12

794 41 0
                                    

" Psstt "

Nashwa mengerutkan dahi apabila terdengar bunyi itu. Perpustakaan ini ada hantu ke apa?

" Weh Wa! "

Matanya melilau memandang sekitar sebelum terhenti pada Delina di sebalik rak buku Bahasa Melayu sana. Apa benda perempuan tu buat dekat sana?

Dia melambai tangan supaya Delina ke mejanya namun gadis itu malah menggeleng dan menyuruh dia ke sana. Ya Allah! Geram betul dia rasa. Apa gadis itu nak?

Dengan langkah malas dia bangun lalu berjalan ke arah Delina. Ini kalau tak ada yang penting nak dicakapkan, memang kena sebiji si Delina ni. Perangai hish.

" Kau nak apa? Asal tak pergi sana je? " bisik Nashwa geram. Kacau dia nak mengulang kaji pelajaran betul.

" Ni hah, baju akuuu " Delina menunjukkan bahagian belakang bajunya sebelum memandang Nashwa dengan perasaan malu.

Nashwa menunduk memandang baju Delina. Lahhh masalah perempuan ke ni? Kasihan pula dia rasa. Patutlah gadis itu segan nak pergi ke arah dia sebab dalam perpustakaan ini ramai lelaki.

" Jap aku ambil botol air aku " Nashwa terus berlalu keluar perpustakaan untuk mengambil botol airnya.Kakak senior yang menjaga perpustakaan sudah dimaklumkan dan nasib baik dia faham.

Delina mengerutkan dahi.Nak buat apa ni?

" Nah, cuci kejap. Biar hilang sedikit pun tak apa. At least kau tak ada nak malu keluar ni nanti " Nashwa menghulurkan botol air serta tisu kepada Delina.

Dengan perasaan segan, Delina mengambil barang yang diberikan oleh Nashwa manakala Nashwa pula menjaga line supaya tiada yang datang.

Sesekali Delina memandang Nashwa. Gadis ini baik meskipun mereka tidak serapat mana tapi gadis ini sanggup tolong dia. Ya Allah, moga persahabatan ini hingga ke Jannah.

Terkadang ada kawan yang kita anggap tak penting itulah yang sanggup datang membantu kita ketika susah berbanding sahabat yang kita anggap penting tapi meninggalkan kita ketika susah.

¤¤¤¤

" Qilah! "

Nafas dihela malas apabila suara itu memanggil dia. Tipu kalau dia tak kenal langsung suara siapa itu. Delina yang tidak tahu apa-apa cuma memandang Nashwa. Kelihatannya gadis itu kurang selesa.

" Ya Senior? " cuba dimaniskan muka walaupun hakikatnya tidak.

" Esok ada nak keluar tak? " Syakir memandang seraut wajah manis itu.

Nashwa cuba menimbangkan soalan Syakir itu. Esok itu memanglah waktu outing mereka tapi rasanya dia tak ada mood nak keluar. Dia nak kemas bilik dengan baju rasanya. Delina pun macam taknak keluar juga. So, jawapannya...

" Tak ada. Saya nak rehat dekat asrama je. Malas nak keluar. Kenapa? " Nashwa tahu apa niat lelaki itu tapi dia buat tak nampak je.

Syakir mengeluh apabila mendengar jawapan Nashwa. Baru dia berniat nak ajak Nashwa keluar tapi jawapan gadis itu tidak memberangsangkan.

" Oh takpelah macam tu. Saya pergi dulu "

Sebaik sahaja Syakir pergi, Delina terus memandang Nashwa di sebelah. Muka itu langsung tiada reaksi serba salah atau sedih.

" Korang ada apa-apa ke? " soalnya tiba-tiba.

Terkejut dengan soalan Delina itu laju Nashwa menggeleng. Apa pula nak ada apa-apa dengan ketua pelajar itu. Memang tidaklah.

" Aku nampak dia suka kau. "

Ting!

Tersentak Nashwa dibuatnya. Delina sendiri pun nampak apatah lagi orang lain yang melihat dia kalau berduaan dengan Syakir itu.

" Taknaklah. Dia minta tolong aku untuk bantu dia berubah lepas tu aku tolonglah tapi aku taknak sampai dia anggap aku macam girlfriend dia pula. Apa orang kata nanti. " Nashwa terus cakap perkara yang sebenar sebab dia taknak orang salah faham.

Cukup-cukuplah kisah yang dulu.

Ya Allah, tiba-tiba dia begitu rindukan Danish.

¤¤¤¤

" Danish! "

Danish yang baru keluar dari surau terus memalingkan wajahnya. Songkok di kepala dibetulkan sebelum menunggu Faris menghampiri dia.

2 tahun cukup dia terus hilang contact dengan Nashwa Aqilah setelah kejadian di mana dia hilang telefon bimbitnya. Sehingga itu dia tak pernah berusaha cari Nashwa sebab dia tahu Allah dah aturkan semuanya.

" Wehh sabarlah. Cepatnya kau " Faris menarik nafas dalam-dalam setelah sampai di hadapan Danish.

Melihat rakannya itu tercungap-cungap membuatkan Danish menahan gelaknya.

" Nak apa ni? " terus ditanyakan niat Faris memanggil dia.

" Hah ni. Cikgu Ahmad nak jumpa kau. Pasal game esok. " ujar Faris. Penat dia cari manusia di hadapan dia ni. Dan pastinya Danish dekat surau.

Danish cuma mengangguk sebelum beredar meninggalkan Faris yang memandang belakangnya.

" Aku tahu kau rindu dia, Nish. " bisik Faris perlahan.

Sepanjang mereka kenal, hanya dia sahaja yang mengikut jejak langkah Danish ke sini. Radzi dah sambung ke tempat lain manakala Aiman entah ke mana. Mereka langsung tak hiraukan Aiman yang dah banyak berubah itu.

Apa khabar kau, Man?

Tbc

Lakaran Kisah KitaWhere stories live. Discover now