16

680 36 0
                                    

Beberapa tahun kemudian ,

" Assalamualaikum ! Nek , Qilah dah balik dah niiii " laung seorang gadis bertudung litup warna biru laut .

" Waalaikumussalam . Ya Allah ! Cucu nenek dah balik . " Laju sahaja kaki itu melangkah turun dari tangga demi mendekati cucu kesayangannya .

Nashwa Aqilah tergelak kecil dengan pelukan erat neneknya . Mungkin dia dah lama tak balik ke sini sampai sebegitu erat pelukan kasih ini .

5 tahun bukan sekejap . Apatah lagi dia duduk di negara orang untuk 5 tahun itu . Meninggalkan segala kenangan lama di sini . Termasuk lelaki itu .

Nek Mah tersenyum melihat penampilan cucunya . Bertudung labuh dengan dipadankan bersama sehelai blause serta seluar yang longgar .

" Kenapa datang tak cakap ? Kalau tak , nenek suruh tokwan pergi pasar beli barang untuk makanan kegemaran Qilah " Nek Mah duduk di kerusi berdekatan sambil menarik Nashwa .

" Saja . Lagipun semua kirim salam dekat nenek dengan tokwan juga . Dorang tak sempat nak datang sekali sebab banyak hal dekat sana . Jadi , Qilah wakilkan hahaha " baru sahaja tangan ingin merungkaikan tudung di kepala , tangannya ditahan .

" Jangan buka. Harini tokwan ada tetamu dari KL. Seminggu ni Qilah kena pakai tudung dalam rumah ye sebab dia lelaki . Bukan mahram " terang Nek Mah .

Berkerut dahi Nashwa mendengar cerita Nek Mah . Tetamu ? Dari KL ? Siapa pula Tokwan bawa datang ni ?

****

Dritt ! Drittt !

Tangan mencapai telefon bimbit di tepi katil . Mata menyipit melihat siapa yang menelefon dia .

Aliyaa

" Assalamualaikum "

" Waalaikumussalam ! Awat tak habaq kau dah balik sini hah mak cik ! Sampai hati tak bagitahu ! Kalau tak sebab umi kau cerita , agak sampai bila entah aku tak tahu kau dah balik dua hari lepas ! "

Nashwa tergelak kecil mendengar bait kata Aliya di hujung sana. Marah sangat cik kak seorang ini . Bukan dia taknak bagitahu tapi dia sibuk sedikit sampai lupa . Agak kalau dia bagi alasan tu , Aliya makin melalak tak ? Hahahahah!

" Maaflah weh . Aku busylah . Ini pun aku dekat kampung nenek aku . Balik minggu depan . Aku jumpa kau bila balik sana je lah ea baby ? "

" Hah nilah sahabat ! Paii hatii buat aku macam ni . Tak tahu ke aku rindu kau ? Hish mak cik ni . Sabar jelah dengan perangai dia ek . "

" Sorrylah okay . Aku janji aku balik sana aku terus jumpa kau.  On the spot ! Hahahah "

" Fine . Kita tengoklah nanti kau ingat ke tidak janjinya tu . "

" Of course ingat . Kau je best friend aku dari sekolah dulu . Okaylh babe . Aku nak mandi pastu solat sekali ni . See you "

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan , Nashwa terus capai tuala bagi tutup kepalanya . Yelah nenek kata kena tutup aurat kan sebab ada bukan mahram .

Dapur lengang je dia tengok . Mana nenek serta tokwannya ? Malas nak ambil tahu dia terus ke bilik air .

****

Pehhh segarnya lepas mandi . Air dekat kampung ni memang sejuk okay !

Baru ingin melangkah naik , terus dia terbantut .

" Ehem "

Nashwa menoleh . Seorang lelaki sedang bersandar dekat singki dapur sambil memegang cawan. Ni ke tetamu Tokwan ? Nasib baik dia tutup kepala dia pakai tuala .

" Kau hm cucu tokwan ke ? "

Nashwa mengangguk . Dah kenapa ?

Lelaki itu mengangguk sebelum berjalan mendekati pintu dapur namun dia berhenti di pintu sebelum berkata ,

" Tu kakak kau . Jangan tinggal dekat lantai macam tu . "

Sejurus lelaki itu berikan pesanan tak bertauliah tu , laju mata Nashwa memandang ke lantai depan bilik air .

Ya Allah !

Zzap!

Laju dia capai dengan muka merah sambil berlari naik ke atas . Ya Allah malunya! Time macam tulah nak jatuh pula .

Dahlah lelaki tu nampak!

Ya Rabbi !

Nenek !!!

Nashwa meraup wajahnya kesal . Mesti dia tak perasan masa nak keluar tadi . Ya Allah ! Macam mana nak berdepan dengan lelaki tu ?

" Eh kamu kenapa muka merah macam ni ? Tok baru suruh minum air je tadi kan ? " Tokwan pelik melihat anak teruna di hadapannya ini .

Setahu dia tadi cuma menyuruh bujang seorang ini minum air sahaja sebab nampak penat sangat lepas berjalan satu kampung tadi .

" Hah ? Tak ada apa tok . Cuma panas sedikit tadi " mahu nak kena pancung kalau dia cerita sebenar tadi .

" Macam-macamlah kamu ni Danish . Tok nak masuk dulu . Asar dah nak masuk . Nanti kamu ikut tok pergi surau sekali . "

Danish mengangguk perlahan sebelum memandang pemergian tokwan . Tiba-tiba dia teringat wajah bersih tadi . Jantungnya berdebar seperti dia pernah lihat wajah itu. Wajah yang buat dia selalu rindu .

Yezza!

Danish is back .

Tbc

Lakaran Kisah KitaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz