Maryam Haura 6

11.3K 419 3
                                    

"Tak menyusahkan Kak Seri ke?"Maryam soal bila wajah Serina sudah duduk disebelahnya sambil menghulurkan satu mug air milo kepadanya.

Tadi setelah hampir setengah jam berada ditepi jalan,Maryam sudah buntu mahu meminta bantuan siapa. Awalnya Maryam memang tidak mahu membebankan Serina. Tapi, mengenangkan hidupnya bakal merempat tiada tempat untuk berteduh rasanya elok juga dia menumpang dirumah Serina sebulan dua.

"Menyusahkan apa pula.Kak Seri pun duduk seorang je. Elok juga ada peneman ni, tak adalah Kak Seri bosan memanjang. "

"Adik Kak Seri?"Pelik Maryam bila Serina mengatakan dia tinggal seorang. Sebelum ini, Bukan ke Serina tinggal bersama Adik lelakinya.

Serina lepaskan keluhan berat. Bercakap soal Adiknya boleh buatkan darah Serina mengalir secara tak normal. Tersekat pada saluran!

"Kak Seri malas nak buka cerita pasal budak tak guna tu! Dahlah,kita cakap pasal Maryam je.. "Serina jeling beg besar disisi Maryam.

"Mak tiri Maryam halau ke?"Tebak Serina. Dari cerita Maryam sebelum ini memang sudah dapat diagak mak tiri gadis malang ini orangnya macam mana.

"Dah memang nasib Maryam agaknya Kak Seri. "Maryam tundukkan kepala. Menyembunyikan airmata yang sudah bertakung pada juring mata. Menahan supaya tidak menitis jatuh.

Serina rapatkan tubuh kearah Maryam. Bahu Maryam diusap perlahan. Menenangkan gadis itu. Sedikit sebanyak hatinya turut tersentuh.

"Ayah Maryam macam mana? "Teringat pula Maryam pernah bercerita dia masih mempunyai seorang ayah yang sedang terlantar sakit. Kalau Maryam lari, kemana pula Si Ayah tinggal?

"Dah meninggal Semalam Kak Seri."
Suara sebak. Cuba ditahan supaya diri kuat. Maryam kesat Airmata yang hampir menitik.

Serina terkejut.Sungguh tak disangka Mak tiri Maryam Agak kejam. Rela memperlakukan anak yatim sampai begini sekali.

"Dah lah, Nanti kita sambung lagi. Mari Kak Seri tunjukkan bilik Maryam. "Serina bangkit. Beg Maryam diangkat menuju kesebuah bilik yang sudah kosong.

Maryam melangkah dari belakang. Setia mengikuti Serina sehingga sampai ke sebuah bilik.Nampak kemas walaupun hanya ada satu tilam, satu almari kecil dan satu meja berserta kerusi plastik. Lebih mewah daripada biliknya dirumah Mak Lijah.

"Harap Maryam selesa tinggal kat sini.Rumah Kak Seri hanya mampu sediakan ini saja. "Beg diletakkan pada penjuru almari. Serina buka tilam yang dilipat.

"Ini pun Maryam dah cukup bersyukur.Kalau Kak Seri bagi Maryam bilik stor pun Maryam dah cukup gembira. "Ujar Maryam berterima kasih.

"Maryam rehat dulu.Kalau rasa nak mandi,bilik air dekat sebelah kiri. Kalau tak jumpa, panggil saja Kak Seri. "Pesan Serina sebelum keluar.

Maryam senyum sebagai balasan. Sebaik saja Serina keluar tubuh Maryam sandarkan pada dinding. Sesaat kemudian Airmatanya menitis jatuh mengenai lengan baju kurung yang dipakai.

"Maryam baik je Ayah..Jangan risaukan Maryam. Maryam doakan juga Ayah tenang dekat sana. "Tersedu-sedu Maryam mengucapkan ayat itu.

::::::::

"KALAU Maryam nak rehat lagi tak apa. Nanti Kak Seri inform dekat bos."Serina sapu marjerin pada permukaan roti sandwich.

"Tak payah rasanya. Maryam bukannya sakit apa sampaikan nak rehat dekat rumah.Kalau asyik cuti je macam mana duit nak masuk. Dahlah Maryam tinggal kat sini pun percuma."Maryam jadi segan dengan Serina. Wanita itu dirasakan terlalu baik dengannya.

"Kak Seri tak kisahlah kalau Maryam nak tinggal kat sini percuma sekalipun.Sewa rumah ni bukannya mahal sangat sampaikan Kak Seri tak mampu nak bayar. Maryam jangan segan dengan Kak Seri pula."Roti disumbat kedalam mulut. Sekilas mata menjeling jam didinding.

"Nak naik motor dengan Kak Seri atau Maryam nak naik bas?"Serina menyoal. Kalau Maryam nak naik bas, waktu sekarang dah boleh gerak turun ke stesen bas.

"Helmet Maryam tak ada."

"Tu.. "Serina muncungkan bibir pada tempat letak kasut. Ada dua biji helmet disitu. hitam dan biru.

Maryam leret senyum. "Tumpang Kak Seri lah. "Putus Maryam.

Serina angguk. Roti kembali disuap kedalam mulut manakala Maryam sekadar menjamah air milo segelas. Tiada rasa mahu menikmati sarapan. Perutnya tak dapat terima.

Usai bersarapan mereka bergerak ketempat kerja. 15 minit kemudian Maryam sudah melakukan kerja seperti biasa.Menyusun atur kerusi dan segala peralatan memandangkan waktu perniagaan bakal dibuka jam 12 tengahhari. Kejap lagi pasti ramai pekerja-pekerja mahu menikmati hidangan tengahhari mereka.Waktu itulah mereka sebagai pelayan tidak cukup tangan mahu melayan.

:::::::::

ZAYYAD tarik kerusi. Punggung berlabuh diatasnya. Dikerling wajah Fifi disebelah.

Fifi yang sedang makan langsung tidak menoleh memandang figura Abangnya. Disuap saja Nasi goreng kedalam mulut tanpa hiraukan deheman Zayyad.

Semalam Usaha Fifi nak jumpa dengan Kakak cantik semula berkecai begitu saja bila bayang Kakak cantik tak ada ditepi jalan yang ditinggalkan Abangnya.

"Fifi.. Nak coklat tak? Kejap lagi Abang nak keluar, Nanti Abang belikan coklat untuk Fifi. Nak??"Pancing Zayyad. Mana tahu coklat boleh redakan kemarahan Fifi. Lecehlah bila kena pujuk adik Tak amatur macam ni. Tak pujuk, Nanti dibebel oleh Tengku Vardina.

Fifi toleh ke sebelah. NAk merajuk lama tapi tak jadi bila disogok dengan Coklat. Bersinar-sinar mata Fifi bersama senyum kegembiraan. Gembira bila dijanjikan dengan Coklat.

"Fifi nak coklat yang paling besar.."
Ujar Fifi. Nasi goreng sudah ditinggalkan.

Zayyad sengih. Senang sangat nak pujuk budak ni! Perlahan tangan naik mengusap rambut Fifi.

"Nanti Abang belikan cokat yang paling besar untuk Fifi. "Janji Zayyad.

Fifi bahagia. Dapat makan coklat yang paling besar hari ini.

"Abang keluar nanti tolong carikan Kakak cantik sekali tau?"Pesan Fifi.

Berkerut dahi Zayyad.Carikan Kakak cantik? Memang taklah Zayyad nak cari perempuan tu. Apa kena mengena nak cari perempuan tu dengan dirinya.

"Buat apa nak cari Kakak cantik Fifi tu? Fifi baru kenal dia semalam. Jangan mudah percaya orang sangat boleh tak?Fifi tak kenal perangai kakak cantik Fifi tu macam mana lagi? Entah-entah dia nak culik Fifi ke? Siapa yang tahu! "Bentak Zayyad.

Fifi sudah meraung kuat. Tengku Vardina dan Tengku Aminah yang baru turun kelam kabut menghampiri mereka berdua. Tangisan Fifi makin menjadi-jadi.Tajam mata memandang Zayyad.

"Kenapa ni sayang?"Tengku Vardina duduk disebelah Fifi.Manakala Tengku Aminah melabuhkan punggung dihadapan mereka semua.

Zayyad garu kepala.Fifi teresak menangis.

"Abang cakap Kakak cantik tak baik Bonda! "Adu Fifi.

Ya Rabbi budak Fifi ni. Itu pun nak mengadu sedih macam ni sekali.

Tengku Aminah picing kan mata. kakak cantik mana pula yang dibualkan mereka ni,Sampai bergaduh teruk.

Tengku Vardina geleng kepala. Tak habis-habis lagi nama kakak Cantik meniti dibibir Fifi dari semalam.

"Zayyad cakap benda betul Bonda. Fifi bukannya kenal sangat perempuan tu. Entah-entah dia saja rapat dengan Fifi sebab tahu Fifi ni kaya.. "Ujar Zayyad berprasangka buruk.

"Abang jahat! Kakak cantik baik, tak jahat macam Abang cakap!"Bentak Fifi lagi. Memberontak sakan budak ni.

Zayyad bulatkan biji mata. Aku pula yang jahat?

"Dahlah, tak baik bergaduh depan rezeki macam ni. Makan! "Sampuk Tengku Aminah.

Semua pakat diam. Fifi yang menangis turut diam bila mendengar suara Nek tuk. Menikus saja dia dalam pelukan Tengku Vardina.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now