Bab 9

33.4K 1.2K 173
                                    

Seperti yang diarahkan Dheo, usai menyiapkan kerjaku, aku terus ke bilik persalinan. Ingin menukar uniform sebelum pulang ke rumah. Dheo kata nanti Lucca akan hantar aku balik. Tapi persoalannya, macam mana Lucca nak cari aku? Atau macam mana aku nak cari Lucca? Baru perasan, kami belum pernah bertukar-tukar nombor telefon.

Tak apalah... Kalau tak jumpa Lucca, pandai-pandailah aku cari jalan balik, ya?

Beberapa meter kaki menghampiri pintu masuk bilik persalinan, tiba-tiba tanganku dipegang seseorang. Arin.

"Laaa... sini rupa-rupanya Rissa. Puan Rasyidah panggil."

"Panggil? Kenapa?" soalku ingin tahu. Kaki berjalan menyaingi langkahnya. Haluanku kini berubah ke bilik Puan Rasyidah.

"Macam biasalah. Staf tak cukup nak attend majlis di Grand Ball Room. Mana-mana staf yang available biasanya akan pergi tolong."

Tapi Dheo dah pesan kepadaku supaya terus balik. Supaya jangan berada di hotel selepas aku habis siapkan kerjaku di rumahnya. Nak lebih sadis lagi, dia tak nak tengok pun muka aku di majlis tu.

Kami tiba di dalam bilik Puan Rasyidah. Ada lebih kurang lapan staf lain yang turut berada di situ. Puan Rasyidah memulakan bicara. Macam apa yang dikatakan Arin tadi, staf yang dah habis tugas diminta untuk mengerahkan keringat untuk menolong apa-apa yang patut untuk majlis besar yang bakal berlangsung nanti.

Sedang Puan Rasyidah rancak bercerita, tiba-tiba pintu diketuk sebelum dibuka. Muncul Nancy melangkah ke arah kami semua. Dia cuma berdiri beberapa meter di belakang kami sebelum memberi isyarat kepada Puan Rasyidah untuk menyambung kata.

"Hanan dan Auni, nanti tolong bahagian protokol majlis."

Hanan dan Auni angguk.

"Rissa, Arin dan Ahmad, nanti tolong di bahagian service and cleaning."

Arin dan Ahmad turut angguk.

"Puan, tadi masa saya kemas rumah Encik Han, dia suruh saya balik lepas saya habis kemas rumah dia," kataku serba-salah. Tak nak orang ingat aku curi tulang. Staf lain berpenat-lelah jayakan majlis besar itu, aku pula goyang kaki di rumah.

Tapi bukan aku yang minta. Dheo yang arahkan aku. Mengingatkan kata-katanya pagi tadi, masih terasa kesannya.

"Betul ke you ni? Entah-entah you sengaja nak ponteng." Suara Nancy menuduh.

Aku telan liur. Kata-katanya menyebabkan semua kepala di situ terarah kepadaku. Bermacam-macam reaksi yang ditunjuk. Nak tahu... Tak percaya... Tak kurang juga yang menunggu aku menjawab balik.

"Betul, Cik Nancy. Encik Han yang cakap kat saya pagi tadi. Saya tak ada niat nak ponteng."

Dalam takut-takut, aku beranikan diri untuk bersuara. Aku tak menipu!

"Mr. Han tak cakap apa-apa pun kat I. So, I consider dia tak maksudkan kata-katanya. Lagipun, apa specialnya you sampai you dikecualikan? Ni tak adil kalau staf lain penat tapi you tak penat. Especially bila you masih baru."

Nancy sekolahkan aku.

Aku tahan rasa. Mulut nak membidas, tapi aku tahan dan bersabar. Lagipun, aku tak punya jawapan untuk soalannya itu. Apa istimewanya aku sampai aku nak dikecualikan?

"Kalau macam tu, tak apalah. Saya tolong nanti," jawabku mudah.

Mungkin Nancy betul. Entah-entah Dheo tak maksudkan kata-katanya. Kalau tak, mesti dia dah pesan awal-awal pada Nancy, kan?

Aku baru tahu hari ini merupakan hari pelancaran kerjasama Dheo dengan salah satu rantaian Hotel Giga di Itali. Hari besar untuk Dheo. Beberapa tetamu dari Itali turut hadir ke majlis itu. Aku dengar, ahli keluarga Dheo pun turut ada.

DHEO'SWhere stories live. Discover now