4

24.3K 1.2K 29
                                    

Aryana memandang pantulan dirinya pada cermin. Dia hanya mengenakan dress putih. Malam ini, dia akan membuat appearance sebagai real owner of AN Global for the first time.

Rambutnya hanya dibiarkan lepas. Mukanya hanya disolek tipis. Solek bendanya? Dengan bibir dia yang dah memang natural pink tanpa perlu dicalit dengan lipstick apa semua. Dengan matanya yang memang natural blue. Dengan mukanya yang memang jelas putih melepak. Tak perlu pakai makeup pun dah cukup cantik.

iPhone disimpan di dalam purse. Heels yang bewarna putih dipakai. Aryana kalau bersiap macam ni, memang jelas dia punya potensi untuk jadi seorang model.

Dia melangkah keluar dari penthouse. Kelihatan Adam dan Afit sedang menunggunya di luar penthouse.

"Cik Aryana." Adam dan Afit menunduk sedikit kepada Aryana. Aryana hanya membalas dengan memberikan anggukan kecil.

"Jom."

Mereka bertiga melangkah ke arah lif. Adam menekan butang G pada sisi pintu lif tersebut. Mereka hanya diam sepanjang lif itu menurun.

Sebaik sahaja tiba di Ground Floor, seorang staff sudah menunggu mereka dengan kunci kereta yang disewa. Adam mengucapkan terima kasih saat mengambil kunci tersebut.

Masing-masing melangkah ke arah Honda Accord yang sudah disediakan. Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan bangunan penthouse tersebut.

••••••

Daniel melangkah ke arah meja yang sudah diduduki oleh Angelz dan Killerz.
"Dia dah sampai belum?" soal Ian teruja. Dia pulak yang excited lebih menunggu kemunculan pemilik sebenar AN Global.

"Yang kau excited lebih ni kenapa?" soal Nellysha yang duduk di sebelahnya.

"Eh biarlah. Yang kau sibuk kenapa?" balas Ian. Dua orang ni memang tak henti gaduh dari zaman sekolah lagi.

Nellysha memandangnya geram. Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat karenah mereka. Dah tunang pun still gaduh lagi. Macam manalah kalau kahwin nanti. Mahu meletup rumah.

"Siapa nama owner AN Global tu?" soal Rasya menghentikan pergaduhan Ian dan Nellysha.

"Entah. Dia tak mentionedlah pulak." balas Daniel sambil menggaru dahinya. Baru dia perasaan yang dia tak tahu lagi nama pemilik AN Global tersebut. "Kejap. Aku tanya PA aku jap." Daniel bangun dari duduknya dan melangkah ke arah PA nya, Sarah.

"Sarah." panggil Daniel. Sarah yang sedang mengaturkan susunan majlis memandang Daniel.

"Tengku. Ada apa?" soal Sarah sambil memberikan senyuman manis kepada Daniel.

"Owner AN Global.."

Belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, seorang lelaki berlari ke arah Sarah. "Sarah! Owner AN Global dah sampai!"

Terbeliak Sarah. "What? Oh okay." Sarah berjalan ke arah MC tanpa mempedulikan Daniel. Daniel sudah berkerut dahi.

Ladies and Gentleman, let's welcome the real owner of AN Global who comes from Sweden, Tengku Aryana Natasha.

Semua tetamu bangun sambil menepuk tangan. Mereka memandang ke arah gadis yang diapit oleh dua orang jejaka di sisi kanan dan kirinya. Angelz dan Killerz berpandangan saat melihat gerangan gadis tersebut. Aryana!

Aryana yang perasaan akan kehadiran Angelz dan Killerz turut terkedu namun riak mukanya pantas dikawal. Dia memandang ke arah Daniel yang sudah terkaku saat melihatnya.

Aryana berhenti betul-betul di depan Daniel. Daniel memandang wajah gadis yang selalu menjadi igauan mimpinya.

"Tengku." Panggilan dari Sarah menyentakkannya. Dia memandang Sarah sebelum memandang Aryana.

Riak mukanya pantas dikawal. Dia harus bersifat profesional. Senyuman diukirnya. "I'm Tengku Daniel Harris. CEO of SkyLines Holdings. Nice to meet you Tengku Aryana Natasha."

Aryana senyum kecil. "Nice to meet you too Tengku Daniel Harris." tutur Aryana.

•••••

Aryana berdiri di depan Mic yang telah disediakan. Dia memandang seluruh tetamu yang hadir.

"Good night to all of you. I'm Tengku Aryana Natasha, the real owner of AN Global." tutur Aryana. "Ini ialah kemunculan pertama saya sejak AN Global ditubuhkan pada 4 tahun yang lalu. Saya berterima kasih kepada SkyLines Holdings kerana sanggup mengadakan majlis ini untuk saya."

Reporters yang berada di situ masing-masing ternganga apabila mendengarnya berbahasa Melayu. "Tengku boleh berbahasa Melayu?" soal salah seorang reporters tersebut.

Aryana senyum kecil. "Saya memang dilahirkan di Sweden. Tapi saya dibesarkan di Malaysia sehingga umur saya mencecah 17 tahun. Lepas itu, saya balik semula ke Sweden."

"Dengar daripada khabar angin, Tengku merupakan puteri tunggal kerajaan Sweden. Betul ke?"

Aryana mengukir senyuman lagi. "Puteri tunggal kerajaan Sweden? Ye. Saya merupakan puteri tunggal kerajaan Sweden dan juga waris utama kerajaan Sweden."

"Tapi Tengku tidak naik takhta?"

Aryana tergelak kecil. "Saya memang waris utama kerajaan Sweden. Tapi tak bermaksud saya kena naik takhta kan?"

Mereka yang mendengar tergelak. "Jadi, apa yang membuat Tengku ingin bekerjasama dengan SkyLines Holdings?"

Aryana memandang ke arah meja yang diduduki Angelz dan Killerz sebelum menjawab. "Saya nak besarkan lagi pengaruh AN Global terutama di Malaysia. Tempat saya dibesarkan. Tempat saya mengenali erti sebenar kehidupan dan juga tempat saya memperoleh kawan-kawan yang baik."

"Tengku ada kawan di Malaysia?"

"Mestilah. Mereka yang bersama dengan saya. Susah dan senang."

Belum sempat reporters menanya lagi, para staff SkyLines Holdings sudah menghalang. Aryana turun dari stage. Afit dan Adam dipandangnya.

"Aku nak balik." tutur Aryana. Dia tidak dapat menghadapi Angelz dan Killerz lagi.

"Tapi Cik.."

"Tengku Aryana."

Aryana berpaling apabila namanya dipanggil. Kelihatan Daniel sedang berdiri di belakangnya. "Join our table. May you?" ajak Daniel sambil menunjukkan meja yang diduduki oleh Angelz dan Killerz.

Aryana melirik ke arah meja tersebut. Mereka memandang ke arahnya. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan sebelum mengangguk. Daniel senyum. Mereka berjalan ke arah meja tersebut.

Mereka hanya diam. Awkward.

Aryana yang sedang makan mengangkat muka apabila perasaan akan pandangan mereka. "Why are you guys staring at me like that? Tak makan ke?" soal Aryana menyentakkan mereka.

"Tak. We just.. Can't believe that you're here. Again." balas Izwan. Aryana senyum kecil.

"I'm here for a business."

"We miss you. So much." tutur Raina perlahan. Kalau boleh, dia nak peluk Aryana, tapi keadaan mereka tidak mengizinkannya.

Aryana memejamkan matanya sebentar. 'Me too.' balasan itu hanya mampu diucapnya di dalam hati.

"Aku tak nak kita cakap pasal ni sekarang. It just.. not suitable. So let's be professional." pinta Aryana tanpa memandang mereka.

Daniel di sebelahnya mengeluh kecil. "She's right. Makanlah." arah Daniel sambil mula makan. Yang lain hanya mampu menurut.

••••••

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now