♡ 18 - (Don't) Trust Me ♡

1.1K 166 37
                                    

SWEET HOME
18
(Don't) Trust Me

♥♥♥

Ternyata gara-gara video pergaduhan antara aku dan Jennie itu terus sahaja membuat aku dikenali ramai.

Dan itu membuatkan mereka ingin mengetahui lebih lagi soal aku, dan mengorek lebih info mengenai puteriku, Rena.

Aku kini benar-benar terkenal.

Dan aku tidak menyangka, untuk terkenal seperti ini, aku telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga.

Privasi.

Ya.

Aku dapat tahu para wartawan sudah berani ke kediaman sewaku demi mencari informasi mengenai Rena. Dan itu benar-benar membuatku berang.

Puteriku adalah milikku sahaja. Aku tidak mahu kisah dan peribadi anak kesayanganku didedahkan di publik. Apatah lagi dengan kehadiran semula Daniel yang menginginkan hak penjagaan ke atas Rena, aku semakin tidak senang duduk.

Tidak.

Bukan ini yang aku mahukan.

Ia terlalu di luar rancangan.

♥♥♥

'Rena apa khabar, Liz?' Soalku. Petang itu, aku menghubungi Lizzy.

'Macam tu lah, Chae—' Kedengaran suara Lizzy mengeluh. 'Wartawan tak jemu-jemu ke sini dan bertanyakan tentang kau, tentang Rena. Tapi jangan risau, aku cakap aku tak kenal kau. Walaupun diorang macam tak percaya kata aku, aku tetap akan berusaha jaga Rena.'

Aku mengetap bibir.

'Eh? Macam mana kau tahu pasal ni, Chae? Kan kau di sana tak dibenarkan akses internet?' Soalnya ragu.

Aku tersenyum. 'Jun benarkan aku guna internet di pejabat dia.' Akuiku.

'Wah. Dia betul-betul baik, Chae.'

Perlahan aku mengangguk. Lelaki itu memang baik terhadapku.

Sangat baik.

'Sorry, Liz. Aku betul-betul dah susahkan kau. Lain yang diinginkan, lain pulak yang jadi.' Aku menggigit bibir bawahku.

Kedengaran tawa Lizzy di hujung talian. 'Chae, sayang. Tak ada apa-apalah. Aku senang hati kau dah terkenal sekarang. Sekurang-kurangnya, kalau kau tersingkir nanti, kau akan dapat job punya. Inilah yang kita rancangkan, betul? Soal Rena, serahkan pada aku. Aku akan jaga dia dengan baik!'

'Thanks, Liz. Tapi. Boleh kau bawak Rena ke tempat lain? Ke tempat yang lebih selamat, jauh dari wartawan?'

'ChaeKenapa? Kau takut wartawan tetap cuba korek rahsia pasal kau dan Rena di sini? Bertenang, babe. Aku jamin, diorang takkan dapat seciput pun info pasal Rena. Sekeping foto Rena pun diorang takkan dapat, Chae.'

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now