Air cocktail aku hidangkan di atas meja makan. Akhirnya, satu keluhan puas hati aku lepaskan. Pelbagai hidangan yang terhidang atas meja makan buatkan aku rasa terliur. Engku Dahlia masakkan spaggeti dan juga onde-onde dan yang lain adalah catering.
Rakan-rakan Zaheen dan juga tetamu yang dijemput Zaharil sudah mulai memenuhi ruang tamu rumah milik Zaharil. Suasana sedikit riuh dengan kehadiran mereka. Nampak sangat meriah. Kek Hari Jadi Zaheen yang lebar itu juga sudah siap dihidangkan di atas meja.
"Ramai betul orang yang datang." bicaraku sambil memandang tetamu yang hadir. Kebanyakannya rakan-rakan Zaharil. Mungkin staf syarikat nya ke?
Engku Dahlia di sebelahku sudah melebar senyum penuh makna. "Ada event penting lepas ni. Sebab itulah.. Megat ajak ramai tetamu. Meriah sikit nanti." ujar Engku Dahlia.
Dahiku sudah berkerut. Tak semena-mena wajah Engku Dahlia aku pandang. "Maksud Engku? Event syarikat ke?" soal ku ingin tahu.
Sebuah gelengan Engku Dahlia beri kan sebagai jawapan. Wajah aku dipandangnya dan lenganku diurut nya perlahan.
"Nanti, Aqish akan tahu juga. Kita tunggu aje." balas Engku Dahlia dengan nada yang sukar untuk aku tafsir. Nada teruja tapi pada masa yang sama berharap.
Beberapa minit kemudian, aku lihat kelibat Zaharil yang memimpin tangan Zaheen menuju ke arah ruang tamu. Tetamu yang ada mulai fokus ke arah mereka bertiga. Mereka bertiga itu termasuk sekali Hana yang aku tak tahulah dari mana datangnya dia.
Selepas aku dengar perbualannya beberapa detik yang lalu, terus aku rasa nak avoid perempuan itu. Tak sangka dia rupanya punca kepada kematian Diandra. Kalau boleh, aku mahu beritahu Zaharil tentang Hana tapi bukti yang aku bagi tak berapa nak cukup. Even kalau Zaharil percaya pun.. mahkamah mahu kan bukti yang kukuh. Bukan setakat rakaman tetapi juga saksi. Jadi, aku perlukan seseorang untuk sabitkan Hana sebagai pesalah.
Senyuman Hana itu buatkan aku rasa nak pijak dia guna high heels aku. Gayanya yang mendiva itu buat kan gadis itu seperti tergedik-gedik nak berdampingan dengan Zaharil.
Ketika aku kalihkan pandanganku pada Zaharil. Mata kami tak semena- mena bertaut. Entah kenapa, perasaan sedih ku jadi timbul bila mengenangkan kejadian di mall tadi. Erghh!! Tolonglah, Aqishah.. tolong jangan menangis.
Bukan seperti selalu, kali ini Zaharil tidak mengelakkan pandangannya. Sebuah senyuman nipis Zaharil beri kan. Terus aku tergamam, mataku aku kalihkan ke bawah. Ke.. napa dia senyum kat aku? Senyum sebab berjaya buatkan aku tersungkur ke?
"Happy Birthday to you, happy birthday to you, Happy birthday to Zaheen.. Happy Birthday to you!!!!" semua orang terus menjerit teruja bila Zaheen meniup lilin atas kek nya yang bercorak 'Kamen Rider'.
Aku juga turut tersenyum bila melihat Zaheen memotong kek Hari Jadinya atas bantuan Zaharil. Potongan kali pertama, Zaheen beri kan kepada Zaharil. Aku nampak senyuman terharu Zaharil bila anak tunggalnya itu menyuapkan kek ke dalam mulutnya. Entah kenapa, aku dapat rasakan perasaan Zaharil itu.
"Okay, untuk potongan kali kedua.. Yeen nak bagi siapa?" soal Zaharil sambil menyapu rambut lebat milik Zaheen.
Terus Zaheen memandang ke arah Engku Dahlia yang berdiri di sebelah ku. Kek yang dipotongnya di bawa kepada Engku Dahlia. Bukan main seronok Engku Dahlia menyambut nya. Aku di sebelah Engku Dahlia hanya senyum melihat reaksi seorang nenek yang gembira. Ahaha..
Zaheen potong kek untuk kali ketiga lalu diletakkan ke atas piring. Wajah Zaharil dipandangnya dengan penuh penantian.
Kali ini, Hana pula dekatkan diri ke arah Zaheen. Senyumannya lebar seperti mengharapkan sesuatu. Aku pula sudah pandang tak suka dengan Hana. Ish.. menggediknya minah ni! Acah dia itu something dalam hidup Zaharil.
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...