6

888 37 0
                                    

Tak semua yang bersinar itu akan tetap bersinar kerna bintang sahaja kekadang tidak bersinar.

Kertas di tangan ditenung bagai nak tembus. Baru nak bahagia sebab cuti seminggu tiba-tiba kena pergi kem.

KEM PENGAWAS
SEMUA PENGAWAS DIWAJIBKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM KEM INI.
SEKIAN.

Nashwa rasa macam nak jerit beritahu satu dunia dia taknak pergi kem ini tapi malangnya semua pengawas wajib turut serta. Danish awal-awal dah tanya dia pergi ke tidak. Sahlah dia kena pergi!

" Woii muka tak payah macam cencarut sangat. Kem ni bestlah. Bukan senang nak dapat chance pergi teroka alam sekitar dengan segala ciptaan Allah ni " bebel Aliya panjang lebar.

Fuh menusuk ke kalbu kau ayat dia! Nashwa rasa Aliya ni banyak sangat baca buku sasterawan ni. Berpuitis sangat ayat dia.

" Ya ya baiklah cik Aliya. Saya dah isi dah borang kebenaran tu cuma tinggal bagi cikgu je. Tolong bagikan boleh tak? Hahaah " Nashwa tergelak apabila Aliya menjeling. Tapi tangan gadis itu laju mengambil borang yang dihulurkan Nashwa.

Nampak tak? Tu namanya friendship till Jannah, guys! Hahaha!

" Pemalas punya Nashwa. Nasib baik Danish sayang. HAHAHAHAHA " terus Aliya berlari keluar kelas apabila Nashwa mengangkat buku hendak dibaling. Sengaja nak mengusik gadis itu.

Nashwa? Bengang je dengan perangai tak semegah gadis itu. Macam pelesit betul lari tu.

¤¤¤¤

" Wuuu awal weh orang tu hantar borang penyertaan "

Usikan Razdi itu hanya dibalas dengan senyuman kecil daripada Danish. Dah memang dia teruja nak pergi kem itu, apa salahnya kalau dia hantar awal kan.

Lagipun katanya Nashwa ikut juga jadi tak salah kalau dia ikut turut serta memandangkan cuti dia tidak ke mana.

" Tu lah pasal. Sebab kem ke Nashwa ni? " Faris mengangkat kening mengusik si Danish.

" Both, maybe? "

" Wuuuuuuuuuu "

Jawapan Danish itu terus dapat sorakan tinggi daripada rakan-rakannya. Danish cuma mampu tergelak sahaja. Matanya menatap ke luar jendela kelas. Kelihatan seseorang yang dia kenal sedang berjalan sambil bergelak ketawa dengan kawannya.

Nashwa.

Mata Danish masih memandang Nashwa sampai kelibat gadis itu hilang daripada pandangan. Tiba-tiba senyuman terukir di hujung bibirnya. Melihat Nashwa bahagia seperti itu membuatkan Danish turut bahagia.

Nashwa ibarat bintang bersinar. Jika Nashwa tidak bersinar, Danish rasa dia ibarat langit malam yang tidak bersinar tanpa si bintang.

Aiman memerhati gelagat Danish. Dia nampak apa yang terjadi. Tapi dia rasa tak suka pula. Entah kenapa Ain tidak lagi bertakhta dalam hatinya.

Nashwa Aqilah.

Kenapa dia tak perasan gadis itu langsung sejak berkenalan dengan Ain? Dan kenapa Danish yang berjaya?

¤¤¤¤

" Nahhh "

Nashwa memandang beg kertas itu tanpa ingin dibuka. Pemberi pula dia pandang dengan riak wajah pelik. Apa benda ni?

" Tudung baru untuk kau. Sekali dengan hm baju muslimah. Saja bagi hadiah hehe " Danish tersenyum kecil apabila Nashwa mengerutkan dahi. Dia tahu gadis itu pasti pelik kenapa. Dia sendiri pun tak tahu apa merasuk dia tiba-tiba nak belikan Nashwa hadiah.

" Hish janganlah bazir duit. Aduhhaiii seganlah aku " bisik Nashwa perlahan.

Tangannya digerakkan mengambil beg kertas itu. Dia tergamam melihat dua barang itu. Semuanya labuh, semuanya cantik.

" Tak bazir pun kalau tentang kau. Pakai okayy. Ubah diri slow-slow. Aku start dari awal fasa je. Nanti lama-lama kau biasalah " ujar Danish perlahan. Matanya langsung tidak memandang Nashwa. Segan mungkin.

Nashwa tersenyum terharu. Sesungguhnya dia berterima kasih atas kebaikan Danish yang beria membantu dia. Manusia yang dia baru sahaja kenal.

Danish tahu Nashwa segan tapi itu sahaja dia mampu setakat ini. Mungkin Nashwa nanti akan terbiasa untuk mengubah dirinya.

Tuhan, jika dia adalah orangnya.. Kau kukuhkan ikatan antara kami.. Biar kami terus melakar kisah kami dengan redhaMu..

Dua hati terus berbisik meminta restu dariNya kerna mereka tak mahu bintang mereka terus malap.

Tbc

Lakaran Kisah KitaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora