Kem 2

2.8K 243 30
                                    

"Kenapa kena kumpulkan telefon, cikgu?" soal Iman kepada Cikgu Husna.

"Malam ni, cikgu dengar yang fesi tu semua nak buat pemeriksaan mengejut. Diorang nak rampas je semua barang berharga kau orang."

"Lah! Bawa telefon pun salah ke!" protes Wani.

"Eish budak ni. Bukannya cikgu dah senaraikan barang terlarang ke? Telefon nombor satu ye!"

"Cikgu, peraturan dibuat untuk dilanggar. Hehehe." kata Hui Min.

"Ada-ada je. Marhani! Kumpulkan telefon diorang ni. Pastikan diorang dah isi dalam plastik dan tulis nama kat situ."

"Okey cikgu." jawab Marhani. Dia tersenyum sinis apabila tiba giliran Aqilah menyerahkan telefon milik gadis itu ke dalam kotak.

Zariel melihat senyuman yang diukir oleh Marhani. Akalnya dapat menangkap senyuman itu penanda kepada sesuatu yang buruk.

"Semua dah boleh duduk ikut barisan. Lelaki kat depan. Perempuan di bahagian belakang. Perempuan dah bawa telekung? Selipar?" ucap Zariel.

Terdapat peserta yang terus berlari kembali ke khemah apabila mendengar pertanyaan ketua mereka. Kebanyakkannya terlupa memakai selipar termasuklah Aqilah, Azwa dan Wani.

Zariel melihat kerenah Aqilah yang berlari menarik baju Wani. Dia tersenyum.

"Woi tak payah nak senyum sangat eh." tegur Irfan.

"Sibuklah kau ni! Kau dah zip khemahkan?"

"Udah sih pak." Sengih Irfan.

Apabila semua pelajar sudah berkumpul, Zariel merenung satu- persatu wajah rakan sekolahnya sambil menunggu fesi. Nasib baik semua mudah mendengar arahan.

"Fuh awal kau orang kumpul eh! Tak payah aku tunggu! Permulaan yang bagus! Harap kekal macam ni sampai baliklah.

Aku nak kenalkan fesi-fesi yang lain. Sebelah aku ni, Tuan Bad. Tuan Haikal yang pakai topi biru tu. Bawah pokok tu pula, Tuan Faris. Sebelah sana tu Tuan Zul dan satu-satunya fesi perempuan namanya Puan Hana." terang Tuan Ahmad.

"Kau penghulu ke?" Tuan Zul menunding jari ke arah Zariel.

"Ye saya."

"Kuat lagi! Aku tak dengar."

"Ye saya!" jerit Zariel sederhana kuat.

"Aku nak uji kau. Soalan ni kebanyakannya memang ketua-ketua sebelum ni gagal jawab. Berapa orang pelajar semuanya? Berapa lelaki dan berapa perempuan? Berapa pelajar lelaki tingkatan empat dan lima juga sebaliknya untuk perempuan? Berapa orang cikgu lelaki dan perempuan beserta nama diorang? Jawab ikut urutan!"

"Ada 40 peserta terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Tingkatan empat ada tujuh orang lelaki dan 13 untuk tingkatan lima. Lapan orang pelajar perempuan tingkatan empat dan 12 pelajar perempuan lima. Cikgu lelaki ada dua orang dan cikgu perempuan ada dua orang juga. Cikgu Zaf, Cikgu Nabit, Cikgu Husna dan Cikgu Zuraiha."

Tuan Zul menepuk sederhana kuat bahu kanan Zariel sebanyak tiga kali.

"Bagus! Boleh jadi pemimpin yang baik. Untung bini kau nanti." puji Tuan Zul.

Aqilah tersedak. Tiba-tiba sahaja dia teringat kata-kata Zariel pagi tadi.

'Tu tanda saya akan ikat awak dengan tali perkahwinan kita beberapa tahun akan datang.'

"Pst! Kau dah kenapa?" bisik Wani.

"Tak... Takde apa pun." Aqilah menundukkan kepalanya ke bawah.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now