Bab 8

33.7K 1.3K 136
                                    

Dah seminggu aku bekerja di Hotel La Prince. Pada masa yang sama bergelar pelajar. Penat. Tapi aku terpaksa tahan. Nasib baiklah aku dah di tahun akhir dan kelas aku pun tak banyak. Semester ini cuma ada tiga subjek dan hanya dua daripadanya yang memerlukan peperiksaan akhir semester.

Aku sememangnya seorang yang cepat belajar. Walaupun baru seminggu bekerja, aku dah mampu untuk membuat kerja sendiri. Aku dah berjaya hafal peta hotel besar itu. Dheo juga dah percayakan aku untuk bekerja seorang tanpa bimbingan.

Tapi dah tentulah aku akan selalu belajar. Di sana, aku rapat dengan Arin. Mungkin sebab hari pertama aku dah bekerja dengannya, sebab itulah kami serasi. Selain Arin, aku juga turut rapat dengan beberapa orang lagi staf di bawah Puan Rasyidah. Nasib baiklah semuanya baik dan peramah.

Seawal tujuh pagi lagi aku dah tiba di Hotel La Prince. Tapi suasana hari ini nampak agak berbeza sedikit. Nampak agak kelam-kabut. Semua staf nampak sibuk. Ada apa? Mungkin sebab semalam aku cuti, jadi aku tak tahu apa yang akan jadi hari ni.

Aku terus berlalu ke bilik rehat staf. Macam biasa, tukar uniform dulu. Ketika aku tiba, bilik itu masih kosong. Mungkin masih awal, belum ada yang sampai lagi. Aku buka locker. Ambil pakaian untuk ditukar. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan, kelihatan Arin dan Ainul baru tiba. Mereka berdua memang tinggal serumah.

"Hai, Arin. Hai, Ainul," tegurku dengan senyuman.

"Hai, Nurissa. Awal sampai?" balas Arin.

Aku cuma sengih. Nampak tak aku tak pernah datang awal sebelum ni. Haha.

"Datang awal mesti sebab awal-awal dah kena attend Encik Han, kan?"

Kali ini Ainul pula bersuara.

"Attend Encik Han? Dia tidur sini ke semalam?" soalku.

"Eh, Rissa tak tahu ke?"

"Tahu apa?" Aku blur.

"Hari ni ada event besar kat hotel. Encik Han akan perlukan Rissa nanti."

"Rissa kena buat apa?"

Aku mula cemas. Dia yang ada majlis, kenapa nak kacau aku?

"Tengoklah apa yang Encik Han perlukan nanti."

"Kenapa perlukan kita? Bukan dia dah ada PA dia ke?" soalku tak puas hati. Apatah lagi mengingatkan Nancy, si PA Dheo itu. Tiap kali aku pergi kemas rumah Dheo, mesti Nancy ada. Kadang-kadang aku syak dia orang tinggal serumah.

Memikirkan kemungkinan itu, entah kenapa jantung rasa bagaikan ditikam. Rasa pedih. Tiap kali kepala membayangkan mereka berdua bersama, tiap kali itulah aku rasa macam tu. Kenapa, ya? Padahal bukan urusan aku. Entah-entah mereka berdua bercinta. Kalau duduk serumah pun, bukan masalah aku. Mereka bukan Islam.

"PA buat kerja pejabat dia. Orang macam kita buat kerja rumah dia. Macam orang gaji."

Kata-kata Arin itu buatkan aku tersedar sesuatu. Baru sedar status diri. Memang aku ibarat orang gaji aje di mata Dheo.

"Kalau macam tu, nak buat macam mana? Ikut aje la," kataku mendatar. Reda.

Hari yang tak berapa indah dah tentulah makin tak indah bila muncul Ummi yang mencariku. Menyampaikan pesanan dari Puan Rasyidah yang Dheo Han dah seru aku masuk menghadap. Tahu pula aku sampai awal hari ni.

Maka... Bermulalah kerjaku hari ini. Sigh!

Aku berdiri betul-betul di depan pintu rumah Dheo. Teragak-agak aku menekan loceng. Agak pelik. Sebab kebiasaannya, aku akan kemas rumah dia bila dia dah pergi kerja. Ataupun bila dia baru nak pergi kerja. Tapi sekarang ni awal sangat kalau dia nak pergi kerja.

DHEO'SWhere stories live. Discover now