♡ 22 - Desirable ♡

1.2K 178 43
                                    

Sweet Home
22
Desirable

♥♥♥

Jun menghulurkan sehelai tisu yang diambilnya dari kotak tisu di atas meja bersebelahan katilku.

Dan aku mengambil hulurannya tanpa mengucapkan terima kasih.

'Siapa?'

Mendengar soalan itu, aku sedikit mengangkat wajah, menatap Jun yang masih memandangku dalam.

'Anak siapa yang awak kandungkan? Mingyu?' Soalannya sendiri dijawab.

Aku mengetap bibir. Entah kenapa, airmataku seolah terlalu banyak dan masih banyak untuk terus tumpah. Bahuku kembali terhinjut.

'Chae—' Jun meramas lembut sebelah bahuku. 'Saya dah agak—  Mesti terjadi sesuatu antara awak dan dia sebelum ni.' Dia mengetap bibir, ketawa perlahan.

Dan aku hanya terus menangis.

'Dia patut tahu, Chae.' Ungkapnya lagi.

Perlahan aku menggeleng. 'Dia tak perlu tahu. Lagipun saya dah keguguran—'

'Dia tetap perlu tahu, Chae.' Jun menatap ke dalam mataku. 'Dia ada hak.'

'Tak mungkin. Dia bakal berkahwin. Untuk apa dia tahu? Dia—'

'Kalau betul awak tak nak dia tahu pun, mustahil, Chae. Saya pasti, dia dah tahu.' Jun melepaskan bahuku dan bersandar pada kerusinya. Rambutnya disisir dengan jemarinya.

'Maksud awak?' Aku mengesat airmataku yang masih lagi mengalir.

'Sejak awak ditahan tadi, sampailah sekarang, wartawan banyak tunggu di luar. Mungkin ada staf di sini yang dah beri maklumat tentang awak dan—'

'Jadi wartawan tahu saya keguguran?' Soalku tanpa membiarkan Jun menghabiskan katanya.

Perlahan Jun menggeleng. 'Daniel dah uruskan semuanya. Dia mintak pihak hospital tak bocorkan apa yang sebenarnya terjadi pada awak kat wartawan tu. Tadi pun, saya dah berjumpa beberapa wartawan dan beritahu yang awak hanya keletihan.'

Aku menatap Jun dalam. 'Daniel— Dia tahu?'

'Ya. Lizzy rasa dia patut tahu, Chae. Lagipun dia rasa Daniel yang boleh bantu awak waktu ni. Dia betul-betul cemas fikirkan awak, Chaeyoung—'

Bunyi daun pintu wad dikuak dari luar membuatkan aku dan Jun memandang ke arah sumber suara.

'Chae—' Daniel melangkah pantas menuju ke katilku.

Segera Jun bangkit. 'Nampaknya, saya perlu pergi dulu. Berehatlah. Semoga cepat sembuh.' Sempat menghadiahkan seulas senyuman buatku, dia lalu keluar dari wad. Tidak lupa, daun pintu ditutupnya semula.

Kerusi yang tadi diduduki Jun diambil-alih Daniel pula.

Aku memilih untuk tidak memandangnya.

'Saya betul-betul tak sangka—' Kedengaran tawa hambar Daniel di deria pendengaranku biarpun agak perlahan. 'Awak dengan dia— Awak dengan dia tidur bersama?'

Dan aku bagaikan mendapat sedikit kekuatan.

Kekuatan untuk menyakitinya.

Aku mengangkat wajah, membalas tatapannya. 'Awak dah tengok, kan?' Senyuman yang entah bagaimana rupanya bibirku ukirkan.

'Awak cintakan dia?' Soal Daniel, dan nampaknya dia tidak suka dengan reaksiku.

Aku hanya diam.

'Chae, dia akan berkahwin. Awak pun tahu, kan?' Tangannya mencapai tanganku, cuba menautkan jemari kami.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now