8

21.8K 1.1K 46
                                    

Aryana menggosok rambutnya yang masih basah. Dia berlalu ke meja solek. Rambutnya disikat sebelum bunyi loceng ditekan berkali-kali.

Aryana sudah berkerut dahi. Dia keluar dari biliknya. Pintu penthousenya dibuka namun tiada sesiapa yang berada di situ. Satu kotak yang diletakkan di depan pintu membuatkan Aryana berkerut dahi. Dia tunduk mengambil kotak tersebut sebelum pintu kembali ditutup dan dikuncinya.

Penutup kotak tersebut dibuka. Sebuah telefon diletakkan di situ. Dahinya makin berkerut. Bunyi dari telefon itu membuatkannya mengambil telefon tersebut. Nama pemanggil dibacanya. Emperor.

Terjongket keningnya saat melihat nama pemanggil tersebut. Perlahan-lahan panggilan itu dijawab.

"Eh? Oh Wow! Tengku Aryana Natasha or known as Princess of Sweden is answering my call. How are you girl?"

"Kau nak apa?"

"Aku nak apa? Relax Aryana. I just want to welcome you back. Tak sangka kau akan kembali lepas apa kau dengan kawan-kawan kau buat 7 tahun yang lalu."

"Aku tak perlukan greetings kau. Just tell me what you want."

"Aku tak sangka kau sombong macam ni. Betullah apa anak aku kata. Tengku Aryana Natasha seorang yang sombong dan selfish."

"Anak? Siapa anak kau?"

"Eh. Kau nak tahu? Tak payahlah Aryana. You will know it later. But, I want to say that you and Daniel is really a lovely couple. Hmm.. Kau rasa kalau aku hancurkan Daniel.."

"Don't you dare to touch him!"

"Oh? Kau marah ke? Don't worry Aryana. I'll let you feel the happiness before I take it. I'll take all of your happiness like what you have take from me."

"Kau nak buat apa?"

"Eh.. Mana boleh bagitau."

"Tak guna kau! Aku takkan biarkan kau sakitkan dia or sesiapa sekalipun!"

"Oh really? In that case, I wish you a good luck. By the way, it's nice to talk to you. Goodbye dear."

Aryana mengetap bibir geram. Telefon itu digengamnya erat. Dia tak sangka yang Emperor akan kembali mengacau hidupnya setelah apa yang berlaku 7 tahun yang lalu.

Dan sekarang mereka tahu hubungannya dengan Daniel. Mereka tahu Daniel orang yang Aryana sayang. Dan tak mustahil mereka akan tumpaskan Aryana menggunakan Daniel.

"I will not allow it."

••••••

Aryana melangkah ke arah Adam dan Afit yang menunggunya di lobi. "Afit. Adam." panggilnya. 2 jejaka itu memandangnya.

"Cik Aryana." Adam dan Afit menunduk kepada Aryana. "Kenapa Cik call kitaorang malam-malam macam ni?" soal Adam risau. Mahu dia tak risau. Aryana call mereka malam-malam. Lepas tu cakap ada benda penting.

Aryana memberikan telefon tadi kepada Adam. "Aku nak korang detect number yang call sejam yang lepas. Detect owner number tu and location dia." kata Aryana tegas.

Adam membuka rekod panggilan telefon tersebut. "Emperor?" Dia terus memandang Aryana.

"Yes. Aku tak tahu macam mana mereka boleh tahu aku kat sini." kata Aryana sebelum memandang Afit. "Cari tempat keberadaan Gia, Aqilah and Lucas. I want to know all of it before aku balik Sweden." arahnya pantas.

Afit angguk faham.

"Lepas tu, aku nak korang upah orang untuk perhatikan Killerz and Angelz terutamanya Daniel. Aku takut Emperor buat apa-apa kat mereka."

Adam dan Afit mengangguk faham.

••••••

Daniel senyum saat melihat kelibat Aryana yang sedang duduk di cafe berdekatan dengan officenya. Langkah pantas diatur mendekati Aryana yang sedang bermain dengan iPhone.

Aryana mengangkat muka apabila kerusi di depannya diduduki oleh seseorang. Dia memandang Daniel dan memandang jam di pergelangan tangannya.

"Kau lambat 8 minit 44 saat." tutur Aryana sambil menjeling Daniel yang tersengih di depannya.

"Sorrylah. Tadi aku ada meeting." kata Daniel sambil melipat lengan kemejanya ke paras sikunya. Aryana hanya menjelingnya.

"Lain kali buatlah lagi, takde nya aku nak tunggu kau lagi." kata Aryana memberikan amaran. Daniel senyum kacak.

"Yelah sayang. Abang janji lepas ni abang tak buat lagi." kata Daniel membuatkan Aryana mencebik.

"Kau jangan bersayang berabang eh. Geli tahu tak dengar." ujar Aryana menjeling Daniel.

"Dah tu kau nak beraku berkau? Even after kahwin nanti?" soal Daniel. Aryana menjongketkan bahunya.

"Ok apa. Lepas kahwin tu belakang kiralah. Lagipun siapa nak kahwin dengan kau?" selamba Aryana menyoal.
Terjongket kening Daniel. "Oh.. Tak nak mengaku eh? Takpe. Takpe." Daniel buat muka merajuk. Mukanya dipalingkan daripada memandang Aryana.

Aryana tersenyum lucu. "Eii. Mengadanya!" usiknya. Daniel masih lagi memalingkan mukanya. "Oklah Tengku Daniel Harris. Aku seorang jelah yang nak kahwin dengan kau yang mengada ni." sambung Aryana. Daniel sudah senyum memandang Aryana.

"I knew it."

Aryana senyum memandang muka Daniel yang jelas terserlah kebahagiaan. Namun senyumannya mati apabila melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam yang duduk di belakang mereka. Lelaki itu menunjukkan simbol pistol dengan tangannya.

"Ary?"

Panggilan dari Daniel membuatkan Aryana kembali memandangnya. Berkerut dahi Daniel apabila melihat riak muka Aryana yang jelas keruh. "Kau okay tak ni?" soal Daniel risau.

Aryana memandangnya. "Hah? Aku? Err.. Okay. Apa yang tak okay nya?" balas Aryana menyembunyikan rasa gugupnya.

"Betul ni? Ke kau tak sihat?" soal Daniel lagi. Risau dia melihat riak muka Aryana. Dengan peluh dingin di dahinya.

Aryana hanya menggeleng. "Aku okay. Cuma pening sikit. Maybe sebab aku tak cukup tidur kut." kata Aryana memberikan alasan. Dahinya dipicit bagi menghilangkan rasa ragu Daniel.

Daniel mengeluh lega. "Kau nak ubat? Aku minta kat waiter." tawar Daniel namun mendapat gelengan daripada Aryana.

"Tak payah. Aku okay. Lagipun kita nak makan kan? Orderlah." kata Aryana sambil memberikan buku menu kepada Daniel.

"Betul ni?"

Aryana angguk. "Jangan risaulah. Nanti aku balik, aku rehatlah. Kita makan eh?" kata Aryana lagi. Dia cuba mengukir senyuman.

Daniel hanya angguk. "Kalau kau rasa tak selesa ke apa, bagitau aku." kata Daniel.

Aryana hanya angguk. Mereka kembali senyap. Memilih makanan masing-masing. Aryana melirik sebentar ke tempat duduk belakang mereka namun lelaki tadi sudah tiada di situ.

Aryana hanya mengeluh lega. Dia kembali tenang buat seketika.

••••••
















Author sukalah baca komen korang 😂 Sampai nak tergelak pun ada 😂

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now