Bab 15

77.6K 2.4K 591
                                    

Perlahan-lahan aku tolak pintu bilik tetamu itu. Penuh hati-hati supaya bunyi yang terhasil adalah kadar paling minima. Tak nak Dheo yang sedang berehat itu terganggu. Aku melangkah ke arah katil.

Kemudian aku duduk di atas kerusi di sebelah Dheo. Dheo sedang terbaring kaku di atas katil besar itu. Tidak berbaju. Jelas kelihatan balutan putih yang agak besar di bahagian perutnya. Mungkin kesan ubat tahan sakit yang diberi tadi, Dheo hanyut dibuai mimpi.

Wajah kacaknya ditenung. Dengan mata tertutup macam ni, Dheo nampak tenang. Tiada wajah seriusnya. Tiada mata dinginnya. Macam bayi yang tak tahu apa-apa. Dadanya naik turun dengan perlahan.

Lega. Aku rasa sangat lega bila Dheo selamat. Apa yang jadi malam tadi, pasti sesuatu yang sangat serius. Kalau tak, masakan Dheo ditembak? Tapi siapa yang menembak Dheo? Dan kenapa?

Aduh... Terlalu banyak persoalan yang mengasak kepala! Tapi satu pun aku tak tahu jawapannya.

"Principessa, you should be sleeping." Suara itu perlahan, tapi mampu memeranjatkanku.

Aku pegang dada. Berpaling ke arah Lucca. Lucca pun ada satu balutan di kepalanya. Bila dia muncul? Langsung aku tak dengar bunyi pintu.

"Saya nak tengok Encik Han dulu. Lepas tu baru saya boleh tidur," kataku jujur. Wajah Dheo kutenung lagi. Selagi aku tak tahu keadaan Dheo, selagi itulah hatiku tak tenang.

Lucca diam. Hanya memerhati interaksiku dan Dheo. Bagaikan sedang meneliti. Aku terus berdehem. Betulkan duduk dulu. Aku tak nak Lucca syak aku ada hati pada Dheo. Teruk padahnya nanti.

"Don't worry. He's Dheo Han."

Aku berpaling ke arah Lucca.

"He's strong. He used to it."

Used to it? Dah biasa cedera macam ni? Kenapa dia nak bahayakan nyawa dia macam ni? Dia tak sayangkan dirinya ke? Hatiku rasa macam direntap. Susah hati. Sedih.

Lucca renung wajah Dheo. Aku nampak ada kasih sayang yang jelas terpancar di wajah Lucca. Dan aku tahu Dheo bukanlah hanya sekadar bos untuk Lucca. Hubungan mereka erat. Mungkin dah macam adik-beradik.

Lucca kesahkan Dheo. Bila kepalanya sendiri perlukan rawatan, tapi dia memilih untuk menolong Dheo dulu. Sehingga kering darah di kepalanya tadi. Dia risaukan Dheo sehingga diri sendiri pun diletakkan di tempat kedua.

"Awak dah lama kenal Dheo?" soalku ingin tahu.

"Years. My loyalty lies with him. Dulu, kini dan selamanya. Tanpa dia, saya mungkin tak bernafas sekarang ni. He took me when everyone casted me aside, when I was just a trash to society." Lucca bercerita.

"I am a bastard. The product of rape. Ibu saya dirogol secara bergilir-gilir. Ayah saya? I don't even know whom. Ibu saya meninggal sebab depression. Suicide. Keluarga tak nak saya. To them, I was just a disgrace. Suatu hari, saya ditinggalkan di tepi jalan. I was just eight."

Hatiku bagaikan ditarik-tarik ketika mendengar cerita Lucca. Wajahnya tegang, cuba mengawal pelbagai emosi. Lucca sedang menceritakan kepadaku kisah peritnya. Zaman kanak-kanak yang tak indah untuk dikenang.

Dibuang ketika umur lapan tahun? Apalah sangat budak umur lapan tahun tahu masa tu? Kanak-kanak seusia itu sepatutnya baru belajar tentang kehidupan. Bermain-main. Bergembira dengan kawan-kawan. Tapi Lucca?

Tanpa sedar, air mataku bertakung. Hati sebak mendengarnya.

"Don't cry for me, principessa. It was one of the best thing happened to me. Lepas tu saya kenal Dheo. Walaupun usia dia muda setahun dari saya ketika itu, tapi Dheo kutip saya. Dia berkawan dengan saya. Mungkin juga sebab kisah kami lebih kurang. Because of him, I was taken into D'Ambrusio family. I was trained to be one of them. My loyalty stands with Dheo."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DHEO'SWhere stories live. Discover now