Tersasar

23 2 0
                                    


Ada waktunya fikiran aku tersasar...

Aku selalu terlalu memikirkan apa yang mereka fikir, sampai aku terlupa bahawa memikirkan untuk orang lain bukanlah suatu kewajipan buat aku.

Apa yang berlegar di minda mereka itu bukan tanggungjawab aku.

Mereka mungkin mengejek, mungkin mentertawakan, malah juga mungkin mengherdik tetapi itu semua di luar kawalan aku dan tak perlu aku gusarkan hati kecil aku ini tentang apa yang tersemat di benak mereka.

Setiap manusia berhak memikirkan apa sahaja tentang aku.

Tak perlu khuatir atau rasa ingin tahu tentang apa yang mereka rasa.

Setiap manusia punyai rahsia. Setiap insan punyai masa lalu. Tak perlu gentar dihakimi kerana mereka bukanlah juri yang patut digeruni.

Jangan kerana anggapan manusia yang entah siapa-siapa, musnah segala usaha yang telah kau bina sendiri.

Bukan pentingkan diri tetapi ada kala, dalam hidup ini, tak perlu begitu ambil pusing kata-kata masyarakat yang selalunya berat sebelah.

Monolog si Gadis KotaWhere stories live. Discover now