Masuk sahaja ke dalam restoran, sepasang matanya ralit mencari kelibat seseorang dalam pusuan pelanggan . Tak jauh dari tempatnya berdiri, dia lihat satu sosok yang duduk sambil melambai-lambaikan tangan padanya. Serta-merta bibir Zaharil menguntum senyum. Langkahnya disusun menuju ke arah si gerangan yang melambaikan tangan padanya tadi.
Tempat duduk kosong yang berada di hadapan gadis itu didudukinya lalu wajah bersih gadis itu dipandangnya. Hanya mampu sengihan bersalah dia tayangkan.
"Late for about 15 minute, hah?" ujar gadis itu sambil membelek jam tangan 'swatch' yang melilit pergelangan tangannya.
"Sorrylah. I ada mesyuarat tadi. Tan Sri tiba-tiba minta extend masa. I tak boleh nak buat apa." bela Zaharil lalu mencapai buku menu yang terhidang di depan mata.
Hana sekadar menganggukkan kepala. Sesekali ekor matanya membelek wajah bersih Zaharil yang sedang tekun membaca buku menu. Tak semena-mena tersemat sebingkis senyuman penuh makna di bibirnya.
Selesai membuat pesanan, Zaharil kembali fokus pada Hana. Pandang sahaja gadis itu, dia sudah angkat kening. Mana taknya, mata gadis itu elok sahaja merenung wajahnya siap package senyum lagi.
"Kenapa pandang I macam itu?"soal Zaharil.
Terus kalut Hana dibuatnya. Dia alihkan pandangannya ke tempat lain. Phuh, macam mana boleh tak sempat elak tadi? Lahai, Hana..
"Owh pleaselah. I tak pandang you, okey?" sengaja Hana buat jalan coverline. Milo ais di hadapannya dihirup pantas. Nak cover perasaan berdebar yang tiba-tiba sahaja datang menerjah.
"Lier."
"Betullah. Buat apa I nak pandang you. Compare you dengan abang handsome kat belakang you, I better pilih abang handsome itu tau." dalih Hana sudah memuncung ke arah abang sado yang duduk di belakang Zaharil.
Terus Zaharil memusingkan kepalanya sedikit ke arah abang handsome yang dinyatakan Hana. Dia sekadar tersengih pendek. Erm, handsome lah.. sangat..
"Fine. Siapalah diri I ni kan?" Zaharil bersenda acah-acah sendu. Kononnya tak laku.
Hana sekadar mencebik. Menyampah gitu bila tengok lelaki acah-acah sendu ni. Kalau dia pakai selipar, mahu sahaja dia capkan pipi Zaharil dengan selipar.
"Hmm.. by the way, kenapa you nak jumpa I ni? Ada benda important ke yang you nak cakap?" soal Zaharil sudah mulai fokus pada topik yang Hana mahu bincangkan. Wajah gadis itu sudah dipandangnya serius.
Hana sekadar melepaskan keluhan perlahan. Wajah Zaharil dipandangnya sebak. Milo ais yang tinggal separuh, dia hirup perlahan. Sengaja mahu melambatkan topik perbincangan mereka untuk kali ini.
Zaharil sudah berkerut dahi bila Hana sudah buat muka sebak plus kecewa. "Kenapa?"
"Tadi pagi I dapat call daripada family Diandra. Mama Diandra dah cuba call you but tak dapat then lepas itu dia call I."ujar Hana memandang wajah Zaharil.
Tergamam Zaharil dibuatnya. Mama Diandra call? Tak semena-mena Zaharil menyeluk kocek seluar slacknya lalu telefon pintar jenama iPhone dikeluarkannya. Dia resah tiba-tiba. Salah dirinya juga. Memang setiap kali ada mesyuarat penting, Zaharil akan lebih pilih untuk matikan telefon daripada silent mood.
Betul seperti apa yang dikatakan Hana. Dia dapat lima panggilan terlepas daripada Mama Diandra, arwah isterinya. Terus bibirnya diketap. Wajah Hana dipandangnya semula.
"Kenapa diorang call you? Apa yang mama bincangkan?"
Hana mengeluh kecil. " Mama tanya sama ada you nak buka kes itu semula ataupun tak?"
YOU ARE READING
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED)
Random@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku...