Penipuan

4.3K 282 49
                                    

"Weh! Cepatlah! Aku betul-betul dah lambat ni! Program guru muda aku mula pukul 6:50 lah!" jeritan Azihah yang lantang menarik perhatian jiran-jiran. Dia tidak senang duduk di dalam kereta menunggu kakaknya. 'Bersiap macam kura-kura!'

"Angah! Jangan jeritlah, jiran tengok je kita tau!" Puan Haslinda bersuara keras kepada anaknya.

"Mak, angah dah lambat. Kenapa minah tu tak siap-siap lagi."

Aqilah terkocoh-kocoh membawa beg dan memakai kasut sekolah. Telinganya sakit mendengar suara lantang Azihah pagi-pagi buta.

"Hah keluar pun! Cepatlah! Aku dah lambat!"

"Woi, baru pukul 6:30 lah mangkuk! Kau punya kelas lambat lagi mula!"

"Iye, masalahnya aku tak buat kerja yang guru muda aku bagi. Kenalah datang awal nak tiru. Aku dah janji dengan kawan aku."

Aqilah sudah ternganga mendengar jawapan yang keluar dari mulut adiknya manakala mata Puan Haslinda pula sudah membulat. Baru sahaja dia ingin memberi tarbiah sentap, ada tangan yang mengetuk kepala Azihah.

"Auch, sakitlah atok!" Azihah mengadu kesakitan.

"Padan muka! Orang hantar pergi sekolah, belajarlah betul-betul bukannya meniru!" sindir Encik Osman.

Aqilah ketawa sambil bersalaman dengan ibunya. Apabila terpandangkan muka Azihah yang tegang, dia terus menaiki kereta atoknya.

'Huhuhu, apalah nasib aku pergi sekolah awal sangat ni!' 

........................................

Aqilah berjalan tanpa tujuan. Dia asyik mundar-mandir di dalam tandas menunggu pukul 7. Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan merempuhnya lalu masuk ke dalam salah satu tandas. Bau yang busuk mula menyengat hidung Aqilah. Terus sahaja dia pergi dari situ sambil menutup ruang pernafasannya.

"Pergh, hahaha dia makan apa seyh. Aku nak pergi mana ni! Baru pukul 6:53! Perhimpunan mula jam 7:20. Diorang pulak datang lambat." omel Aqilah sambil kakinya melangkah ke arah blok-blok kelas.

"Nak duduk kelas ke? Hmm...." Kemudian, mata Aqilah tertancap pada figura pelajar perempuan yang menaiki tangga seperti ingin mencuri.

"Dia buat apa tu? Tengah latih diri jadi pencuri untuk ujibakat lakonan ke? Aku ikut dialah! Detektif Aqilah sudah mari!"

Tanpa berlengah lagi, dia terus mengikuti gerangan pelajar perempuan itu secara perlahan-lahan. Lagaknya seperti seorang spy yang berjaya dengan tangan seakan pistol.

'Eh, dia pergi atas bumbung? Dia nak buat apa?'

Aqilah berkira-kira ingin melihat atau tidak apa yang dilakukan oleh pelajar 'misteri' itu. 'Kalau budak tu sebenarnya hantu macam mana?'

Tangisan kuat seorang pelajar perempuan mula kedengaran. Aqilah terpempan. Dia terus menaiki atas bumbung itu juga untuk melihat apa yang terjadi.

Spontan, Aqilah terus menjerit sekuat hati! Pelajar 'misteri' itu sedang berdiri di atas bumbung dan ingin terjun dari situ. Aqilah memandang kiri dan kanan, mana tahu ada orang yang lalu lalang di sini tetapi malangnya, tiada sesiapa.

Dia terus berlari mendapatkan pelajar itu. "Awak gila ke? Dah banyak amal sangat sampai nak bunuh diri?" Sempat mata dia melihat ke bawah. 'Wuish, tingginya!' Terdapat beberapa orang pelajar tingkatan satu dan dua sedang menyaksikan cubaan bunuh diri.

"Aku nak mati! Takde guna dah aku hidup! Aku benci diri aku sendiri!" teriak pelajar perempuan itu.

"Eh, jangan mati! Apa yang jadi sebenarnya?"

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now