13

719 43 0
                                    

" Aliya ! "

Aliya terus menjerit teruja sebaik sahaja Nashwa berada di hadapan mata dia. Ya Allah betapa dia rindukan sahabat baik dia ini. Mereka saling berpelukan tanpa menghiraukan mata yang memandang. Stesen bas memang ramai orang kalau hujung minggu.

" Ya Allah weh. Aku rindu sangat dekat kau! " Aliya menahan sebak di dada. Semenjak Nashwa berpindah, mereka cuma mampu berbalas mesej sahaja. Susah untuk Nashwa balik ke Selangor ni tanpa kebenaran ibu bapanya.

" Aku pun weh! Nasib baik mak ayah aku bagi datang sini. Itu pun berkali-kali aku pujuk semata nak jumpa kau hahaha " Nashwa tersenyum melihat Aliya.

Kau banyak berubah, Aliya. Sungguh kalau sekali pandang aku tak percaya ini kawan sejak sekolah rendah aku.

" Jomlah. Malam ini kita borak panjang-panjang okay. Aku banyak sangat benda nak cerita dekat kau hahahah " terus laju Aliya menarik Nashwa berlalu pergi.

Hampir tersadung Nashwa dengan tarikan Aliya. Begitu teruja sahabat dia yang seorang ini. Nasib baik Nashwa ni penyabar.

¤¤¤¤

" Nish, esok outing jom ? Aku nak beli barang dengan buku sedikitlah " Faris berkerut memandang barang kelengkapan dia yang berkurang. Sibuk sangat sampai lupa semua ni.

" Okay. Kau pergilah cakap dekat warden sana " senang sahaja Danish setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Faris.

Mendengar jawapan Danish, Faris tersenyum lebar. Sepanjang kenal Danish, tak pernah lagi lelaki itu menolak sebarang ajakan dia. Tapi kalau ajakan yang baiklah.

Bertuah badan dapat sahabat macam Danish.

Pagi itu mereka berdua keluar dengan keizinan warden asrama. Danish cuba tenteramkan hati yang tiba-tiba rasa resah. Ibarat sesuatu akan berlaku.

Tapi apa?

" Woii jomlah masuk kedai buku tu " Faris terus menarik lengan Danish yang termenung di pintu masuk. Ya Allah, ingatkan dia cakap dengan Danish tapi rupanya seorang diri. Patutlah budak kecil sebelah dia tadi pandang lain macam.

" Hah? Oh hah jom jom. Sorry dude "  Danish terus menepis perasaan itu jauh-jauh, mungkin perasaan je ni.

Nashwa menarik sebuah novel yang menarik minatnya. Ikutkan dia nak duduk rumah je tapi disebabkan Aliya nak beli buku rujukan, terpaksalah dia jejak kaki dekat mall ni.

" Hm sinopsis dia macam menarik tapi haih sweet sangat. Mahu aku berangan je ni nanti " bebel Nashwa perlahan. Kalau cakap kuat nanti orang fikir gila pula.

Dia beranjak ke bahagian novel bahasa Inggeris pula. Mana tahu ada yang melayang duit nanti. Sedang dia leka menilik satu buku ni, dia ibarat terdengar suara yang dia amat kenal.

" Kau ni kata nak beli buku rujukan, ni apahal duduk dekat sini? "

" Hish aku nak juga layan novel ni. Alang-alang mak aku bagi duit lebih tu. "

" Macam-macamlah kau Ris. Nanti nak sorok macam mana daripada warden ni "

" Hello, aku suruhlah adik aku bawa balik. Kau ingat budak bertuah tu duduk asrama ke "

Nashwa dengar lelaki yang lagi satu tu menahan geram sebab kawannya asyik melawan sahaja. Sesekali Nashwa cuba juga menahan gelaknya daripada terhambur. Agak terhibur dengan pergaduhan mereka.

Pukk!

" Uitt, dah ke? " tegur Aliya. Dahinya berkerut melihat rakannya menjeling tajam. Dia buat salah ke?

" Tak tahu bagi salam ke sebelum tegur? Terkejut tahu tak! " kecil besar kecil besar je Nashwa tengok si Aliya ni. Nasib baik tak Innalillah dia dekat sini.

Aliya cuma tersengih kecil sebelum mereka beranjak ke kaunter pembayaran.

" Nak plastik dik? " tanya kakak yang jaga kaunter.

" taknak kak "

" takpe kak "

Danish memandang ke sebelah dan ajaibnya orang sebelah juga memandang kembali.

Degg!

Masing-masing terpana melihat antara satu sama lain. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Ini bukan mimpi,

Kan?

Nashwa menahan getaran di hati melihat susuk tubuh di hadapannya sehingga ditegur Aliya.

Laju tangan mencapai buku yang dibayar lalu menarik Aliya keluar. Selaju mungkin dia jalan sampaikan Aliya hampir terjatuh sebab tarikan dia.

" Wehh Nashwaaaa! Penatlah " Aliya menarik Nashwa supaya berhenti sebaik sahaja mereka tiba di tempat tersorok.

Pelik dengan perangai rakannya yang menarik nafas dalam itu. Itulah! Lain kali jalan macam orang kena kejar hantu lagi.

" Ada.. Hah.. Yang.. Hah.. Kejar.. Kita.. Tak? " Nashwa melepaskan lelah sebaik sahaja Aliya menggeleng. Lega sebab Danish tidak mengejar secepat yang dia sangka.

Manakala Danish melilaukan mata mencari Nashwa. Dia yakin tadi itu gadis yang hilang daripada hidup dia selama 2 tahun ini. Dia yakin gadis itu Nashwa Aqilah. Ya Allah mana dia?

Faris yang pelik, terus bertanya.

" Kau kejar siapa ? "

Danish memandang Faris sebelum mengeluh.

" Nashwa. Aku nampak dia "

Faris terkejut. Nashwa? Budak tu dah balik? Bukan dekat Terengganu ke? Patutlah Danish macam lelaki hilang bini je keluar tadi. Tapi melihat keadaan Danish, dia faham kenapa.

Danish masih mengharapkan Nashwa kembali.

Tuhan, ujian apa yang Kau sedang berikan kepada dia?

Kuatkah Danish Aufa ini hadap ujianMu?

Danish tersandar lemah di dinding. Betapa dia begitu mengharapkan Tuhan pertemukan mereka tapi kenapa Nashwa lari? Kenapaa awak?

Tbc

Mohonlah abaikan typo ke apa ke ya. Mengantuk ni.

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now