Hari Sukan 1

3.2K 236 29
                                    

"Kalau rumah sukan Garuda menang hari ni, Cikgu Zaf nak belanja pizza!"

"Wuhuuuuu!"

"Yeayyy!"

"Serious ah cikgu! Cikgulah yang paling hensem kat muka bumi ni!" jerit Wani.

"Hahahaha beria weh beria!" balas Aqilah.

"Aku rasa ann hari sukan tahun ni paling best!" kata Wani.

"Kan! Kan! Rasa excited tu tak leh nak tahan! Wuhuu!" jerit Aqilah.

"Hahahahaha beria weh beria!" jawab Wani.

"Pandai kau eh! Sindir eh!" Ketawa mereka berdua pecah berderai.

Dari jauh, Zariel tersenyum memerhatikan Aqilah. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Oi! Haa intai anak dara orang!" sergah Irfan.

"Anak dara orang yang akan jadi milik aku."

"Fuyyoo! Takpe ah, yakin diri tu penting."

"Hari ni dia gembira sangat. Comel!"

"Azwa lagi comel okey! Kenapalah kita tak sama rumah sukan dengan diorang. Aku rumah Jentayu. Kau rumah Helang. Azwa dengan Mini rumah Rajawali. Aqilah dengan Wani pulak Garuda."

"Aqilah masuk acara apa eh?"

"Weh, kau tak tahu ke? Geng diorang tu pasif dok. Tak aktif sukan kecuali bidadari aku. Dia suka lari. Yang lain memang tak ah terutamanya buah hati kau."

"Buah hati? Hmm aku suka dua perkataan tu." Zariel mula melangkah menuju ke arah Aqilah.

"Oi tunggulah!"

...........................................

"Hanis! Hanissyazwani!" teriak seorang budak perempuan tingkatan 5.

"Oi ada orang panggil kau!" Tunjuk Aqilah ke arah pelajar perempuan itu.

Wani memandang gerangan yang memanggilnya dengan wajah berkerut. Hatinya mula berasa tidak sedap apabila terpandangkan kostum monyet yang dibawa pelajar itu.

"Ada apa?"

"Nah." Pelajar itu menghulurkan kostum monyet tersebut kepada Wani.

"Eh? Ni bukan aku punya. Aku takde tempah kostum monyet. Baik aku tempah kostum ikan paus! Lagi comel!"

"Ni...." Pelajar itu menghulurkan sehelai kertas.

"Kau ada tulis nama untuk sukarelawan yang nak pakai kostum dalam acara sorak."
sambung pelajar itu lagi.

"Hah? Eh serious takde! Ingat aku takde kerja ke apa?" protes Wani.

"Tak boleh tarik diri! Kalau kau taknak, aku bagitahu cikgu! Dah tulis nama lepastu taknak pakai. Apa punya oranglah." Pelajar itu meletakkan kostum monyet berdekatan tempat Wani berdiri kemudian terus pergi dari situ.

Aqilah dan Wani tergamam melihatkan kostum itu. Suasana yang mula panas dengan matahari kelihatan mula naik ke atas memancarkan cahaya menambah rasa tidak puas hati Wani.

"Kau betul ada tulis nama ke?

"Takde weh. Orang tak betul je yang nak pakai kostum tengah panas. Dahlah hari sukan ni tamat pukul 1."

"Tapi... Siapa yang tuliskan nama kau eh?"

"Itulah pasal! Kalau aku dapat orang tu memang aku ajak satu sekolah pijak berjemaah!"

Aqilah terketawa melihatkan wajah Wani yang merah padam menahan geram.

"Perhatian! Acara lari berganti-ganti 400m akan bermula selepas acara perbarisan. Peserta yang saya sebutkan nama, sila datang ke astaka dan bersiap sedia. Bagi rumah Jentayu, Cikgu Nabit, Irfan, Ke Xin dan Putera. Cikgu Zaf, Syahmie, Atikah dan Logesh mewakili rumah Garuda. Wakil rumah Helang, Cikgu Husna, Jia Yu, Thaneswary dan Hazim manakala rumah Rajawali disertai oleh Cikgu Vivian, Qairul, Azwa dan Aiman. Sila ke astaka sekarang!" arah pengacara majlis.

Aku Tetap Nak Kau!Onde histórias criam vida. Descubra agora