14

766 37 0
                                    

" Yakin itu memang dia ? " Aliya menggenggam erat tangan Nashwa. Sekarang baru dia tahu kenapa Nashwa begitu resah apabila keluar dari kedai buku itu tadi. Akhirnya, Secret Recipe ini juga tempat mereka melepaskan lelah.

" Yakin, tak mungkin aku lupa wajah itu. Tak Aliya, sampai bila-bila aku ingat " Nashwa melepaskan nafas yang sesak tersimpan di dada. Tuhan, apakah semua ini ?

" Jadi , apa perasaan kau ? "

Deg !

Nashwa memandang Aliya yang menikam wajahnya. Maksud Aliya? Perasaan yang macam mana ?

" Maksud aku , setelah bertahun menghilang tiba-tiba tup! Allah pertemukan korang dengan cara ni. Tanpa sengaja. Jadi, perasaan kau ? " ibarat tahu persoalan yang ingin ditanyakan oleh Nashwa, Aliya terus keluarkan soalan lengkap dia.

" Aku.. Tak tahu babe.. Satu , terkejut sebab aku dah lama tak contact dia bahkan jumpa dia. Banyak dah dia berubah. Dua , aku hm hati macam nak tercabut tengok dia. Tiga , aku rindu dia " dan itu dia penutup segala cerita resah seorang Nashwa Aqilah.

Aliya mengeluh. Dia dah agak dah Nashwa akan jadi macam ni. Bukan sehari dua dia kenal gadis bertudung labuh hitam ni. Nashwa takkan buka cerita kalau dia rasa benda tu dia masih boleh kawal.

Ya Allah, kalau betul mereka berjodoh.. Kau peliharalah hati mereka daripada hasutan syaitan dan satukanlah mereka ke arah jalanMu.

¤¤¤¤

" Kalau korang ada jodoh , Allah akan pertemukan korang lagi. Jangan risau okay. " nasihat Faris. Kasihan pula dia tengok kawan baik dia jadi macam ni.

" Kenapa dia larikan diri Ris ? Aku tak faham. Dia dah lupakan aku ke? " Danish meraup wajahnya kesal. Kesal sebab dia gagal kejar Nashwa atau kesal sebab gadis itu seperti tak ingin berjumpa dengan dia?

Faris tersandar lemah.

" Wallahualam Nish. Aku tak tahu kenapa dia larikan diri. Mungkin ni dugaan untuk kau. Aku rasa..lebih baik kau jangan berharap sangat.. " Faris menepuk bahu Danish..

" Sebab aku taknak tengok kawan baik aku sakit hanya kerna seorang perempuan. "

Danish tergamam. Kata-kata Faris sangat menusuk sampai ke lubuk paling dalam di hati dia. Ya Allah, aku begitu berharap pada dia ke sampai aku diduga macam ni?

Erghhhh! Frust fikir..

Pagi itu, kelas seperti biasa cuma entah kenapa Danish rasa macam diperhatikan. Dia melilaukan mata memandang ke seluruh kelas dan terhenti pada Hamdan, pelajar baru yang semalam cikgu kenalkan.

Apa masalah budak tu tenung aku je ?

" Woii Ris , budak baru tu memang pelik ke ? Aku perasan dia asyik tengok sini je " bisik Danish pada Faris yang sedang menyiapkan kerja.

" Hah? Ohh entahh, kata budak ni dia memang suka scan orang. Yang lain pun dah kena. Agaknya dia ada hati dengan kau tak? Hahahaha " Faris terus tergelak apabila Danish memandang dia semacam.

Pukk!

" Aduhhh sakitlah wehh! " bahu yang dipukul oleh Danish digosok perlahan.Sengal pula rasanya bahu ni. Danish ni pukul tak teragak betul.

" Kau agak-agaklah nak cakap macam tu! Nanti dibuatnya betul ? Seriau aku weh! " bengang betul Danish dengan Faris ni, suka cakap bukan-bukan lepastu menakutkan dia.

Faris menahan gelaknya daripada terhambur. Melihat betapa cuaknya Danish membuatkan dia agak terhibur. Bila agaknya dia membuli budak sebelah ni? Hahaha!

" Aku cakaaaaappppp jeeee " Faris bangun sambil tergelak besar. Kerjanya sudah siap begitu juga Danish.

Danish menggeleng kepala melihat perangai kanak-kanak si Faris ni. Tak pernah nak berubah! Tapi siapa je sahabat yang selalu hiburkan kau kalau bukan dia kan Danish Aufa.

¤¤¤¤

" Sejak balik daripada cuti ni, aku tengok kau selalu termenung. Kenapa? " Delina mengambil tempat di birai katil Nashwa sambil mengunyah keropok.

" Hah? Takde apa lah. Aku okay cuma penat sedikit sebab nak SPM dah kan? Jadi kena struggle banyak. " Nashwa tersenyum hambar bagi menutup resah di hatinya.

Sejak pertemuan tidak sengaja antara dia dan Danish haritu, dia banyak mengelamun. Pelbagai perasaan yang dia sendiri tak tahu nak ungkap macam mana datang dalam sekelip mata.

Rindu?

Kecewa?

Sedih?

Bahagia?

Nashwa tak tahu.

" Babe , if you need someone to share something..I'm here for you.. Kau ada Dia juga.. Aku tak tahu apa kau pendam sekarang tapi jangan overthinking okay.. Release your tension. " Delina tersenyum kecil sebelum bangun meninggalkan Nashwa. Biar gadis itu hadam apa erti di sebalik kata-kata dia.

Mungkin mereka tak begitu rapat meskipun satu bilik tapi dia sayang Nashwa, gadis itu banyak bantu dia.

Kata-kata Delina bagai terngiang lagi di dalam kepala dia. Ya betul, dia ada Allah. Kenapa dia kena serabut kepala fikir perkara ni? Kan Allah dah atur baik-baik perjalanan hidup dia.

Nashwa tersenyum kecil. Dia memandang Delina yang khusyuk belajar di hujung sana.

Thanks Del..Aku berhutang dengan kau..

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now