Maryam Haura 9

13.7K 376 7
                                    

PENUH berhati-hati Maryam berjalan kerana tidak mahu Zayyad perasan dengan kelakuannya.Maryam mahu keluar dari sini.Tidak kira apa pun yang berlaku Maryam mahu lari dari Zayyad.

Tombol pintu dipulas perlahan. Kepala ditoleh kebelakang kalau-kalau Zayyad tersedar. Lelaki itu masih enak tidur.Peluang Maryam untuk lari masih cerah.

Bila sudah berjaya keluar dari bilik neraka tersebut Maryam lajukan langkah berlari kepintu utama dalam keadaan tubuhnya yang masih sengal.

Tangan mahu menarik pintu tersebut supaya terbuka tapi tidak berhasil.Pintu utama dikunci oleh Zayyad. Pasti lelaki itu sudah mengunci semua pintu didalam rumah ini.

Maryam tidak mahu putus asa. Beberapa buah tingkap kaca berwarna hitam diperiksa. Mahu dibuka semuanya tetap tidak berjaya.

"Kunci ada dalam tangan aku.Kalau kau nak, Nah!! "Dicampak gugusan kunci yang banyak dikaki Maryam yang tidak berkasut.

Terbeliak mata Maryam bila Zayyad berada tidak jauh dengannya. Lelaki itu nampak tenang saja bila Maryam mencapai gugusan kunci tersebut.

Maryam melangkah ke pintu utama. Dicuba satu persatu kunci daripada berpuluh-puluh gugusan kunci ditangannya.Satu pun tidak berjaya masuk. Maryam campak kunci tersebut kembali pada Zayyad.

"Baru cuba sikit dah marah. Cubalah lagi.. "Kata Zayyad.

"Bodoh! Kau jantan paling bodoh aku pernah jumpa! Kau heret aku masuk dalam rumah ni kenapa? Sebab aku jampi serapah adik kau? Hei,Kalau sebab benda macam tu kau tak payah nak besarkan hal ni.Tak payah nak heret aku sampai datang sini,buat macam-macam benda dekat aku semata-mata nak puaskan hati kau! Kau ingat benda macam ni seronok?"Intonasi suara Maryam mengendur. Sudah dua hari dia tidak makan atau minum, tenaganya bagaikan habis.

"Sebab aku percaya kau rapat dengan adik aku sebab ada agenda tersendiri. Aku kenal sangat dengan perempuan miskin macam kau ni.Ada banyak taktik nak pikat hati anak orang kaya. "Tuduh Zayyad.

"Rapat?"Maryam ketawa penuh sinis.

"Aku jumpa adik kau secara tak sengaja.Kalau aku tahu Abang budak tu orangnya kau, Kau ingat aku nak borak dengan dia?!"teringat pula pada Budak kecil bernama Fifi. Kesian Fifi, budaknya baik tapi ada Abang mengalahkan syaitan.

"Dan lagi satu, Aku tak hadap pun nak pikat hati orang kaya macam kau sebab dari dulu lagi muka kau ni aku jijik nak pandang!"Maryam naik semula kebilik yang dihuninya selama dua hari disini.Melintasi wajah bengis Zayyad tanpa apa-apa perasaan.

Zayyad pantas mencengkam lengan Maryam. Tubuh Maryam ditolak sehingga terhentak pada dinding kayu. Mata tunak memandang baju Maryam yang terbuka dibahagian dada.

Maryam gelabah. Situasi semalam bagaikan berputar kembali dibenak Maryam.

"Semalam aku memang berbaik hati lepaskan kau tapi kau jangan ingat hari ni hati aku baik macam semalam.Aku nak hari ni dan hari-hari seterusnya kau pandang muka jijik aku ni puas-puas!"Rahang Maryam pula dicengkam. Bibir Maryam disentuh kasar.

Airmata Maryam mengalir deras saat Zayyad mengigit kuat ulas bibirnya. Pedihnya hanya tuhan saja yang tahu. Bila terasa tangan Zayyad merayap kedalam anak bajunya Maryam menepis kuat tangan kekar itu.

Zayyad berang.Kedua-dua belah tangan Maryam ditekan kedinding dengan menggunakan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangan Zayyad gunakan untuk meneroka setiap inci lekuk tubuh Maryam. Bibirnya masih tidak lepas dari melumati bibir pucat itu.

Zayyad berhenti seketika. Mukanya dialihkan dari menyentuh Maryam. Tangan Maryam diturunkan ke bawah. Pinggang ramping itu ditarik merapat kebadannya.

Maryam menahan dada Zayyad dengan tangannya. Baju kemejanya sudah dicampak oleh Zayyad. Kini yang tinggal hanya singlet putih yang dipakai Maryam.
"Pandang aku!! "Arah Zayyad tegas.

Maryam menunduk. Airmatanya mengalir deras saat ini. Melihat kedudukan mereka Maryam bagaikan mahu menjerit.

"Pandang aku Bodoh!! "Herdik Zayyad.

Maryam geleng kepala.

Mata Zayyad mencerlung memandang Maryam. Serentak dengan itu tubuh Maryam dicempung menuju kebilik. Dihempas tubuh Maryam lantas ditindih.

Maryam meraung bila Zayyad bertindak membuka seluar yang dipakai Maryam. Tidak rela dan tidak sanggup menyerahkan mahkota yang dijaga selama 22 tahun hanya untuk diberikan kepada insan yang mahu melihatnya derita.

"Jijik sangat ke nak pandang muka aku??! "Jerit Zayyad. Seluar Maryam dicampak kebawah. Baju singlet Maryam direntap sehingga koyak rabak.

Mata dipejam rapat. Wajah bengis Zayyad tidak dipandang kerana Maryam benci mahu melihat. Seluruh tubuhnya sakit dikerjakan lelaki itu.

:::::::

"SALIN baju ni. Aku bawa kau keluar makan! "Sehelai baju t-shirt dan seluar miliknya dicampakkan kepada Maryam yang sedang berpeluk tubuh diatas katil.

Maryam tidak memberikan reaksi.Kosong jiwanya menerima arahan daripada Zayyad. Perut yang berkerocong kerana sudah berhari-hari tidak makan dibiarkan saja berbunyi.

"Pakailah! Takkan kau nak berbogel sampai  ke sudah. Jangan nak melalak macam semalam kalau aku terkam kau lagi.. "

Tubuh bagaikan terkena renjatan elektrik. Kata-kata Zayyad membuatkan Maryam gelabah.Selimut yang berbungkus dibadannya dikemaskan lagi.

"Kau ingat aku main-main? Jangan buat aku hilang sabar dengan perangai kau Maryam.. "Zayyad naik keatas katil. Selimut direntap dari badan Maryam. Tubuh Maryam terdedah.

Maryam tolak tubuh Zayyad kebelakang. Selimut kembali ditarik menutupi tubuhnya.

"Keluarlah.. Nanti aku pakai."Baju dicapai kasar.

"Cepat sikit. Aku bagi kau masa 10 minit.Dalam 10 minit aku masuk kau tak pakai baju lagi, aku memang betul-betul terkam kau kali ni. "Zayyad keluar. Pintu ditutup rapat. Arahan kasar yang keluar dari mulut Zayyad bukan sekadar mainan.

Baju Zayyad disarung pada tubuhnya. Besar dan mengelebeh. Seluar tracksuit lelaki itu juga dipakaikan pada kakinya.

Maryam merenung hujung dinding. Tudung bawalnya masih elok tersadai disitu.Perlahan Maryam atur kaki menuju kesitu. Tudungnya diambil lalu disarung ke kepala. Tompokan darah dibiarkan melekat ditudung tersebut.

Maryam melangkah menuju kepintu. Tombol pintu ditarik lalu badannya dijengukkan ke luar.

Zayyad berdiri tegak didepannya. Merenung Maryam tajam. Anak mata jatuh pada tudung krim yang dipakai Maryam.

"Buka tudung tu! "Tegas Zayyad mengarahkan supaya Maryam mencabut tudung dikepalanya.

"Tak nak! Aku nak pakai tudung ni!!"Bantah Maryam berani. Siapa Zayyad mahu mengarahkan Maryam buat itu ini?

"Sekali lagi aku cakap, Buka tudung tu Maryam!!"Bergegar suara jantan Zayyad di ruang legar rumah dua tingkat itu.

Maryam pegang kemas tudung bawal tersebut. Bimbang kalau Tangan Zayyad tiba-tiba merentap.

"Aku tak nak! Berapa banyak kau nak suruh aku tanggung dosa semata-mata nak ikutkan perangai setan kau?Kalau kau tak suka tengok tudung dekat atas kepala aku, okay !aku tak payah ikut kau makan! "Kaki laju mahu kembali kebilik.

Zayyad merentap pergelangan tangan Maryam.

"Buang tudung ni dan ikut aku!!"Tudung yang berbelit ditarik kuat sehingga tercabut dari menutupi rambut Maryam.

Maryam menjerit nyaring.

"Kau memang tak guna Zayyad Amsyar!! "Bertubi-tubi Maryam memukul lengan Zayyad. pinggangnya ditarik lelaki itu sampai ke kereta.

Maryam dihumban masuk kedalam kereta secara paksa.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now