2

25K 1.2K 37
                                    

Bunyi pintu yang dibuka dari luar menyebabkan Daniel mengangkat muka. Dia memandang gadis yang memakai dress ketat paras paha yang berdiri di depannya.

"You masuk office I memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" soal Daniel.

Tiara memuncungkan mulutnya yang 'dicat' dengan lipstick yang merah menyala. "You ni kalau I masuk je bagi muka dingin you tu. Cuba sekali bagi I senyuman you tu."

"Kalau you tak de benda penting nak cakap, silakan balik. I ada banyak kerja." halau Daniel selamba. Tiara menarik kerusi di depan Daniel ditarik.

"Bila you nak fitting baju kahwin dengan I? Mama I dah sibuk tanya."

Terjongket kening Daniel. "Fitting baju kahwin? You yang nak kahwin, asal pula I yang kena fitting baju kahwin dengan you?" soal Daniel. Tiara memuncungkan mulutnya.

"You ni buat-buat tak tahu ke memang tak tahu?" soal Tiara gedik.

"Don't know don't care."

"You ni kan macam tak kisah je dengan wedding kita."

"Memang pun." selamba Daniel membalas. "Wait. Wedding kita? Bila masa pulak I cakap I nak kahwin dengan you? Yang you pandai-pandai atur wedding bagai ni kenapa?" soal Daniel tidak puas hati.

"Mama dengan papa you cakap yang you okay."

Daniel sudah memicit dahinya. Dia tidak faham kenapa mama dan papanya nak sangat bermenantukan si Tiara ni.

"Kita pergi fitting baju kahwin eh? I tak sabar nak kahwin dengan you." gedik Tiara berkata. Daniel memandangnya.

"Just go. I tak de masa nak layan you punya merepek ni." Daniel kembali fokus pada fail di depannya.

"I tak nak. I nak you keluar dengan I."

Daniel memejamkan matanya sebentar. Pen di tangannya dihentakkan di atas meja. Dia memandang Tiara. "You nak balik sendiri ke you nak I panggil security untuk heret you keluar?" soal Daniel geram.

"I nak you hantar I balik." gedik Tiara meminta. Daniel memandangnya dengan pandangan menyampah.

"Miss Tiara Suzanne binti Tan Sri Syalif, silakan balik." tutur Daniel dengan nada mendatar.

Tiara menjulingkan matanya. Geram! "Fine! I balik! Tapi I nak you lunch dengan I." kata Tiara. Tidak berputus asa.

Daniel menarik nafas. Sabar Daniel. Sabar. "You tak faham part mana eh? I dah cakap I busy kan? That's mean I memang busy for the whole day. So, you dipersilakan balik sebelum I panggil security heret you balik."

Tiara meniup bangsnya. Dia bangun dari duduknya. "Yelah. Yelah. I balik."

"Good."

"I balik ni."

"Pergilah."

"I balik tahu."

Daniel bangun dari duduknya dan berjalan mendekati Tiara yang berdiri di depan pintu. Dia berdiri betul-betul di hadapan Tiara. Mata greynya memandang mata Tiara yang diletakkan (?) dengan contact lens yang bewarna biru.

"Just go." Daniel membuka pintu. Tiara hanya merenung wajah kacak Daniel. "Eh langsuir! Baliklah!"

Terkejut para pekerjanya apabila mendengar jerkahan Daniel. Mereka memandang Daniel dan Tiara sebelum menggelengkan kepala. Nasib minah tu lah sebab membangkitkan kemarahan boss mereka.

"Sampai hati you panggil I macam tu." Tiara buat ayat sedih. Tak serik betul minah ni!

Daniel memejamkan matanya sebentar. Ya Allah. Maafkanlah aku sekiranya aku berkasar dengan perempuan di depanku ini.

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now