Maryam Haura 11

14K 377 8
                                    

"ABANG pergi mana? Cakap nak belikan Fifi coklat besar. Mana? Tak ada pun. Abang ni memang penipu lah. "Cemberut muka Fifi bila janjinya tidak ditunaikan Zayyad. Dah seminggu dia tunggu coklat dari Zayyad. Tak sabar nak makan.

Zayyad terbatuk kecil. Lupa dengan janjinya mahu membelikan Fifi coklat. Sudah 2 hari Zayyad balik ke rumahnya tapi baru hari ini Fifi bertanyakan tentang coklatnya.

"Nanti Abang belikan spesial untuk adik Abang. "Zayyad buat janji lagi. Kali ini yakin memang akan dibelikan satu bar coklat untuk Fifi.Nak beli banyak takut dibebel oleh Tengku Vardina.

"Ya lah tu.. Janji Abang bukannya boleh pakai sangat. "Bibir tercebik sedikit.

Zayyad senyum. Pipi Fifi yang tembam dicubit geram.

"Kali ni Abang janji Abang tak tipu. Nanti Abang belikan untuk Fifi. "Tangan diangkat seakan berikrar.

"Kalau macam tu, Kakak cantik Fifi mana? Dah jumpa belum? "Fifi beralih topik. Mata bersinar terang bila menyebut nama 'kakak cantik'. Tapi lain pula bagi Zayyad. Nama itu boleh buatkan Zayyad melenting dengan sendiri.

"Stop fikir pasal kakak cantik Fifi tu. Abang tak suka! "Nada Zayyad naik meninggi. Keras bunyinya.

"Apa Abang ni. Fifi tanya je pun."Perlahan suara Fifi. Terkejut dengan kelantangan suara Zayyad.

"Perempuan tu tak ada kena mengena dengan kita. Jadi Fifi jangan mengada-ngada nak sebut atau cakap apa-apa benda berkaitan kakak cantik Fifi tu. Ini amaran terakhir dari Abang. "Kunci kereta dicapai. Tubuh dibawa meninggalkan Fifi yang tidak tahu apa-apa. Terkebil-kebil budak kecil itu dengan tingkah laku Zayyad yang sangat menakutkan.

"Abang pergi mana sayang? "Tengku Vardina yang baru turun mendekati anak bongsunya.

Fifi hanya jungkit bahu. Lukisan yang mahu diwarnakan dibuka.

Tengku Vardina berpaling pada pintu utama. Kedengaran enjin kereta Zayyad mengaum sebelum kereta itu menderu keluar.

"Abang period ke Bonda? "Tangan lincah mewarnakan lukisan kartun tapi mulut petah bertanya.

Dahi Tengku Vardina berlapis kerutan. "Orang lelaki mana ada period sayang. "

"Ye ke? Tapi kenapa Fifi tengok perangai Abang macam orang period je. Tadinya baik, tapi kejap je jadi singa balik.Hish, seramlah Fifi.. "Berdiri bulu roma Fifi mengingatkan kelakuan Zayyad tadi.

"Abang ada masalah kot. Fifi tanya apa dekat Abang? "

Tangan berhenti dari mewarna.

"Kakak cantik Fifi mana? itu je soalan Fifi Bonda.. "Jujur Fifi menjawab.

Keluhan terlepas dari bibir Tengku Vardina. Betul-betul tak boleh move on anaknya ini dengan gadis yang diberi nama kakak cantik tu. Baik sangat ke budaknya sampaikan Fifi pun boleh jatuh sayang macam ni sekali?

"Lain kali jangan tanya lagi soalan macam tu. Janji dengan Bonda? "Kepala Fifi diusap perlahan.

Wajah Fifi berkerut."Tapi, Fifi nak jumpa kakak cantik lagi. Fifi taknak janji dengan Bonda. "

Tengku Vardina senyum. "Kalau ditakdirkan Fifi dengan kakak cantik jodoh panjang, In sha Allah jumpa juga. Tapi janji dengan Bonda jangan suruh Abang cari kakak cantik Fifi lagi.. "

"Betul ke Bonda? Kalau macam tu Fifi takkan suruh Abang cari kakak cantik lagi."Termakan dengan pujukan Tengku Vardina, akhirnya Fifi Akur juga.

::::::

BERTALU-talu Maryam ketuk pintu memanggil nama Zayyad. Sudah Dua hari lelaki itu tidak menjenguknya. Kalau tidak mahu jenguk sekalipun kenapa lelaki itu begitu kejam sehinggakan langsung tidak memberikan Maryam walau setitik air untuk diminum. Tekaknya sudah kering akibat terlalu dahaga. Sangat dahaga sampaikan lidahnya mahu terjelir keluar.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now