Bab 13

34.1K 1.2K 114
                                    

"Mr. Han?" Sapaan itu buatkan Dheo berpaling. Putus terus momen antara kami tadi. Hilang semua mod serius.

Ada dua orang lelaki menghampiri kami. Atau lebih spesifiknya adalah menghampiri Dheo. Seorang lelaki separuh umur dan seorang lagi lebih kurang sebaya dengannya. Rakan-rakan business dia kut.

Melihat Dheo mula berjabat tangan dengan dua lelaki itu, aku mengundur setapak. Bagi ruang untuk mereka berbual. Tak nak kacau. Kalau aku berdiri di sebelah Dheo pun, bukan aku faham bahasa business ni. Tak pasal-pasal kena tanya pasal untung rugi di Bursa Saham hari ni, hikayat apa aku nak karang nanti?

Aku melihat sekeliling. Sementara menunggu Dheo, aku mula melihat-lihat pameran lukisan di situ. Lucca mengikut di belakangku. Kaki berhenti di depan sebuah lukisan separuh besar yang bertemakan bunga ros. Tapi ros itu dibentuk menjadi seakan-akan susuk wajah seorang wanita. Ton warna yang digunakannya juga sangat unik. Putih dan biru pucat. Medium yang digunakan cumalah kanvas dan oil color. Jeling pada nama lukisan itu.

Rose Is She

Rose Is She? Unik nama dia. Dia guna 'She' bukan 'Her', maka ia bukanlah sesuatu yang biasa. Orang pasti akan tahu, itulah lukisan dia. Bagaikan identiti.

"Cantik, kan?" Aku soal Lucca. Mata masih terpaku pada lukisan itu. Jatuh hati. Aku memang sukakan biru. Biru itu penuh ketenangan.

Lucca tak beri apa-apa reaksi. Hanya mata menatap lama lukisan itu. Mungkin tengah cari, apa yang aku nampak cantik sangat? Mungkin di matanya, lukisan itu cumalah biasa-biasa.

"Bila saya tengok, nampak tenang. Pelukis ni mesti seorang yang tenang juga," komenku.

"Berapa agaknya harga lukisan ni?" soalku pula. Macam la Lucca tahu.

Harganya pasti mahal. Lukisan yang dah siap memang nampak cantik dan mudah. Tapi masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu lukisan yang sempurna mahu memakan masa lebih dua puluh jam.

"Lukisan ni tak ada harga, signora. This is for auction. See..."

Lucca tunjukkan satu tag kecil yang menunjukkan lukisan itu untuk dilelong.

Hai... Kalaulah aku kaya, mesti aku dah ikut serta. Dapatkan lukisan itu. Letak di I's Café pun cun juga. Tapi dalam mimpilah. Sebab aku tahu harga sebuah lukisan macam ni mahu makan harga empat hingga lima angka.

"Jom... Signor Han cari kita. Rasanya dia pun ikut serta dalam auction nanti."

Lucca betul. Sebaik sahaja kami jumpa Dheo, Dheo dah siap ambil tag nombor peserta. Nombor 3. Kebetulan pula sesi lelong-melelong itu bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi. Dapatlah aku menyaksikan macam mana orang melelong secara langsung.

Orang ramai mula berkumpul. Semuanya pasti peminat seni yang sanggup habiskan beribu-ribu ringgit demi sekeping lukisan. Pendek kata, orang kaya-raya. Selebihnya pasti penonton. Macam aku.

Dheo juga mengambil tempat. Berdiri sedikit belakang dan tersorot. Cukup untuk dijadikan benteng untuk berselindung tapi masih dapat melihat semuanya dengan jelas. Mungkin Dheo tak nak jadi perhatian orang.

Beberapa lama lepas tu, juruacara majlis mulakan acara. Satu demi satu barangan seni diambil untuk dijual. Barang pertama, lukisan pasir. Terjual dengan harga RM25 ribu. Entah pak cik mana yang beli. Barang kedua pula adalah lukisan spray. Kalau jual, mahu RM20 ribu ke atas. Dan bila dilelong, ada seorang Datin yang beli dengan harga RM35 ribu.

Tiap kali aku dengar mereka naikkan harga, rasa sesak nafas. Orang kaya berurusan. Duit keluar macam air. Nasib baiklah auction ni adalah untuk tujuan beramal. Dua puluh peratus hasil bakal disalurkan untuk pesakit kanser dan dua puluh peratus lagi akan digunakan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim.

DHEO'SWhere stories live. Discover now