melihat hidung mancungnya, lalu beralih melihat bibirnya— yang aku pasti kini menjadi antara bahagian dari dirinya yang disukaiku. Dan aku melihat mulutnya dibuka, seolah ingin mengungkapkan sesuatu.

Namun, suara kecoh dari teras "Sweet Home" mengalih perhatian kami berdua.

Mingyu melepaskan sentuhannya pada pinggangku dan menjauhiku. Dia kemudian berlari menuju ke tempat datangnya suara kecoh itu.

Aku mengikutnya dari belakang.

Ketika sampai di sana, kami menyaksikan Irene sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai, dengan dikelilingi beberapa peserta lain, dan Jennie sedang membongkokkan tubuhnya melihat keadaan gadis pengsan itu.

Tidak membuang waktu, Mingyu menghampiri Irene, memeriksa nadinya. Tubuh kecil Irene kemudian dicempungnya. 'Saya akan panggil doktor.' Ungkapnya sambil tatapan mata kami bertembung seketika.

Setelah kepergian Mingyu, aku mengalih tatapan melihat Jennie yang sudah berdiri tegak sambil bersilang lengan itu. Perlahan aku menghampirinya. 'Ini angkara awak, kan?'

Jennie menjungkit bahu. 'Saya hanya ajak dia berbual, dan—' Rambut panjangnya diselak ke belakang bahunya dengan angkuh. 'Dia jatuh pengsan.' Satu senyuman sinis terukir di bibir merahnya.

Aku ikut tersenyum sinis. 'Saya tak percaya—'

'Terserah awaklah. Tak penting pun—' Bebola matanya diputarkan dan dia melangkah meninggalkanku.

♥♥♥

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;тo вə conтιnυəd

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum