20

902 46 9
                                    

" Nish ! "

Danish hampir sahaja tersedak apabila Fina muncul di hadapan dia secara tiba-tiba. Macam mana gadis ini boleh ada dekat sini ? Umi tak cakap apapun.

" How come ? "

Fina tersengih kecil.

" Umi dekat luar . Umi cakap Nish dekat dalam jadinya Fina masuklah sebab nak jumpa Nish hehe " melihat Danish yang tampil kasual membuatkan Fina makin jatuh hati .

Danish rasa agak kekok pula bila tengok Fina ni lain macam.

" Oh k "

Masam muka gadis itu apabila Danish sepertinya tidak teruja dengan kedatangan dia. Apa ni ! Sepatutnya Danish bahagia tengok dia datang.

" Nish taknak ajak Fina keluar ke ? " soal Fina.  Mana tahu Danish ada nak ajak dia keluar berjalan .

" No . Saya ada janji dengan orang lain nak keluar kejap lagi.  Okaylah naik dulu ya " terus Danish laju meninggalkan gadis itu di dapur .

Fina tercengang.  Keluar ? Dengan siapa ?

" Ya on the way.  Sabar kejap boleh tak ? Aku..  " terhenti langkah Danish apabila uminya berada di pintu.

" Nish nak keluar dengan siapa?  " pelik juga anak lelakinya ini nak keluar. Fina pula meronta ingin tahu siapa teman temu janji Danish.  Haih pening.

" Faris.  Kenapa? " saja Danish pura-pura tak tahu sedangkan dia tahu siapa yang bertanya akan hal ini . Fina di tepi tembok tu dah beri jawapan yang kukuh.

" Ohh okaylah.  Jalan baik-baik. " lah Faris je rupanya.

Langkah anaknya itu dipandang sehingga hilang dari perkarangan rumah. Fina yang mendekatinya itu disepuk laju. 

" Dia keluar dengan Faris je Fina . Kamu ni dah kenapa? " tergeleng kepala wanita itu sebelum meninggalkan gadis manja yang seorang itu.

Fina menunjukkan wajah protesnya.  Hish ! Kenapa tak ajak dia sekali?

Kau ingat kau penting dalam hidup dia ke,  Fina oiii..

****

Sreeettt !

Danish menarik nafas laju.  Hampir sahaja dia melanggar gadis yang laju melintas di hadapan kereta tadi. Dia terus keluar untuk melihat keadaan gadis itu.  Seingatnya gadis itu macam terjatuh juga.

" Cik? Cik okay ke ? "

Gadis bertudung hitam itu dia lihat seperti masih terkejut lagi.

Sebaik sahaja gadis itu berpaling, dia tergamam. 

" Aqilah? "

" Danish? "

" Ya Allah ! Apa awak buat sampai melintas tak tengok kiri kanan ni ? " Danish agak serba salah melihat siku gadis itu berdarah. Mungkin akibat jatuh tadi.

Nashwa berkerut sakit. Sikunya dipegang. Dia menoleh ke tepi. Nampaknya lelaki itu tidak kejarkan dia lagi. Macam mana Aiman boleh kenal dia lagi?

" Aqilahh! "

Terkejut Nashwa apabila disergah. Dia memandang Danish sebelum tersengih kecil.

" Hm aku nak cepat tadi lepastu tak perasan kereta lalu jadi Bumm ! "

Danish menggeleng kepala.

" Jomlah pergi klinik. Kau terluka tu. Aku tolong angkat barang kau " Danish terus capai beg tangan gadis itu sebelum membukakan pintu kereta.

Sementara Aqilah sedang berada di dalam tandas ,  Danish menunggu di luar. Tiba-tiba seorang nurse menegur dirinya.

" Encik, ni kad pengenalan gadis tadi serta ubat dia. "

Danish mengucapkan terima kasih sebelum mengambil kad pengenalan serta ubat Aqilah.

Tiba-tiba matanya tertancap pada kad pengenalan gadis itu dan Zzap! Rasanya dia kenal seraut wajah ini.

Nama di kad itu dibaca.

" Nashwa Aqilah ? "

Danish rasa macam ditimpa batu yang berat ke atas diri dia. Jangan cakap Aqilah ini merupakan Nashwa Aqilah yang dia kenal sejak sekolah rendah dulu.

" Oii jom balik " tegur Aqilah. Namun dia pelik apabila Danish merenung dirinya. Ada yang salah ke?

" Apa nama penuh kau? "

Meskipun soalan yang diberikan itu macam aneh , Aqilah tetap menjawab.

" Nashwa Aqilah.  Kau tak tahu ke? "

Danish tersenyum miris. She is that girl.

Ya Allah, terima kasih Kau pertemukan kami kembali. Terima kasih kerana telah menjawab doaku.

Aqilah, lakaran kisah kita memang rumit tapi Danish akan lakarkan dengan ending yang bahagia. I found you.

" Tak.  Hm jom balik.  Aku hantar kau " Danish terus bangun sebelum mengikut langkah Aqilah dari belakang.

Tuhan, aturan Kau sangat indah.

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now