Maryam Haura 10

14.2K 413 6
                                    

"KAU tengok makanan tu kenapa?Makanlah!! "Sepinggan nasi goreng Hailam yang terhidang depan mata langsung tidak dijamah Maryam. Direnung kosong nasi tersebut tanpa ada selera mahu ditelan.

Entah sudah berapa hari Maryam tidak mengisi apa-apa makanan dalam perutnya. Hanya air jernih saja yang melalui kerongkong miliknya.

Sudu dan garpu yang baru dipegang Zayyad dihempas kuat pada pinggan. Mata coklat Zayyad memandang Maryam tajam. Melihat Maryam tidak mengendahkan tegurannya tadi, Zayyad bertambah angin. Maryam memang betul-betul menaikkan darahnya!

Secara spontan Zayyad tarik kerusinya duduk bersebelahan Maryam. Pinggan berisi makanan Maryam ditarik kasar berhadapan dengannya. Sudu dicapai.

"Makan!! "Sesudu nasi goreng dihalakan ke mulut Maryam.

Mulut ditutup rapat. Tidak ingin lelaki seperti Zayyad menyuapnya makan. Lagi-lagi dengan tangan kotor lelaki itu.

"Dah cukup baik aku bagi kau makan! Jangan sampai selepas ni aku langsung tak bagi kau makan apa-apa! "Dibisikkan kata-kata itu ditelinga Maryam. Mengugut dengan suara yang keras dan kedengaran tegas.

Maryam tidak mengendahkan ugutan itu. Kerusi yang didudukinya dijauhkan dari Zayyad. Lagi Bagus kalau Zayyad tidak bagi dirinya makan. Boleh cepat lenyap dari hidup lelaki itu.

Dada Zayyad berombak marah. Posisi duduknya sudah dialihkan kepada berdiri.Sebelah tangan Zayyad mencengkam kedua-dua belah pipi Maryam. Memaksa mulut gadis itu supaya terbuka. Cara baik tak jadi, mungkin Maryam lebih sukakan cara kasar.

Sudu yang berisi nasi goreng disumbat kedalam mulut Maryam. Pandangan dari beberapa orang pelanggan yang mencuri pandang perbuatan Zayyad tidak dipedulikan. Berani mereka semua masuk campur urusannya, memang mati Zayyad kerjakan.

Maryam yang tidak bersedia menerima suapan dari Zayyad sudah terbatuk-batuk. Perit anak tekaknya bila Zayyad memasukkan beberapa kali Sudu yang berisi nasi goreng itu kedalam mulutnya sehingga penuh.

Tidak mahu menerima nasi tersebut memasuki kerongkongnya, Maryam bertindak mahu memuntahkan kembali sisa nasi yang masih penuh didalam mulutnya namun cepat ditegah keras Zayyad.

"Telan! Sebiji nasi terkeluar dari mulut kau aku tak teragak-agak bogelkan tubuh kau dekat sini. Jangan cabar aku perempuan!! "Meluncur amaran itu dibibir Zayyad.

Maryam kemam bibir. Nasi yang masih penuh dalam mulutnya dikunyah perlahan. Terasa perit mahu menelan masuk menembusi anak tekaknya.

Zayyad memang kejam! Sudahlah rambutnya dibiarkan bebas tanpa apa-apa menutupi mahkotanya. Lebih kejam lagi lelaki itu mengugutnya dengan perkataan yang boleh menjatuhkan maruah dirinya.

Dan Maryam lupa, Maruah dirinya sudah tiada. Semalam merupakan tragedi yang membuatkan Maryam hilang segala-galanya. Zayyad dah rampas semuanya.

"Ak.. aku makan sendiri.. "Baru saja tangan Zayyad mahu menyuap kembali nasi kedalam mulut Maryam,cepat saja Maryam merampas sudu ditangan Zayyad.

Terketar-ketar tangan Maryam mahu menyudu nasi didalam pinggan. Wajahnya ditundukkan menjamah sekitar pinggan yang masih penuh dengan nasi goreng.

Senyuman sinis terukir dibibir Zayyad. Kerusinya kembali dialihkan berhadapan Maryam. Sudu dicapai lalu nasi yang masih tidak disentuh dalam pinggannya disuakan masuk kedalam mulut. Menikmati nasi tersebut sambil mata tidak lepas memandang wajah pucat Maryam yang masih merenung nasi didalam pinggan. Dikuis saja nasi tanpa mahu dijamah.

"Makan bodoh!! "Tangan dihentak pada permukaan meja. Bergegar bunyinya. Berang bila Maryam seakan tidak terkesan dengan ugutannya.

Terhinjut bahu Maryam.Entah kenapa Zayyad makin menakutkannya. Tindakan Zayyad selalu diluar jangkaan Maryam. Dulu Zayyad jahat, tapi tidak sekejam sekarang. Bencinya Zayyad hanya dalam setiap bicaranya, tidaklah sampai sanggup bertindak gila sehingga merosakkan dirinya.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now