27

25.4K 1.1K 64
                                    

2 bulan kemudian..

Aryana memandang pantulan imejnya di cermin. Gaun pengantin yang bewarna biru tersarung cantik di badan ramping Aryana. Veil diletakkan diletakkan pada sanggul rambutnya. Rambutnya disanggul. Beberapa helai rambutnya dijatuhkan di tepi mukanya. Wajahnya hanya disolek tipis.

Bunyi daun pintu yang ditolak membuatkannya berpaling. Kelihatan Erin yang lengkap berbaju kurung masuk ke dalam biliknya. Erin senyum.

"Pengantin lelaki dah sampai." kata Erin menambahkan debaran pada dada Aryana. "Jom."

Sepatutnya Angelz pun ada sekali untuk mengiringinya tapi bila melihat perut mereka yang macam nak meletup tu, terus Aryana reject.

Aryana dan Erin melangkah keluar. Majlis akad nikah mereka diadakan di villa Tengku Mardhiyah.

Para tetamu mulai senyap saat melihat Aryana menuruni tangga. Masing-masing terpesona dengan kecantikan puteri kelahiran Sweden tersebut.

Aryana melangkah ke arah pelamin mini yang telah dihias cantik. Dia duduk betul-betul di belakang Daniel yang sedang berhadapan dengan Tok Kadi. Selepas beberapa ketika, kelihatan Daniel menjabat tangan Tok Kadi tersebut.

"TENGKU DANIEL HARRIS BIN TENGKU HAIZAL."

"SAYA."

"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN ARYANA NATASHA BINTI ABDULLAH DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH RIBU RINGGIT TUNAI."

"AKU TERIMA NIKAHNYA ARYANA NATASHA BINTI ABDULLAH DENGAN MAS KAHWIN LIMA PULUH RIBU RINGGIT TUNAI."

Lancar dan tenang akad yang dilafazkan oleh Daniel. Senyuman terukir di bibirnya saat perkataan 'Sah' keluar dari bibir para saksi.

Dengan ini, maka Tengku Aryana Natasha dengan sahnya menjadi hak milik mutlak Tengku Daniel Harris.

Para hadirin mengangkat tangan bagi mendoakan kesejahteraan pasangan pengantin baru yang baru sahaja membina sebuah masjid. Aryana berpelukan dengan kaum hawa yang berdekatan dengannya.

Daniel melangkah dan duduk di depan gadis yang sudah menjadi hak milik mutlaknya. Wajah cantik Aryana direnungnya lama. Aryana turut membalas renungan mata Daniel. Mata bertentangan mata. Para tetamu lansung tidak dipedulikan. It just like the world is theirs.

"Kalau ye pun nak buat staring contest, kejap lagilah woi!"

"Entahnya! Buat kat biliklah! Apa kelas buat depan tetamu?!"

"Ada juga aku jual balik cincin ni karang!"

Suara daripada 3 ekor monyet itu membuatkan pengantin baru tersebut tersentak. Aryana menjeling mereka bertiga yang tersengih macam kerang busuk.

Daniel meraih lembut tangan sejuk Aryana. Aryana kembali memandang Daniel. Daniel sengih.

"Sejuknya tangan." usik Daniel membuatkan para tetamu mulai membising.

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now