15

20.3K 1K 70
                                    

Danish menolak pintu bilik Daniel. Matanya diliarkan mencari Daniel sehinggalah matanya terpandangkan Daniel yang sedang termenung sambil duduk di lantai dengan bersandarkan pada tepi katil.

Danish mengeluh. Hari ini sudah termasuk 2 hari Daniel discharged dari hospital tetapi dia hanya termenung. Danish berjalan mendekati Daniel sebelum duduk di sebelahnya.

"Jom makan." ajak Danish. Daniel hanya diam. Matanya hanya statik memandang ke luar balkoni. "Daniel. Jom makan. Nanti kau sakit lagi." ajak Danish lagi.

"Tak nak." Daniel bangun dari duduknya sebelum naik ke atas katil. Badannya dibaringkan di atas katil. Matanya dipejamkan.

Danish hanya memandang Daniel. "Jangan seksa diri Daniel. Tak guna pun kalau kau seksa diri kau macam ni." kata Danish sebelum mengeluh. "Nanti kalau kau lapar, turun makan. Jangan tak makan." tutur Danish sebelum dia keluar dari bilik Daniel.

Daniel membuka matanya apabila Danish keluar. Cincin di dalam genggamannya dipandangnya. Air matanya mengalir.

"I miss you so much Aryana."

•••••••

Danish memandang Dian yang sedang bercakap di telefon. "Siapa call?" soalnya sebaik sahaja Dian meletakkan panggilan.

Dian berpaling memandang Danish. "Lama ke abang dah ada kat situ?" soalnya. Terjongket kening Danish.

"Baru je. Tu siapa call?" soal Danish. Dian memandang telefonnya.

"Erin."

Berkerut dahi Danish. "Kenapa dia call?" tanya Danish lagi. Dian menghelakan nafasnya.

"Dia cakap malam ni dia berangkat ke Sweden. Dengan Aryana." Tutur Dian perlahan. Danish mengangkat muka memandang Dian.

"Jadi memang betullah Aryana nak pergi?" tanya Danish. Dian duduk di sebelah Danish yang mendukung Darren.

"Betullah tu. Lagipun dia memang balik sini bukan untuk selamanya kan?" balas Dian. Danish mengeluh dan memberikan Darren kepada Dian.

"Dia tinggalkan penderitaan Daniel macam tu je?" Danish berlalu ke balkoni bilik mereka. Dian mengeluh. Dia meletakkan Darren di atas katil sebelum berjalan ke arah Danish.

"Abang. Abang nampak penderitaan Daniel je. Tapi abang tak nampak penderitaan Aryana." kata Dian dengan nada yang agak kesal. Danish memandang Dian dengan melipatkan tangannya di dada.

"Dia nak menderita kenapa? Dia yang tinggalkan Daniel. Apahal pula dia nak menderita?" soal Danish. Dian menjongketkan keningnya.

"Abang tahu tak Aryana terpaksa buat macam tu? Dia lepaskan kebahagiaan dia untuk pastikan yang Daniel.." Dian terus menutup mulutnya apabila tersedar yang dia sudah terlepas cerita.
Danish memandang Dian dengan pandangan curiosnya. "Untuk pastikan yang Daniel?" ulangnya. Dia mendekati Dian yang mengetap bibirnya.

"Sayang? Bagitau abang apa yang sayang tahu." Lembut suara Danish berkata. Mata kelabunya memandang Dian dengan dalam.

"Tak. Dian tak tahu apa-apa pun." nafi Dian. Danish mengecilkan matanya memandang Dian.

"Sayang. Sebelum abang tahu perkara sebenar sendiri, baik sayang cakap." Desak Danish. Dian mengeluh.

"Fine. Dian cakap. But abang kena janji jangan bagitau sesiapa." kata Dian mengalah. Danish mengangguk.

•••••••

Erin memandang Aryana yang sedang termenung. Mereka berada di airport. Mata Aryana ditutupi dengan cermin mata hitam.

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now