Maryam Haura 3

10.6K 451 8
                                    

"Maryam, meja tepi bonsai tu, cepat sikit!! Diorang dah panggil tu! "Jeritan Serina merangkap orang yang paling lama disitu menghentikan pergerakan Maryam yang sedang mengutip beberapa biji gelas diatas meja.

Hari ini memang pekerja dikafe ini tidak mengcukupi bila hazwani tiba-tiba saja meminta cuti. Emergency leave katanya. Ditambah lagi bila Darlia pula sakit perut. Mc tiga hari!

Terkocoh-kocoh Maryam menghampiri meja yang dimaksudkan Serina. Buku menu yang tersemat pada baju seragam pekerja dicapai lalu disuakan ke atas meja.

Pen pada poket diambil bersama buku nota ditangan.

"Kau kerja kat sini ke? "

Maryam toleh kedepan. Riak muka cuba disembunyikan bila wajah Zayyad menyapa. Sedaya upaya dia bersikap tidak kenal.

"Nak pesan apa?! "Mendatar soalan Maryam. Sungguh, dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti dekat sini lelaki itu melepak. Nak-nak pula bila tiga orang lagi kawan si tak guna ni sengih mengejek merenungnya.

"Nak pesan kau boleh?"si Hazrul rambut yang sentiasa terpacak menyampuk. Tersungil sengihan bersama gigi yang putih melepak.

Maryam jeling tajam bila sekumpulan malaun tersebut gelak sakan.

"Kalau taknak minum atau makan apa-apa dipersilakan balik. Kat sini tak ada jual orang! "Masih mendatar. Maryam capai kasar menu yang tadinya terletak elok atas meja. Langsung tidak terusik.

"Sombong kau eh?! Orang miskin memang macam ni ke? Sentap tak habis-habis.. "Zayyad ukir senyum sinis. Menu pada tangan Maryam dirampas kasar.

"Biasa bro.saja nak jual mahal bila tengok orang kaya macam kita. "Taufiq pula bersuara. Menambah perencah dalam perisa Zayyad. Memang geng kepala malaun!

"Entah-entah dalam hati bukan main melompat suka bila aku cakap macam tu. "Hazrul kembali lagi bersama usikan kurang ajar.

Tangan Maryam sudah gatal semacam. Kalau diizinkan nak saja diluku satu persatu manusia-manusia didepannya saat ini.

"Cepat sikit!! Kerja aku dekat sini bukannya nak layan perangai kurang ajar korang! "Maryam cuba tidak endahkan mereka berempat.

"Mati selera aku macam ni.. Dah lah, kau panggil orang lain ambil order aku. "Zayyad hempas menu atas meja. Kasar! Kuat!

Maryam tersentak. Tiga orang lagi malaun sudah diam. Ketua sudah marah tidak berani pula mahu cakap lebih-lebih.

"Tak payah! Order je dengan aku."

"Orang lain! Aku taknak tangan kotor kau ni ambil pesanan aku! "Tengking Zayyad.

Maryam hembus nafas. Kalau Hazwani dan Darlia ada memang mereka berdualah mangsa untuk ambil pesanan lelaki tak guna ni. Tapi masalahnya dua-dua tak ada. Siapa yang nak ambil selain dia? Takkan Serina kot..

"Nak pesan apa?!! "Nada naik berganda-ganda. Maryam sabarkan diri. Tidak peduli dengan tengkingan Zayyad.

"Tak faham bahasa ke perempuan?!! "Bergema lantunan suara Zayyad. Serina yang berada didapur sudah berlari-lari anak kedepan.

Hazrul, Taufiq dan Uwais tercengang. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu punca kemarahan Zayyad.

"Aku taknak kau! Aku nak orang lain!! "Zayyad mengamuk. Tubuh juga sudah berdiri. Tidak lagi santai duduk seperti tadi.

"Apa masalah kau sebenarnya?!"Maryam menyoal. Malu dia bila ada beberapa pelanggan turut mendengar kata-kata kesat lelaki itu terhadapnya.

"Apa masalah ni Encik? "Serina menerpa. Sebelum perkara buruk berlaku lebih baik dia masuk campur.

"Change Waiter!! Aku taknak perempuan ni! "Mata menjeling Serina ditepi Maryam.

Serina telan air liur. Tidak pernah seumur hidup selama bekerja disini ada pelanggan yang memilih pelayan untuk membuat pesanan. Ini kali pertama dia berada dalam situasi sebegini. Cerewat!

"Sorry, tapi ini satu-satunya waiter yang kami ada sekarang. Yang lain semua emergency leave. Nak atau tak Encik kena berurusan dengan dia. "Ujar Serina lembut. Maryam disebelah sempat ditoleh sekilas.

Zayyad merengus. Pandangan tajam dihalakan pada Maryam. Entah kenapa terselit perasaan jijik bila melihat Maryam. Perempuan miskin!Kotor!

"Order jelah bro. Kenapa nak emo semacam ni? "Uwais yang dari tadi tidak bercakap mencelah.

Hazrul dan Taufiq turut sama menyokong.

Serina senyum. Mujur saja ada kawan yang membantu. Tidaklah kepala angin pelanggannya ini bertiup kembali.

"Maryam pergi sana. Biar Kak Seri yang layan diorang.. "Bisik Serina perlahan disebalik tudung yang melitupi telinga gadis itu.

Tahu bahawa Maryam pasti turut terasa dengan kata-kata Encik pelanggannya.

Maryam berlalu tanpa menoleh kebelakang. Malang betul nasibnya hari ini. Disekolah bergaduh, ditempat kerja pun nak bergaduh. Apa masalah Tengku Zayyad Amsyar sebenarnya?

Tidak boleh tengok seorang yang bernama Maryam Haura senangkah?

Boleh jadi kudis agaknya kalau tak bergaduh dengannya.

Atau lelaki seperti Zayyad suka merendah-rendahkan martabatnya kerana kemiskinan yang mereka lalui. Kalau betul, ramai lagi manusia diluar sana yang jauh lebih miskin dari dirinya. Kenapa lelaki itu tidak mahu menghina mereka? Kenapa hanya dia sahaja yang dihina?

Teruknya perangai Zayyad!

"Siapa dia tu? "Serina ajukan soalan bila pesanan Zayyad dan kawan-kawannya sudah diambil. Wajah mendung Maryam ditatap.
"Kawan sekolah. "Pendek jawapan Maryam. Tangan mengutip gelas dari ruang dapur ke singki. Serina setia mengikut setiap langkahnya.
"Betul ke? Kawan sekolah takkan perangainya macam tu? "Kening bertaut kerana musykil. Belum pernah lagi melihat pelanggan yang bersikap kurang ajar seperti pelanggan tadi.

"Biasalah Kak Seri, orang kaya memang macam tu. Orang miskin macam Maryam ni dekat bawah tapak kaki diorang saja. "Luah Maryam. Helaan nafas ditarik perlahan.

"Ishh, tak berkenanlah Kak Seri dengan lelaki macam tu. "Komen serina tiba-tiba.

Maryam hanya gelengkan kepala. Ada-ada saja Serina ni bergurau.

"Tapi, orangnya handsome. "Sempat Serina memuji sebelum hilang dibalik dapur.

Maryam ambil gel pencuci pinggan mangkuk. Dibilas gelas-gelas yang kotor satu persatu.

Kalau handsome tapi perangai tak guna tak menjadi juga.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now