Dah Tunang!

24 1 0
                                    

Kadang orang selalu kata perempuan ni mengada-ngada. Suka cabar kesabaran laki-laki tak bertempat.

Entah... Jujur aku akui, selalunya kalau mengusik pun ade je buat berderau darah dia. Aku bukan sengaja nak buat hal tapi personally I do feel that bila aku tengok dia express cara dia tak suka aku sebut mana-mana nama lelaki or dia tak suka cara aku buat sesuatu (padahal aku tak buat pun tapi aku saje cakap aku buat...), aku suka sebab cemburu tu tandanya sayang.

Aku tahu limit aku. Aku tahu beza antara mainkan perasaan orang dengan mengusik and between us, dia pun tahu aku bergurau sebenarnya tapi bila aku baca luahan para lelaki secara berjemaah tentang mereka sakit hati dengan cara para wanita yang mudah usik perasaan mereka sewenang-wenangnya sampai boleh terjatuh mencabar kesabaran dan menguji kesetiaan hingga mengakibatkan tergurisnya kejantanan mereka, aku jadi tersentak.

*istighfar*

Diam sejenak.

Terbayang muka dia yang tak pernah sekalipun mengusik aku bab-bab curiga atau cuba nak tengok reaksi aku dengan menyebut nama-nama para wanita yang pernah singgah dalam hidup dia. Sekalipun tak pernah.

Diam lagi.

Dia setiap hari seboleh-boleh cuba nak ceriakan hari aku. No matter how bad my day was, setiap kali lepas aku call dia... mesti aku ada rasa sikit lega. Of course masalah tak selesai hanya dengan mendengar suara dia tapi dia memang berjaya buat aku lupa tentang segala masalah aku, bila aku bercakap dengan dia. Dia pandai sangat ambik hati aku. Chop! Salah! Bukan pandai. Dia ialah insan terbaik yang pernah aku jumpa dan dia lah satu-satunya manusia yang akan buat aku rasa okay bila aku down selepas mama aku.

*istighfar*

Tak lama lagi dia bakal jadi suami aku, baru 6 hari lepas kami selamat bertunang, lagi 8 bulan bakal diijabkabulkan. Kalau terus dengan "usikan" aku ni healthy ke?

Aku jarang agree dengan netizens atau apa yang mereka kongsi di laman sesawang tapi artikel yang aku ternampak dan tergerak untuk baca sampai semua komen-komen di laman Facebook sebentar tadi benar-benar buat aku muhasabah diri seketika.

Entah kenapa aku dah tak jumpa artikel tu bila aku carik semula. Mungkin ini cara aku kena tegur kot?

*whatsapp text received*

Fuhhh! Baru tulis pasal dia, dia muncul! Ya Allah, sayangnya aku ke dia... Aku doa semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.

Yang, malam nanti kita gayut macam biasa eh! ♥️

Monolog si Gadis KotaWhere stories live. Discover now