"Papa,papa.."
Kaki kecil itu berlari anak mendapatkannya yang ketika itu sedang sibuk membelek kertas kerjanya. Mendengarkan suara itu, bibirnya menguntum senyum nipis. Matanya yang tadi fokus pada kertas kerja tak semena-mena teralih pada anak lelakinya itu.
"Kenapa Yeen?" soalnya sudah menolak tepi fail-fail berkaitan kerja itu. Yeen singkatan untuk Zaheen.
Jika dia bersama Zaheen, dia akan gunakan masa itu sebaik mungkin. Zaharil tahu anaknya itu perlukan kasih sayang lebih daripadanya. Dia juga tahu anak itu juga perlukan perhatiannya untuk semua perkara dalam hidupnya.
Zaheen melabuhkan punggungnya di atas peha Zaharil. Wajahnya dicemberutkan sekaligus menambah kan perencah kecomelannya di situ. Untuk seketika, anaknya itu menundukkan kepala. Terdengar keluhan kecil meniti keluar dari bibir mungilnya.
Zaharil sudah angkat kening. Aih, semacam aje si Zahen ni hari ni. Kecil-kecil lagi dah pandai mengeluh.
"Kenapa anak papa ni? Mengeluh aje papa dengar. Yeen ada masalah ke?" soalnya sudah diterpa rasa risau.
Pipi gebu milik Zaheen diusapnya perlahan lalu rambut depan milik anak itu disauknya ke belakang. Hati ayahnya sudah risau. Takut-takut anaknya terlibat dalam kes mangsa buli ke?
Manalah tahu kan?
Dunia makin lama makin kejam. Sesiapa pun boleh buat jahat walau pun usianya baru setahun jagung. Sekarang, banyak kes-kes yang terpapar di dada akhbar, kes buli, kes bunuh malah kes anak luar nikah yang terjadi di kalangan anak-anak yang masih mentah.. kerana itu, Zaharil takut anaknya terlibat.
Anak mata hazel Zaheen mengalih memandang Zaharil. Wajahnya tampak sedih.
"Papa, papa pernah cakap dengan Yeen kan kalau kita buat baik dengan orang, orang juga akan buat baik dengan kita. Betul kan, pa?" soalan Zaheen berjaya buatkan kerutan di dahi Zaharil makin tebal.
Nak tak nak, dia angguk juga pada soalan yang Zaheen tanyakan padanya itu. Dia masih terus menunggu butir bicara Zaheen yang seterusnya.
"Jadi?"
Zaheen ketap bibir. "Masa kat sekolah, Yeen ada dengar cikgu cakap fasal ada kawan Yeen yang masuk hospital. Nama dia Farid, dia budak kelas pandai. Kalau Yeen nak tolong dia, boleh tak pa?" soal Zaheen sudah menggigit bibir.
Wajah papanya itu dipandang dengan penuh mengharap. Zaharil mengangkat kening bila dengar soalan yang ditanyakan anaknya itu.
"Farid itu baik ke dengan Yeen?"
Terus Zaheen menganggukkan kepala. "Farid pernah tolong Yeen dulu. Dia baik, pa dan dia suka tolong orang. Yeen rasa sedih bila dia masuk hospital. Kasihan dia." jelas Zaheen dengan riak wajah sedih.
Zaharil sekadar menganggukkan kepala. Dia diam untuk seketika. Wajah Zaheen dipandangnya sejenak lalu bibirnya mengukir senyum nipis.
"Kalau Yeen dah kata macam itu, papa akan tolong Yeen sekali. Okey?!" soal Zaharil.
Terus Zaheen melonjak gembira. Zaharil sekadar menarik sengih pendek. Suka dia bila lihat bibir anak nya itu melakar senyum. Apa yang dia mahu lihat hanyalah senyuman Zaheen, tak lebih ataupun tak kurang.
Sudah hampir tujuh tahun berlalu semenjak pemergian isterinya yang tercinta. Masih segar lagi setiap kenangan manis yang terlakar antara dia dengan bekas isterinya, Diandra. Nama yang akan selalu terpahat dalam hatinya, malah mungkin akan selalu tertanam dalam cintanya.
Megat Ungku Zaheen adalah anak hasil cintanya dengan Diandra. Kerana itu, Zaheen adalah segala-galanya dalam hidup Zaharil. Tanpa Zaheen, dia lebih pilih mati daripada hidup. Yurp, mati kerana tak guna dia hidup tanpa dua insan yang dia kasihi.
"Abang.."seru Diandra dengan air mata yang deras mengalir.
Tangannya meraba-raba dada bidang Zaharil. Melihatkan keadaan isterinya itu, Zaharil berubah sebak. Segera tangan Diandra dicapainya lalu dikucupnya lembut. Sungguh, dia tak mahu kehilangan Diandra.
"Sayang, abang tahu sayang kuat. Anak kita dah lahir. Abang dah tengok muka Zaheen.. comel, mata dia ikut mata sayang." jelas Zaharil cuba untuk memberi kekuatan pada Diandra.
"Ab.. abang, walaupun sayang tak dapat tengok muka Zaheen tapi sayang tahu mesti muka dia ikut muka abang, senyum dia sama macam abang.. kan?" masih berbirai air mata Diandra mengalir. Dalam sebak, dia masih mampu mengukir senyum.
Zaharil ketap gigi. Sedih hatinya bila lihat air mata isterinya itu mengalir. Kerana tak dapat menampung sebak di dada akhirnya air mata jantan milik Zaharil mengalir deras. Dahi Diandra yang basah dengan peluh dikucup nya dengan penuh kasih sayang.
Zaheen lahir sebagai bayi pra-matang. Yurp, ada sebab anaknya itu lahir sedemikian rupa. Diandra melahirkan Zaheen bukan pada waktunya. Awal dua bulan daripada tarikh yang telah ditetap kan.
Sehingga sekarang, Zaharil masih tak dapat lupakan gadis itu. Dan, tak akan mungkin dia akan lupakan gadis itu, gadis yang berjaya mewarna-warnikan sepanjang hidup nya.
...
Surat khabar dua hari lepas itu aku hadapkan ke wajah Wani. Selepas itu, aku terus menyilang kaki sambil buat senyuman penuh dengan makna yang tersirat.Wani sudah berkerut dahi. Wajah aku dipandangnya sebelum perlahan-lahan tangannya mencapai akhbar itu. Tajuk artikel itu dibacanya lalu dia pandang aku semula. Pandangan hairan masih dia berikan pada aku.
"So?"
"Aku nak tolong budak itu. Aku nak buktikan pada papa and mama aku yang aku boleh banggakan diorang dengan hasil duit lukisan aku itu." jelasku dengan penuh tekad.
Wani mengeluh kecil. Akhbar tersebut dilipatnya lalu ditolak semula ke arahku.
"Just sebab itu aje kau nak tolong budak Farid ni? Qish, kau dah lupa ke yang kau hanya berselindung di sebalik nama pena kau aje? Orang tak kenal Lauren Aqishah adalah pelukis tapi orang kenal Ren, adalah pelukis. Kau sendiri kan yang minta untuj sembunyikan semua itu. Please, jangan buat kerja separuh jalan." ujar Wani dalam nada menasihati aku.
Aku ketap bibir. Dahiku sudah berkerut tak puas hati. Yurp, aku tak puas hati dengan apa yang Wani katakan itu.
"Habis tu? Sampai bila aku nak terus dengan mak ayah aku hina bakat aku? Lambat laun diorang kena tahu juga siapa aku dan tahap kejayaan aku setakat ini. Aku nak diorang buka mata diorang dan terima aku seadanya. Aku nak buktikan pada diorang yang aku pun boleh berjaya tanpa perniagaan keluarga itu." ujarku dengan nada sedikit geram.
"Aku faham tapi janganlah terburu-buru. Kau kena buat semuanya dengan bertenang. Kau tak takut ke kalau diorang tahu tetapi dia halang kau juga. Kau tak takut?" soal Wani cuba menjelaskan keadaan.
Dalam diam, kata-kata Wani ada benarnya juga. Kalau aku bagitahu pun, mungkin ke ibubapa aku itu akan terima? Diorang akan setuju ke kalau aku teruskan kerjaya aku itu? Huh! Mungkin.. diorang tetap akan cari jalan untuk matikan bakat aku itu. Akhirnya aku mengeluh perlahan.
Wani dihadapanku sekadar mendiam kan diri. Bahuku diusapnya perlahan. Cuba meredakan rasa sebak yang menghimpit perasaan aku ketika ini. Air mata ku mahu saja mengalir namun aku tahan. Tak boleh, aku tak nak nampak lemah.
"Jadi, kau still nak teruskan untuk tolong budak Farid itu ke?" soalan Wani itu berjaya buatkan rasa sedih ku menghilang untuk sejenak.
Akhbar itu aku pandang sebelum akhirnya aku menarik nafas dalam. Sedihlah juga aku tengok nasib Farid ni. Kecil-kecil lagi dia sudah diduga ujian seberat itu. Kalaulah aku ada di tempatnya mungkin.. aku takkan kuat.
Aku pandang Wani lalu aku menganggukkan kepala. "Kau tolong uruskan appoinment aku dengan family Farid ni. Inform aku tarikh dia dan kau uruskan pengeluaran wang itu, boleh?" jelasku.
Wani terus menganggukkan kepala. Segala apa yang aku cakap, dia catit pada buku notanya. Terus bibirnya mengukir senyum.
"Okey, aku akan uruskannya secepat mungkin."
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...