♡ 21 - Lost ♡

1K 178 50
                                    

SWEET HOME
21
Lost

♥♥♥

Aku tidak menjawab. Hanya mataku yang memberi tatapan kurang senang dengan kehadiran mengejut lelaki di hadapanku.

Rena yang tadinya melihat Daniel tanpa suara kembali berceloteh sambil tangan comelnya bermain dengan rantai yang terkalung di leherku.

'Hye, cantik.' Pipi Rena disentuh lembut jemari Daniel.

Aku sempat gugup. Biasanya Rena akan menangis jika ada orang luar yang cuba mendekatinya, bercakap dengannya, apatah lagi berani menyentuhnya. Namun, reaksi puteriku sangat di luar dugaan pada waktu ini.

Terkebil mata bundar Rena membalas tatapan Daniel.

Lelaki itu tersenyum menatapnya, namun Rena tidak tersenyum.

Cuma anak kecilku hanya terus memandang lelaki itu. Mungkin dia sedang berfikir bahawa dia belum pernah melihat orang yang baru sahaja menyapa dan menyentuhnya tadi.

'Boleh saya—' Daniel menatapku sebentar, dan dia kembali fokus pada Rena. Kedua tangannya dihulurkan mendekati anakku.

Anak kami.

Dan ajaib, Rena mengangkat kedua tangan kecilnya, mahu didukung orang asing baginya itu.

'Wanginya dia—' Daniel berkali-kali mencium puteri kecil itu.

Dan Rena hanya diam.

Daniel kelihatan sedikit berpuas hati setelah tubuh kecil Rena kini sedang berada di pelukannya. Dia membiarkan sahaja jemari halus anak kecil itu menyentuh wajahnya, lalu bermain dengan rambutnya.

Aku berdehem perlahan membuatkan Daniel beralih menatapku. 'Awak nak minum apa?'

'Tak perlu.' Lelaki itu tersenyum.

Hangat.

Segera aku mengalih pandangan.

Kerana senyuman itulah aku pernah jatuh hati padanya.

Dan kerana senyuman itulah aku sering berasa bahagia setiap kali bersamanya.

Namun, semua itu sudah menjadi kenangan.

Aku perlu sentiasa mengingatkan diriku bahawa dia jugalah yang telah meninggalkan aku.

Meninggalkan aku demi ibunya yang membenci aku.

Meninggalkan aku yang sedang hamil anak dari benihnya sendiri.

'Chae—'

Aku tersentak. Menyedari lenganku disentuh sebelah tangan Daniel, aku mundur menjauhinya.

Daniel tersenyum tawar. Terlihat sedikit raut kecewa di wajahnya. Namun, dia kembali menatap Rena didukungannya apabila anak kecil itu memeluk lehernya. Dan seterusnya, fokus lelaki itu sepenuhnya pada Rena.

♥♥♥

Aku berpeluk tubuh.

Hari ini, lelaki itu datang lagi ke kediamanku.

Dia kelihatan begitu seronok bersama puterinya.

Tidak.

Dia hanya puteriku.

Deringan telefon bimbit Daniel menarik perhatianku. Dengan sebelah lengan sasanya masih memaut tubuh kecil Rena, aku melihat dia menjawab panggilan itu.

'Ya? Ya Tuhan. Saya hampir terlupa! Baik, saya ke sana sekarang.'

Rena tidak berkedip matanya menatap wajah Daniel.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now