♡ 08 - (Fake) Confession ♡

1.1K 186 35
                                    

SWEET HOME
08
(Fake) Confession

♥♥♥

'Ini hanya perasaan saya, atau memang betul awak sengaja mengelak dari saya, Chae—?'

Sekali lagi aku meneguk payah liurku. Dia memanggilku dengan gelaran namaku, bukan nama penuh seperti yang dia panggil sewaktu di acara makan malam bersamanya sebelum ini.

'Saya cuba untuk kenali awak dengan lebih dekat, Chae. Saya nak kita rapat. Itu tujuan rancangan realiti TV ni dibuat.'

Mataku hanya tertumpu pada bibirnya setiap kali dia berkata-kata. Dan entah ini hanya perasaanku semata-mata, aku merasakan jarak antara kami kian dekat setiap kali dia berbicara.

'Saya—' Aku mengetap bibir.

Takkan aku nak mengaku yang aku sertai pertandingan ni hanya untuk populariti, dan menjadi pemenang seterusnya isteri lelaki di hadapanku ini bukan tujuan sebenarnya?

Alamatnya, aku akan ditendang keluar untuk episod selepas ni.

'Sebenarnya—' Aku mengerutkan dahi. Perutku terasa memulas.

Terlalu gugup.

Terlalu takut.

'Mungkin saya terlalu banyak berfikir— negatif—?' Aku menjawab seolah bertanya pula.

'Boleh jelaskan maksud jawapan awak?'

Nah.

Sekali lagi aku mengetap bibir. 'Saya akan jelaskan. Heheh—' Aku ketawa sumbang. 'Tapi— boleh kita bercakap di tempat lain? Kat sini— agak sempit—' Aku menyeringai kekok.

Mingyu yang awalnya seakan menahan senyum melihat wajah cemberutku tersedar. Dia melepaskan lenganku dan menjauhiku. 'Oh— Maaf—' Sebelah tangannya dibawa ke belakang tengkuk lalu diusap. Sekarang, dia pula yang terlihat kekok. 'Kalau macam tu, kita bercakap di bilik saya.'

Mataku sedikit membuntang. 'Ah—?'

'Ah?' Sekali lagi dia terlihat salah tingkah. 'Err— Maksud saya, pejabat saya—' Lelaki itu berdehem seketika. Matanya sekejap melirik ke arahku dan sekejap melirik arah lain.

'Pejabat awak?' Soalku, meminta kepastian.

Mingyu mengangguk pasti. 'Yup. Pejabat saya.' Dia tersenyum seraya mengusap belakang tengkuknya.

Aku mengangguk bersetuju.

Dan akhirnya Mingyu memulakan langkah, dan aku membuntutinya.

♥♥♥

Kini, di sinilah aku berdiri.

Aku dan Mingyu sudah berada di ruangan kerjanya.

Ruangan ini luas tetapi rapi dan kemas.

Buku ada di mana-mana. Di atas meja kerjanya, di rak pada dinding, juga mini rak di beberapa sudut.

'Awak mesti sangat sibuk.' Dugaku. Mataku mengekor langkah Mingyu yang ke bar mininya.

Kelihatannya dia mengambil gelas untukku. Dan menuangkan sesuatu ke dalamnya.

'Saya tak minum alkohol.' Beritahuku.

'Yup. Saya tahu. Ini hanya sirap.' Mingyu menoleh melihatku seketika sambil tersenyum. Setelah itu, dia menuangkan minuman untuknya pula.

Aku mendekatinya yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi di mini bar itu. Aku duduk berdekatannya. Huluran gelas dari tangannya aku ambil. 'Thanks.'

Dan dia tersenyum. Gelasnya sedikit diangkat.

Aku juga melakukan perkara yang sama.

Kami lalu meneguk minuman masing-masing.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now