28

26.2K 1.1K 52
                                    

Sinar matahari yang menyelinap masuk melalui celah-celah langsir sedikit sebanyak menganggu lena pasangan pengantin baru tersebut.

Daniel membuka matanya. Wajah gadis yang baru dikahwininya semalam terhidang di depan mata. Senyuman terukir di bibirnya. Gadis yang selalu menjadi igauannya selama bertahun-tahun kini sah miliknya.

Comforter ditariknya menutup bahu Aryana yang terdedah. Dahi bersih Aryana dikucupnya lembut. Berkerut dahi Aryana sebelum matanya dibuka.

Aryana memandang Daniel yang senyum memandangnya. "Good morning sayang." tutur Daniel. Serta merta pipi Aryana memerah. Mukanya disembamkan pada dada Daniel. Daniel sekadar tersenyum sambil memeluk tubuh Aryana. "Thanks for last night sayang." katanya.

Aryana sekadar mendiamkan diri dalam pelukan suaminya.

"I love you." tutur Daniel. Aryana mendongak memandang Daniel. Muka menyampah ditayangkan.

"Kau.."

Cup!

Daniel mengucup pantas bibir Aryana. Aryana membulatkan matanya. "Apa ni?!" rengek Aryana manja.

"Semalam suruh panggil apa?" soal Daniel dengan suaranya yang dibuat-buat serius. Aryana terkelu. Bibirnya diketap. Daniel menjongket-jongketkan keningnya.

"Sayang..." meleret suara Daniel.

"Bangunlah." Aryana cuba untuk membangunkan diri malangnya Daniel menarik tangannya membutkannya kembali terbaring pada dada Daniel. Daniel memeluk Aryana erat.

"Cakap dulu baru bangun." kata Daniel. "Sayang tak cakap, abang yang untung." tutur Daniel lagi. Aryana menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"A...Abang..Lepaslah.. Ary nak mandi ni.." gagap Aryana menutur. Daniel simpan senyuman.

"Apa dia? Abang tak dengarlah."

Aryana mengetap bibir geram. "Tak payah mengadalah. Lepaslah. Nak mandi." rengek Aryana. Daniel senyum sebelum meleraikan pelukannya. Pantas Aryana berlari masuk ke dalam bilik air. Tak sanggup nak menghadap sikap mengada Daniel. Suami siapalah tu? Mengaku cepat!

••••••••

Aryana melangkah ke arah dapur yang riuh dengan suara kaum Hawa.  "Morning." sapanya sebelum duduk di sebelah Rasya.

"Morning pengantin baru!" serentak mereka membalas bersama dengan senyuman nakal di bibir.

"How was your first night?" soal Raina sambil menjongket-jongketkan keningnya. Aryana menggulingkan biji matanya.

"Biasa je." balas Aryana selamba. Sepotong epal yang dipotong oleh Rasya diambil dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Alaa kau ni. Ceritalah. Bukannya ada orang. Semua dah kahwin dah pun." kata Nellysha. Erin mencebik.

"Mana ada semua. Aku belum kahwin lagi okay. Otak aku suci lagi ni." kata Erin menyampah. Aryana mencebik.

"Ajaklah King Aidan kau tu kahwin cepat." kata Aryana.

"Siapa pulak seru nama aku ni?" soal Aidan yang baru masuk bersama dengan Killerz. Aryana memandangnya.

"Erin. Dia ajak kau kahwin."

"Aryana!!!" jerit Erin dengan mukanya yang memerah. Aidan memandang Erin dengan senyuman nakalnya.

"Tak payah jerit Erin. Aku ada je kat sini." tutur Aryana selamba. Erin menjelingnya. "Aidan. Kau balik Sweden bila?" soal Aryana. Aidan kembali memandangnya.

"Lagi 3 hari kut."

"Cepatnya." tutur Nellysha.

"Aku kena balik awal dari pengantinlah. Nak kena set majlis kat sana pula." kata Aidan. Aryana sekadar mengangguk setuju. Siapa kata dia ketepikan Sweden? Dia akan membuat majlis di Sweden juga. Mengikut budaya keluarga diraja Sweden.

••••••••

Daniel dan Aryana bersiap untuk interview dengan pihak media. Mereka sedondon mengenakan pakaian yang bewarna dark blue. Mereka duduk di depan para wartawan. Mereka memandang MC yang sudah duduk dengan mereka.

"Look who's here! It was newlyweds, AryNiel couple!" tutur MC itu teruja. Aryana dan Daniel sekadar tersenyum.

"Tahniah atas perkahwinan korang berdua." ucap MC tersebut. Aryana dan Daniel sekadar mengangguk. "Baiklah. Kedatangan kalian berdua bukan sahaja untuk mengumumkan seluruh Malaysia yang korang sudah selamat diijabkabulkan. Tetapi juga, seluruh Malaysia, malah seluruh dunia teringin mengetahui perjalanan kisah korang sebelum naik ke jinjang pelamin."

Aryana dan Daniel berpandangan. "First of all. Thank you because organizing this interview for us." tutur Daniel. "Kisah kami tak delah istimewa sangat. Sama je macam pasangan yang kat luar sana. Jatuh cinta, couple, tunang, kahwin." ringkas sahaja Daniel bercerita.

"Well. It's disappointed us as well because we're expecting more detailed story. But it's okay. So, Aryana, apa yang membuatkan awak memilih Daniel sebagai pasangan hidup awak?" soal MC tersebut sambil memandang Aryana. Aryana senyum kecil.

"Emm.. Actually, saya boleh cari banyak lagi lelaki yang lebih baik dari Daniel kat luar sana." Daniel terus memandang Aryana dengan pandangan cemburunya. "Tapi, saya tak boleh cari lelaki yang sama dengan Daniel. For me, datang beribu sekalipun lelaki yang lebih baik dari Daniel, I will still choose him. Sebab bagi saya, dia memang dah sempurna."  tutur Aryana sambil memandang Daniel.

"Wow. That was so sweet." puji MC tersebut. "What about Daniel? Apa yang buat awak rasa yang Aryana ialah pilihan terbaik awak?"

"Emm.. Because she's just out of this world. Dari saya remaja lagi, saya kenal dengan banyak perempuan. Saya kenal dengan perempuan yang mempunyai personaliti yang berbeza. Tapi bila saya kenal Aryana, she like a magnet. Dia ada aura tersendiri yang buat saya tertarik dengan dia. Aura yang memang berlainan dari perempuan kat luar sana. She just like one in a million." kata Daniel sambil mengenggam erat tangan Aryana.

MC itu jelas kagum dengan pasangan di depannya. "So apa plan korang selepas ni?"

"Kami akan fly ke Sweden lusa untuk wedding reception kami kat sana dan juga honeymoon. We're going to spend a month there." kata Daniel dengan senyuman lebarnya.

"Memandangkan Aryana ialah puteri kelahiran Sweden, apa perasaan Daniel sekarang? Sebab awak akan jumpa dengan rakyat Sweden, so apa yang awak rasa?"

"Well, I'm slightly nervous because I'm going to meet with the whole Sweden's people. But I will try to overcome it for my wife. So, saya harap agar rakyat Sweden terima saya." kata Daniel. Aryana hanya senyum.

"So Aryana, lepas sebulan nanti, adakah awak akan ikut Daniel balik Malaysia or stay kat Sweden memandangkan cawangan utama AN Global kat sana?"

"Emm.. Saya akan ikut Daniel balik sini while my company, saya akan pantau dari sini."

"Baiklah. Our last question adalah soalan yang paling banyak ditanya di laman sosial kami. Bilakah kami dapat tengok AryNiel juniors?"

Terjongket kening Aryana dan Daniel. Mereka berpandangan. "Kami tak janji apa-apa tapi jangan risau. Kami akan bagitau bila kami dah dapat nanti. Tolong doakan kami." kata Daniel.

"Yes. Baiklah. Kita doakan yang baik-baik." tutur MC tersebut. "Baiklah! Lastly, ucapan korang berdua untuk each other."

Daniel memandang Aryana. "Sayang. Abang tak janji yang sayang akan bahagia dengan abang, tapi abang janji abang akan usaha untuk bahagiakan sayang." tutur Daniel lembut. Aryana senyum.

"Ary dah cukup bahagia dengan adanya abang di sisi Ary. Ary yang sepatutnya janji untuk bahagiakan abang. Ary akan cuba sedaya upaya untuk pertahankan ikatan kita." kata Aryana lembut.

"I love you sayang."

"I love you too abang."

Daniel menarik Aryana dekat kepadanya dan dahi Aryana dikucupnya lembut.

•••••••••



























Ending coming soon 😭 Waaa 😭 Author tak ready lagi nak tinggalkan AryNiel 😭

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now