Maryam Haura 7

11.9K 430 12
                                    

"APA kau dah jampi adik aku?!"Tubuh Zayyad menghalang Tubuh Maryam yang mahu melangkah keluar dari ruangan restoren tempatnya bekerja.

Nasib baik Zayyad orangnya tidak pelupa. Masih segar diingatannya tempat dimana Maryam Haura bekerja sewaktu zaman sekolah dulu. Tak disangka sekarang gadis itu masih menyara hidup dengan bekerja di restoran walaupun sudah mendapat segulung diploma.

Maryam berdecit geram.Menyesal pula tidak menumpang motosikal Serina.Tadi bukannya Maryam tidak nampak kelibat Zayyad yang meninjau-ninjau ruang tempatnya bekerja. Mungkin mencari masa yang sesuai mahu menyerangnya seperti sekarang.

"Kau salah orang ke apa? Bila masa pula aku jampikan adik kau? Segala mantera jampi serapah pun aku tak hafal, kau nak tuduh aku jampi adik kau kenapa?"Bahu Zayyad dirempuh kasar. Terdorong lelaki itu kebelakang dengan tindakan drastik dari Maryam.Menonong saja Maryam berjalan tanpa hiraukan pandangan tajam dari Zayyad.

"Kau jangan nak tipu akulah Maryam!!Aku tahu kau sengaja dekatkan diri kau dengan adik aku kan lepas tu kau buat entah sihir apa dekat dia sampaikan dia selalu ingatkan kau, sebut nama kau semua tu. Kau jangan ingat aku bodoh Perempuan?!!"Zayyad mengejar langkah Maryam. Lengan gadis itu diselar kasar supaya berhenti.

Maryam lemparkan pandangan tajam mendengarkan tuduhan gila dari Zayyad. Ada otak ke tak ada otak lelaki ini sebenarnya?

"Apa motif aku nak dekat dengan Adik kau?Hei,Kau jangan nak fikir kolotlah."Maryam senyum mengejek.Langkah diteruskan. Kalau lambat, bas akan pergi. Sudahlah mahu ambil teksi, tambangnya Agak mahal.

"Kau dekatkan diri kau dengan Adik aku sebab nak pikat aku kan?Kau nak aku jatuh cinta dengan kau sebab kau nak lari dari kemiskinan macam sekarang kan? Kau nak senang dengan cara mudah. Betul tak apa aku cakap? "Laung Zayyad.

Langkah Maryam kaku. Tidak bergerak saat mendengar tuduhan demi tuduhan yang dilontarkan Zayyad terhadapnya.Penumbuk digenggam kemas.

"Kau dah melampau tahu Zayyad!!Kau ingat aku kemaruk sangat dengan harta tu semua. Aku lebih rela miskin macam sekarang daripada hidup nak memikat hati orang kaya tak guna macam kau ni! Kau ingat kau dah cukup Bagus ke sekarang?!Dah rasa bahagia dengan harta tu semua?!Kalau kau datang tunjuk muka tembok kau kat depan aku semata-mata nak tuduh aku macam-macam baik kau berambus dari sini!! Jijik aku nak tengok muka kau, tahu tak??!! "Air liur diludah berhadapan Zayyad. Walaupun Agak jauh tapi hati Maryam puas.

Zayyad terkesima. Kelantangan Maryam berbicara menaikkan amarah lelaki itu. Ditambah lagi dengan sikap berani Maryam yang sengaja meludah padanya. Lagilah hati Zayyad megelegak panas.

Maryam berjalan meninggalkan Zayyad jauh kehadapan. Dikesat kasar airmatanya yang jatuh kepipi. Tuduhan Zayyad menyentuh naluri perempuan Maryam. Kalau betul pun dia mahu kaya dengan cara mudah, bukan taktik kotor macam tu yang akan Maryam gunakan. Lelaki itu memang bercakap ikut kepala angin dia saja!

Maryam duduk atas kerusi yang disediakan. Stesen bas sudah lenggang. Tiada seorangpun kelibat manusia disitu selain dirinya. Maryam peluk tubuh sendiri. Kepala ditoleh kekiri dan kekanan, mencari kalau-kalau ada teksi yang berkeliaran. Namun hampa.

Maryam mengeluh. Kalau saja lelaki tak guna tu tidak memunculkan diri dan mencari gaduh dengannya, pasti bas terakhir untuk hari ini tidak terlepas.

20 minit menunggu,teksi masih tiada. Bayang kereta pun sudah makin susut. Bulu roma Maryam sudah tegak berdiri dari tadi. Perasaan takut dan bimbang bercampur. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku melihatkan suasana sunyi pada malam ini.

Maryam terkumat-kamit berdoa semoga saja tiada perkara buruk yang menimpa dirinya. Anehnya debaran makin menggila dihati Maryam. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

Telefon bimbit didalam poket diseluk. Nombor telefon Serina didail. Baru mahu tekan punat hijau,pergelangan tangan Maryam diheret kearah sebuah kereta.Maryam meronta-ronta minta dilepaskan. Tubuhnya ditolak masuk kedalam kereta.

Bulat mata Maryam bila terpandang wajah tegang Zayyad disebelahnya.Lelaki itu sudah menghidupkan enjin kereta. Laju saja Kereta mewah itu meluncur atas jalan raya yang sunyi sepi.

"Kau nak bawa aku pergi mana?! "Maryam pandang sekeliling. kawasan sekitar nampak begitu asing pada pandangannya.

Zayyad sengih herot. Dibiarkan soalan Maryam bagai angin lalu. Permanduan diteruskan tanpa hiraukan jerit pekik Maryam yang mengugutnya.

"Terjunlah! Aku nak tengok sejauh mana keberanian kau!! "Cabar Zayyad bila Maryam mahu membuka pintu kereta dalam keadaan kereta bergerak laju.

Bibir diketap rapat. Kalau terjun sia-sia saja mati. Tapi kalau tak terjun apa saja kemungkinan boleh berlaku bila melihatkan saja wajah bengis Zayyad.

"Kau ingat aku tak berani?! "Maryam buka pintu kereta, baru saja Maryam mahu julurkan kaki ke luar, kereta tiba-tiba dibrek secara mengejut.

Kepala Maryam terhantuk pada dashboard kereta.Tangannya naik menyentuh bahagian pada tepi dahi. Berdecit mulut Maryam menerima sentuhan dari tangan sendiri. Darah mengalir turun pada bahagian yang disentuh. Berkerut dahi Maryam.

Zayyad merengus. Langsung tidak panik melihat darah yang mengalir didahi Maryam. Dirasakan itu satu pengajaran yang Bagus buat Maryam kerana berani memberikan cabaran kepadanya.Minyak ditekan kuat. Menderu kereta bergerak kembali.

Maryam tekan dahinya yang berdarah dengan tudung bawal bewarna krim yang dipakai. Berdenyut-denyut dahinya sekarang.

"Kau nak bawa aku pergi mana? "Mata Maryam sudah lalok. Wajah Zayyad sudah samar-samar pada penglihatannya.

Satu senyuman jahat terukir dibibir Zayyad.Toleh saja ketepi Maryam sudah terlentok pengsan. Darah masih mengalir didahi Maryam walaupun tidak banyak.

Zayyad teruskan pemanduan sehingga sampai ketempat yang dituju. suasana rumah banglo yang masih gelap itu langsung tidak menakutkan Zayyad. Tubuh Maryam dicempung masuk kedalam.

Zayyad baringkan Maryam atas katil. Darah yang mengalir sudah berhenti. Malah, ada sisa darah kering didahi dan pipi Maryam. Zayyad tidak berniat mahu membersihkan darah tersebut. Biar saja ia kekal disitu sampai Maryam sedar.

"Esok pagi bila aku datang aku nak kau sedarkan diri kau. Jangan biarkan aku tengok kau terbaring macam ni lagi.Aku boleh buat apa yang aku suka bila tengok keadaan kau macam ni."Bisik Zayyad dicuping telinga Maryam. Biarpun tahu Maryam tidak mendengar tapi tetap saja bisikan itu dijadikan amaran.Amaran yang mempunyai maksud tersirat.

Zayyad melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Maryam. Kali ini Maryam tidak boleh lari lagi.Spesis perempuan macam Maryam patut diajar supaya tahu menghormati orang lain walaupun orang itu tidak menghormati dirinya.

"Tunggu aku siapkan benda yang kau tak jangka akan berlaku Maryam. Kau tunggu dan lihat saja macam mana permainan aku.."Tersungil senyumana herot dibibirnya.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now