Maryam Haura 2

11.8K 476 12
                                    

"Tak Payah sekolah lah Maryam! Aku bukannya orang berduit nak sara hidup kau. "Ton suara Mak Lijah kuat menyapa gegendang telinga Maryam bila kakinya mencecah papan kayu yang nampak sudah usang itu.

"Kau tengok bapak kau tu. Apa yang dia boleh buat kalau dah terlentang macam orang mati kat situ. Tahunya menyusahkan hidup aku juga. Sama macam kau. Itulah orang cakap korang anak beranak sama je. Masing-masing nak habiskan sisa kudrat aku!! "Melantun suara itu lagi. Lebih kuat dan lebih sinis.

Maryam yang berdiri kembali melajukan tapak kaki. Malas mahu mendengar bebelan dari mulut Mak Lijah.

Pintu usang yang berada dihujung dapur dihampiri. Berkeriut bunyinya bila dibuka. Bulat matanya memandang keadaan ayahnya yang bergelumang dengan tahi.
Seluruh bilik sudah berbau najis.

"Kenapa Makcik tak tengokkan ayah? "Bibir Maryam bergetar. Marah sangat dengan Sikap Mak Lijah yang selalu abaikan suaminya sendiri.

Mulut Mak Lijah terjuih. Geli melihat tubuh tua yang sudah penuh dengan sisa najis dibadannya.

"Kau ingat aku tak ada kerja lain selain nak jaga bapak kau ni?! Habis, kalau kerja aku tengok je bapak kau ni berak,kita nak makan apa? Ubi kayu?! "Bentak Mak Lijah. Mencerlung bola matanya merenung si anak tiri yang tak tahu dek untung. Mujur saja dia masih ada rasa kasihan dihati untuk memelihara dua beranak itu. Kalau tidak sudah lama Maryam dan orang tua lumpuh itu dibiarkan merempat dikaki lima.

Biar tahu rasa sikit!

"Sekurang-kurangnya tolonglah pakaikan lampin. "Tuala pada penyidai dicapai. Tubuh Pak Rahmat diangkat sedikit. Dipalingkan tubuh kurus kering itu kedepan sedikit supaya senang Untuk Maryam bersihkan sisa najis yang melekat dibahagian tersorok.

"Dah, kau tak payah nak membebel. Aku memang takkan sentuh orang tua lumpuh ni lagi. Sama ada dia kencing ke berak ke aku tak peduli. Kau pandai-pandailah uruskan sendiri. Kalau kau taknak bapak kau jadi macam ni lagi lebih baik kau berhenti saja sekolah. Senang cerita. Aku tak susah bapak kau ni pun ada orang jaga.. "Panjang lebar mulut Mak Lijah menbidas.

Tangan Maryam masih lincah meneruskan kerja-kerja membersih najis dibadan Pak Rahmat. Kata-kata Mak Lijah bagaikan angin lalu. Dihadam sekejap dalam kepala lalu dilontar keluar. Lagipun lagi beberapa bulan STPM bakal bermula. Sayangnya mahu berhenti bila ini adalah salah satu amanah Pak Rahmat sebelum lumpuh.

Beriya -iya Pak Rahmat mahu dirinya sambung belajar walhal keputusan SPMnya tidaklah memuaskan sehingga melayakkan diri ke peringkat universiti. Sekadar mampu sambung tingkatan 6 sahaja.

"Maryam sambung belajar pun bukan Makcik yang tanggung kos semuanya. Maryam cari kerja sendiri. Satu sen pun tak harapkan duit Makcik. "Lancar ayat tersebut meluncur dibibir Maryam. Entah kenapa segala yang diungkit Mak Lijah tidak kena pada dirinya. Bukan ke sebelum ini segala jenis makanan yang berada didapur dia yang belikan. Hasil duit kerjanya dikedai makan.

Ohh, mungkin disebabkan dia hanya menjadi seorang penumpang dirumah usang ini membuatkan Mak Lijah berani memijak-mijak mereka anak beranak.

Rumah ini pun sebenarnya milik Pak Rahmat, tapi entah bagaimana pula dengan tiba-tiba geran tanah pemilik rumah ini sudah bertukar. Pasti Mak Lijah gunakan kaedah yang licik membolot rumah peninggalan emaknya bersama Pak Rahmat.

Ketara perubahan dimuka Mak Lijah. Berdesing telinganya menerima habuan dari mulut Maryam. Ringan saja tangan berkedutnya mahu menampar mulut anak tak guna itu!

"Kau nak mengungkit dengan aku? Kau nak cakap yang sebenarnya kau yang bekerja selama ni tanggung makan pakai aku?! "Api kemarahan Mak Lijah naik mendadak.

"Maryam tak cakap.Makcik yang buat cerita sendiri. "Maryam bingkas bangun. Dibaringkan perlahan tubuh Pak Rahmat yang terkebil-kebil memandang pertelingkahan mereka berdua.

Mahu meleraikan dia sendiri tiada kudrat. Bercakap pun tidak mampu. Tunggu masa saja untuk gali kubur sendiri.

"Kau ni memang betul-betul anak tak guna kan! "Mak Lijah menerpa kearah Maryam. Tudung sekolah yang masih elok tersarung dicekak kasar. Ditarik belakang tudung tersebut kebelakang. Terdongak kepala Maryam dengan keadaan tersebut.

Serta-merta terbit senyuman sinis dihujung bibir Maryam melihat tahap kebengisan muka Mak Lijah.

"Keturunan kau ni memang keturunan tak guna! Keturunan jalang!! Menyesal aku kahwin dengan bapak kau! Dahlah lumpuh, ada anak pula perangai macam sial!! "Jerit Mak Lijah.dahi Maryam ditunjal bila belakang tudungnya dilepas kasar. Tak cukup dengan itu pipi Maryam juga ditampar berkali -kali.

Pak Rahmat yang melihat sudah bergenang airmata. Sedih melihat anaknya diperlakukan begitu. Malah, bukan hari ini saja matanya menyaksikan kekasaran Mak Lijah Terhadap Maryam. Sudah acap kali dia hanya mampu melihat dalam sisa sendu. Membela anaknya sendiri pun tidak boleh.

Dibiarkan saja keganasan Mak Lijah berterusan. Tudung dikepala sudah habis terlucut dari menutupi rambut. Anak tudungnya juga sudah hilang melayang kehujung dinding akibat balingan kasar Mak Lijah.

Bila tangan tua itu sudah berhenti memukul badanya, Maryam yang sudah terjelopok jatuh bangkit berdiri. Rambut yang berserabai tidak dibetulkan. Terpamer lagi sekali senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Dah puas?? "Perlian ditujukan buat Mak Lijah.

Rengusan keras meluncur dari mulut Mak Lijah.

"Kalau boleh sampai mampus aku nak kerjakan perempuan jalang macam kau ni! Biar bernafas pun kau tak boleh nak sedut dekat muka bumi ni! "Mak Lijah berjalan pergi bersama sisa amukan dalam hati. Berdentum bunyi hempasan pintu bilik Pak Rahmat.

"Er.. Yam.. "

Maryam menoleh bila bunyi suara tersekat-sekat dibelakangnya. Dapat dilihat airmata yang membasahi pipi berkedut Pak Rahmat. Rasa sebak dihati bertandang dengan sendiri.
"Maryam okay ayah.. "Ujar Maryam menyembunyikan perasaan sebak. Melihat Pak Rahmat menitiskan airmata dia pun turut sama merasa sedih.

Maryam mampir mendekat pada badan si ayah.

"Ayah lapar? "Soalan berbalas anggukan. Maryam senyum bila Pak Rahmat sudah beransur baik.

"Maryam masakkan bubur untuk ayah. Tapi tunggu Maryam salin baju dulu.. "

Pak Rahmat angguk lagi.

Tubuh Maryam hilang dari bilik Pak Rahmat. Selesai salin pakaian terus tubuhnya menyusup ke dapur. Mengeluarkan bahan-bahan dari dalam kabinet untuk membuat bubur.

Lima belas minit kemudian bubur sudah siap terhidang didepan Pak Rahmat. Maryam duduk bersila sambil tangannya membantu Pak Rahmat duduk tegak sedikit supaya senang untuk menyuap bubur.

"Nanti kalau Maryam cukup duit, ayah pergi buat rawatan ye?"bubur yang berasap atas sudu ditiup dahulu sebelum disuap kemulut Pak Rahmat. Sikit saja bukaan mulut tua itu sehingga ada lebihan bubur yang terkeluar. Lekas saja Maryam menyapu birai mulut Pak Rahmat menggunakan tuala kecil diatas ribanya. Berkali-kali perbuatan tersebut diulang.

Pak Rahmat tidak bereaksi. Jauh disudut hati dia tidak mahu susahkan anaknya. Sudahlah dalam usia yang masih muda banyak beban yang terpaksa dipikul olehnya.

"Ayah tak susahkan Maryam pun. Lagipun Maryam ada menabung sikit untuk ayah. "Seakan faham riak muka Pak Rahmat, Maryam menyambung kembali ayatnya.

"Lepas ayah dah sembuh, kita pindah keluar. "Perlahan tutur kata Maryam. Mak Lijah pun hampir setiap hari menghalau mereka. Bukannya mahu menjadi orang yang tidak tahu malu. Tapi bila mengenangkan keadaan Pak Rahmat. Segala pergerakan dirasakan Agak terbatas. Sekurang-kurang bila berada dirumah ini, Peranan Mak Lijah ada juga walaupun Agak tidak membantu.

"Berambus sekarang pun aku tak kisah!! "Pekikan Mak Lijah yang berdiri di pintu bilik menyentakkan Maryam. Bila pula orang tua ni mengendap kat sini?

"Angkut semua kain baju korang anak beranak dari rumah aku! Aman sikit hidup aku lepas ni. "

Bibir Maryam rapat terkunci. Tidak hiraukan kata-kata Mak Lijah, dia teruskan suapan tanpa memandang raut muka bengis milik emak tirinya.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now