18

772 45 0
                                    

Kalau Tuhan dah ciptakan ciptaanNya yang cantik belaka , boleh tak Danish nak mengaku yang dia rasa Aqilah ini cantik ? Apatah lagi sawah tengah menghijau dengan angin bayu macam ni .

Ya Allah , indahnya ciptaanMu .

Dia tersenyum kecil melihat bagaimana Aqilah melayan mak cik serta pak cik yang sedang berkerja di sawah itu . Kamera diangkat lalu Snap !

Cantik .

Senyuman itu .

Tuhan , petanda apa ini ?

" Danish ! "

Danish melihat ke hadapan lalu tergelak kecil melihat Aqilah yang melambai menyuruh dia ke sana . Nak tak nak digagahkan diri juga untuk ke sana .

" Nilah tetamu Tokwan tu . Nak usha , boleh je . Dipersilakan hahaha " Nashwa tergelak kecil .

Danish menggaru belakang lehernya . Agak segan juga sebenarnya .

" Alahaii elok orangnya ni . Sesuailah dengan kamu Qilah oiii "

Hah merah muka memasing bila kena usik macam itu . Ni kalau tahu dek tokwan dengan nenek mahu kena bahan ni .

" Hish pak cik Mat ni . Mana boleh . Saya dengan dia jauh nak disatukan okay hahaha " entah kenapa agak perit untuk Nashwa ungkap kata-kata itu .

Danish cuma senyum sahaja . Nak cakap lebih-lebih bukan dia tahu sangat nak bergaul .

****

" Huh penatnya . Tapi best dekat kampung ni . Nyaman lepastu tenang je . Kan ? " Nashwa memandang Danish di sebelah .

Dari tadi dia tengok lelaki itu khusyuk betul ambil gambar . Nak tahu juga gambar apa yang diambilnya tu .

" Kau tengok apa ? "

Danish menoleh lalu senyum .

" Gambar bakal bidadari syurga . "

Nashwa pelik .

Melihat gadis itu pelik , dia menunjukkan gambar yang menarik perhatian dia .

Nashwa terkedu melihat gambar itu .

Guess what ?

Itu gambar dia tengah tergelak kecil apabila diusik oleh mak cik-mak cik tadi .

" Cantik kan ? "

Nashwa mengalihkan pandangan . Jantung dia buat hal lagi . Apa maksud Danish tadi ?

" Jom balik . Dah nak panas ni nanti kau sakit pula " Danish bangun lalu diikuti Nashwa . Dia tahu gadis itu segan tapi entah kenapa dia selesa dengan Aqilah .

Sebaik sahaja sampai di luar rumah , terdengar jeritan nyaring dari belakang rumah . Danish terus berlari ke belakang sebab setahu dia tadi Aqilah kata nak basuh kaki dekat sana .

" Arghhhh nenekkkkkk tolong Qilahhh " Nashwa rasa nak pitam bila tengok benda tu bergerak di kaki dia .

Danish yang baru sahaja sampai hampir nak tergelak . Agak jerit sebab ada pacat tu je ?! Ya Allah Qilahhh .

" Hah tu Danish ada . Minta tolong dia. Nenek nak masak ni . " Terus laju Nek Mah masuk ke dalam . Malas nak melayan perangai anak dara sorang tu .

Danish tergelak kecil sebelum mendekati Aqilah . Dia mencangkung sebelum memegang hujung seluar Aqilah .

" Hah gelak! Gelak lahh! Cepatlah tolongggg . Gelilahhhh Nish " rintih Nashwa . Dia paling anti binatang tu.  Tolonglahhhh !

" Hahahaha okay okay . Sabar kejap . Janganlah kau gerak . " Danish terus melemparkan pacat tu jauh-jauh . Muka pucat Nashwa dipandang risau .

Seriuslah takut sampai pucat macam ni ? Ya Allah bertuah betul . Hahaha!

" Dah masuk sana . Nanti rawat kesan tu.  Kang berparut , hilang 5k hahahaha " Danish terus tergelak apabila Nashwa nak baling selipar pada dia .

Dalam geram , Nashwa cukup berterima kasih pada lelaki itu . Danish yang berjalan ke depan itu ditatap dengan hati yang dia sendiri tak yakin .

Tuhan , apakah ini ?

****

Nashwa tersenyum melihat tokwan serta neneknya yang berjalan saing di hadapan untuk ke surau . Rasanya dia boleh ke macam tu satu hari nanti ? Kain telekung dipegang erat . Kang jatuh , naye .

" Uitt "

Terperanjat Nashwa apabila disergah dari tepi . Dia memandang Danish dengan geram . Nasib baik dia tak menjerit . Hish !

" Kau berangan apa ? "

Nashwa memandang ke tepi sebelum tersenyum .

" Tengok tokwan dengan nenek . Bahagianya dorang sampai aku cemburu . Aku tak tahu sempat ke aku nak merasa macam tu " Nashwa tersenyum kecil .

Danish ikut turut tersenyum . Ya , dia sendiri cemburu . Mereka tak tahu bila ajal akan tiba . Boleh sahaja dalam perjalanan ke surau ini ada yang meninggal kan ? Wallahualam .

" Doa supaya kau panjang umur . In Sha Allah merasa "

Nashwa mengangguk kecil . Segan juga jalan berdua dengan Danish ni tapi dah tokwan jalan dulu dengan nenek . Terpaksalah .

Pagi itu Nashwa dah rasa menyesal pula jalan kaki ke kedai . Ikutkan sahaja nak merasa ketenangan kampung . Bahkan Nek Mah dah pesan naik sahaja kereta tapi dia degil .

Sekarang nak buat apa kalau hujung sana tu ramai lelaki melepak!?

Alahhhh redah jelah Wa .

" Ehem , cik adik manis . "

" Eh ni cucu tokwan tu kan ? "

" Psstt lawa bhaii "

Nashwa buat tak dengar sahaja tapi malangnya salah seorang daripada mereka menahan dia .

" Laju-laju nak ke mana ni ? Mehlah i hantar you "

Nashwa dah buat muka. What ? I you ? Kau ingat aku ni minah saleh ke apa ?

" Takpe bro . Dia balik dengan aku "

Nashwa memandang ke belakang . Dia tersenyum lebar melihat Danish . Ya Allah , terima kasih atas bantuanMu .

Melihat Danish , terus mereka semua meninggalkan tempat itu .

" Kau lain kali jangan berlagak berani. Kalau jadi pape tadi ? Aku nak jawab apa dengan atok nenek kau ? " Bengang Danish dengan Aqilah ni .

Gadis itu pula berkerut dahi . Dah pahal nak marah pula ? Aku bukan makwe dia nak risau sangat .

Man loves with act , girls .

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now