Lari!!!

3.8K 259 42
                                    

"Kau?"

"Aku nak ikut."

"Untuk apa? Macam mana kau boleh ada kat sini pulak?"

"Aku akan selalu ada... Jaga dan melindungi kau."

"Hafeez! Tolonglah balik... Aku boleh jaga diri sendiri." 

"Tapi...." Hafeez sudah hilang kata-kata apabila terpandangkan wajah Aqilah yang merah menahan geram.

"Erm, Hafeez, better kau pergi. Kitaorang ada dengan Aqilah." Wani mencelah untuk menenangkan keadaan.

Panas hati Aqilah. Sudahlah dia ditipu hidup-hidup dengan Isma. Sakit kepalanya berfikir cara untuk memulangkan kembali wang derma dari warga sekolah. Semuanya berjumlah RM50 000. Kemudian, ditambah pula dengan kehadiran Harith yang seolah-olah mahu jadi hero.

'Ahh malaslah nak fikir! Masuk sorang jelah! Lagipun ni masalah aku bukan diorang.' Baru sahaja kaki Aqilah ingin melangkah, sekali lagi dia ditarik dari belakang.

"Kau nak apa lagi hah mangkuk ay....." Lidah Aqilah kelu untuk meneruskan kata. Mulutnya ternganga melihat kehadiran seorang lagi manusia yang sibuk hal dia.

"Hai!" sapa Zariel dengan ceria. Sebenarnya, dari mula dia dapat tahu Aqilah menolong Isma dari bunuh diri, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kalau betul nak bunuh diri, kenapa kat sekolah? Kenapa pada saat-saat perhimpunan mahu dimulakan? Jadi, Zariel sendiri ingin menyiasat perkara itu untuk Aqilah. Tidak sangka pula, gadis itu sudah mengetahui pembohongan Isma.

"Korang berdua ingat hari ni hari tarik-menarik sedunia ke apa?" Tangan Aqilah memicit-micit dahinya. 'Aduh, pening kepala aku! Tak boleh ke bagi aku jumpa Isma dengan aman dan damai!'

Zariel menanggalkan hoodie yang sedang dipakai. Lantas, hoodie hitam miliknya disarungkan ke tubuh Aqilah.

Kepala Aqilah yang bertudung sudah terlindung. Wajahnya separuh sahaja yang kelihatan.

"Okay, done! Jom!" Zariel segera mencapai tangan Aqilah yang berlapik

Aqilah terkedu. Dia hanya mengikuti langkah Zariel. Hafeez mendengus tidak puas hati tetapi kakinya tetap dihayun masuk ke dalam kelab itu. Mini dan Wani turut mengikuti Aqilah.

Bingit! Itu satu-satunya perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan di kelab.

Wani menutup kedua telinganya dengan tangan. 'Boleh pekak kalau lama-lama kat sini!'

Aqilah tercari-cari di mana keberadaan Isma. Terlalu ramai manusia yang lalai dengan nikmat tuhan di hadapannya.

Hafeez menelan liur melihat gadis-gadis di situ yang terlalu seksi. Dia tidak menyangka demi Aqilah, dia sanggup menjejakkan kaki di tempat itu.

"Guys, tambahlah lagi! Malam ni, aku yang belanja! Tambah lagi!" jerit seorang gadis seksi di tengah-tengah kerumunan manusia.

"Wuhuuuu!"

Isma meneguk air setan di tangan. Badannya liang-liuk menari mengikut rentak muzik. Affan yang berada di situ memandang Isma dengan lirikan nakal.

"Aqilah, tu Isma!" bisik Zariel di telinga Aqilah.

"Eish, kau ni! Apehal bisik-bisik!"

"Nanti Isma dengar, dia lari pulak."

'Betul jugak tu!' Aqilah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Mereka berlima berjalan laju menghampiri Isma.

"Isma!" Tangan Aqilah mencengkam kuat lengan Isma.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now