Special Chapter 💫🌻💛

4.4K 234 27
                                    

Pintu pagar utama sekolah yang berada di hadapan mata direnung lama.

"Dah tukar dah pintu pagar ni. Dah makin panjang." kata Mini.

"Kan bagus panjang macam ni dulu. Betapa susahnya dulu nak catat nama pelajar datang lewat." Hafeez memegang besi pintu pagar sekolah.

Irfan membuat muka. "Eleh, bekas ketua pengawas sekolah ni dah mula terimbau kenangan lama pula."

"Aku ingat lagi aku sengaja datang lambat semata-mata nak tengok Hafeez. Sanggup kena denda hanya sebab dia." Wani tersenyum tawar. Apalah yang dia fikir waktu itu. Mungkin bila dah suka memang jadi buta cinta.

Zariel mengangguk perlahan. "Aku faham. Aku pun sanggup datang awal. Lepas solat subuh terus gerak gi sekolah sebab nak tunggu Aqilah kat bus stop."

Automatik bibirnya mengukir senyuman apabila nama dia dipetik. Dia juga masih ingat yang pagi-pagi lagi, Zariel selalu menjadi orang pertama yang menegurnya.

Hafeez melangkah menuju pondok kecil milik pengawal keselamatan diikuti oleh yang lain.

"Assalamualaikum kita orang ni bekas pelajar sekolah sini. Boleh ke kalau nak masuk tengok-tengok kawasan sekolah?"

"Waalaikumussalam. Boleh tapi kena tulis nama dalam buku ni. Lepas tu, pakai pas kebenaran ni."

Aakil mencapai pen lalu menulis nama mereka berlapan. Setelah itu, mereka semua melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Berhenti! Siaplah kau kalau aku dapat kau!"

Aqilah, Azwa, Mini dan Wani tergelak melihat seorang guru mengejar pelajar lelaki yang sengaja melepak di kantin walaupun sudah tamat waktu rehat.

Irfan mencebik. "Tiba-tiba teringat aku kena rotan dengan cikgu sebabkan Azwa. Sakit weh."

"Oh masa kita jumpa kat kantin tu ke? Yang saya tuduh abang mencuri tu?"

"Haah. Eh awak ingat saat kali pertama kita jumpa?"

Azwa tersenyum lebar. "Mestilah ingat, ada orang cakap saya macam bidadari."

"Yup, you are my angel." balas Irfan.

Aakil buat gaya mahu muntah. "Kalau nak bermanisan sampai digigit semut, bukan kat sini tempatnya."

"Jeleslah tu." ejek Irfan.

"Takde maknanya nak jeles. Aku ada buah hati aku juga." Aakil memeluk bahu Mini.

"Eii kau buta ke?" Jeritan pelajar lelaki itu mengejutkan mereka semua yang berada di situ.

"Maaf senior. Saya tak sengaja tumpahkan mi kari." balas pelajar perempuan itu.

"Tak sengaja? Habis satu baju aku kena mi kari kau. Memang jenis jalan mata letak kat lutut ke?"

"Okey saya ngaku salah saya tapi senior pun salah juga. Senior yang langgar saya tau!"

"Oh kau salahkan aku pulak? Kenapa kau tak ngelak?"

"Ha senangnya cakap. Kalau saya boleh elak, memang baik kita tak payah jumpa terus. Buat apa nak jumpa dengan orang berlagak macam ni."

"Tak payah jumpa? Lepas ni, aku akan pastikan muka aku je yang kau nampak setiap hari. Jangan jatuh cinta pula."

"Apa masalah senior ni? Jatuh cinta? Hmm dalam mimpi pun tak sudi."

Bunyi tapak kasut yang mendekati dua pelajar itu membuatkan suasana menjadi senyap.

"Apa bising-bising ni?" tanya Cikgu Husna.

Aku Tetap Nak Kau!Where stories live. Discover now