1

2.2K 68 9
                                    

Satu pertemuan menemukan dua hati .


" Cepatlah Ain. Macam ni aku pergi dulu lah ye? Nanti lambatlah kelas sesi petang " Nashwa mengemaskan lagi lipatan pada tudung.

Ain cuma mengangguk tanda dia okay sahaja dengan apa yang dilontarkan oleh Nashwa. Entah kenapa kawan dia tu terkejar sangat entah.

Nashwa melangkah dengan langkah perlahan menuju ke kelas. Sebaik sahaja sampai, dia memang dah agak kelas tu sunyi je. Yang lain lambat lagi.

Tapi ada yang musykil pada tempat duduk dia. Apa benda yang berada atas meja dia tu?

" Bunga? Siapa punya pula ni? " bisik hati Nashwa.

Disebabkan taknak orang lain sangsi, dia terus sorokkan bunga tu di bawah meja dia. Keanehan dalam diri dia makin membara sebab dia tak pernah dapat sebarang bunga pun daripada sesiapa sebelum ni.

" Husnudzon je Nashwa. Mungkin salah letak agaknya bunga tu. Kau bukan sesiapa sampai orang nak bagi bunga " bisik Nashwa perlahan. Kalau cakap kuat-kuat nanti orang fikir dia gila pula.

Kesunyian kelas tadi dipecahkan dengan kebisingan apabila rakan-rakannya yang lain sudah masuk ke dalam kelas. Eh biasalah kalau waktu masuk kelas memang riuh macam pasar.

" Awalnya kau Wa " salah satu rakan sekelas menegur.

" Aku datang awallah , sebab tu masuk awal " Nashwa cuma menjawab dengan senyuman.

Untuk seketika pelajaran berjalan seperti biasa.

¤¤¤¤

" Weh aku nak keluar kejap. Buku diari tertinggal dekat pondok tadi " Nashwa berbisik pada Ain di sebelah sebelum bangun meminta izin pada guru di hadapan.

Ain cuma mampu menggeleng. Lain kali nak cepat sangat masuk kelas kan , hah tertinggal terus diari tu.

Nashwa menyalahkan diri sepanjang berjalan ke arah pondok berdekatan kantin tadi. Tulah nak cepat sangat lepas rehat tadi , kan dah tertinggal benda penting tu. Harap tiada yang ambil lah.

Namun, silap langkah semasa menuruni tangga, Nashwa jatuh.

Kedebukk!

" Aduhhh! "

Nashwa mengusap pergelangan kakinya yang sakit. Ya Allah, macam manalah dia turun tadi sampai boleh jatuh ni?

" Boleh bangun tak? "

Satu suara menegur.

Nashwa mengangkat muka memandang gerangan tersebut. Ya Allah! Ada pula yang nampak dia jatuh! Masalahnya lelaki tu weh!

" Ehem! Boleh je " perlahan-lahan Nashwa cuba bangun sebab taknak ego dia tercalar. Takkan nak suruh lelaki ni tolong.

Namun, hakikat tak sama dengan penipuan. Dia hampir jatuh kalau lelaki tadi tak pegang lengan dia. Nasib baik berlapik!

" Fuh! Nasib baik sempat saya tahan. Kalau tak, tersembam terus awak dekat situ. Jomlah saya tolong bawa pergi bilik rawatan. You can't even move your leg " ujar lelaki misteri itu.

Nak tak nak Nashwa ikutkan sahaja langkah lelaki tu. Dia sendiri tak tahan sakit bila menapak, jadi kenalah turunkan ego juga . Nanti siapa nak tolong dia?

Orang kata jangan ikutkan ego sangat sebab nanti diri sendiri merana.

Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik rawatan, lelaki itu menyuruh dia duduk di bangku yang disediakan sementara bercakap dengan kakak yang bertugas di situ.

" Hah, nanti kakak tu tolong rawat. Saya kena masuk kelas ni. Hm anyway.. Next time hati-hati kalau turun tangga.. Fi Hifzillah " dan lelaki itu terus meninggalkan Nashwa yang jantungnya berdetak laju.

Apa tadi tu?

Kenapa dia rasa berdebar dengan pandangan tu?

Ya Allah Wa! Kau baru 12 tahun Wa! Jangan merepek!

Tapi siapa lelaki tu ye? Dia tak cakap terima kasih lagi sebab tolong dia. Hm nampaknya kena ajak Ain jelajah satu sekolah ke ni?

Apapun, dia bersyukur sebab hadir lelaki tu. Kalau tidak, memang termangulah dia dekat tangga tu.

Dan itu pertemuan pertama kali mereka.

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now